19

404 61 40
                                    

YOON RI P.O.V

Aku tahu Hoseok akan bertolak ke LA hari ini. Lagipun, dia mengatakan pemergiannya ke sana sejak awal.

Sekejap lagi, tentu dia akan bertolak menuju ke Gimpo Airport. Tapi, dia sudah mengkhabarkan supaya aku tidak perlu menghantar nya ke Airport kerana Jamie si durjana akan menjemputnya.

Aku pandang Hoseok, dia telah pun bersiap sedia dengan luggage nya. Untuk gaya pakaiannya , dia mengenakan sweat shirt berwarna merah jambu.

Topi siap sedia di pakai senget di kepala. Tak lupa spek mata coklat mengkhianati mata nya.

Aku lihat dia agak comel hari ini. Apa sudah jadi Yoon Ri?

Perlahan-lahan Hoseok mendekati aku.

"Sayang, Seok dah nak pergi tahu? Tapi, tulah berat hati Seok nak tinggalkan sayang. Yelah, nanti Seok rindu."Ucap Hoseok.

Siap buat muka comel lagi?

Nampak tak gedik suami aku ni?

" Nanti sayang pun rindu Seok."Ucap Hoseok.

" Tak aku tak rindu kau". Balas ku angkuh.

"Betul ni?". Soalnya.

"Yup, I will not going to miss u". Ungkap ku.

"Dahlah, Seok kena pergi ni, boleh tak kalau Seok nak cium sayang?".Pinta Hoseok.

Siap buat muka comel lagi. Saja nak buat aku cair ya?

"Ya, cium lah aku izinkan".

Apa yang aku bayangkan dalam otakku ialah dia akan melekapkan bibirnya dengan bibirku. Namun, dia hanya mengucup pipi kananku lembut.

Hoseok tahukah anda saya malu?

"Bye, sayang. Jaga diri elok - elok tau. Tunggu Seok tau. Seok pergi lima hari saja". Ujarnya lalu mula meninggalkan apartmen ini.

Aku hanya menghantar pemergiannya dengan pandangan daripada ekor mataku.

________

HOSEOK P.O.V

Dua hari kemudian

Aku sedang menikmati keindahan pantai yang terbentang luas. Apatah lagi dengan penghuni nya yang memang seksi habis.

Mana tak nya semuanya berbikini. Jadi, wayang percuma dapat ditonton tanpa pembaziran.

"Hyung, aku tak apa lagi nak tengok minah salleh ni semua. Tapi kau tu dah kahwin. Jadi, kawallah sikit pandangan  kau". Ujar Jimin.

Dasar pendek. Sibuk sahaja. Suka hati aku lah nak cuci mata.

Lagipun Yoon Ri tiada sini.

"Biarlah bukan selalu pun aku cuci mata macam ni, wahai Jamie sayang. " Balas ku.

Sekarang ni, aku dan Jimin tengah berjalan - jalan di sekitar pantai di LA. Tak hairanlah kalau ada wanita berbikini.

Setelah puas berjalan, aku dan Jimin membuat keputusan untuk singgah untuk minum petang sebelum pulang ke hotel.

Jadi, kami pun singgah ke sebuah kafe yang agak berhampiran pantai.Mujur orang tidak ramai, jadi pesanan kami akan cepat sampai.

Apabila susah berjaya mendapatkan pesanan kami dan selesai membayarnya, kami duduk di kerusi yang disediakan.

Cappuccino aku hirup perlahan-lahan. Jimin pun turut menghirup latte yang di pesannya.

"Hyung, kau rasa berapa percent rancangan kau tu berjaya? ". Soal Jimin.

"Aku rasa 70% dah  pun selesai. Aku yakin 30%  tu aku akan dapat lihat dalam masa terdekat ni. Ini Jung Hoseok lah. Aku yakin dia akan jatuh cinta juga dengan aku". Ujarku yakin.

"Tapi, kan hyung kalaulah dia dah jatuh cinta dengan kau. Adakah kau akan terus kan rancangan kau tu?". Jimin bertanya.

"Mesti lah, kalau tak hidup aku tak thrill Jamie". Kataku.

"Tapi, hyung kau tak kan dapat apa pun. Kalau pasal LA aku dah ajak kau sebelum kau berjaya sepenuhnya . Bukan ke bagus kalau Hyung kekal bahagia dengan Yoon Ri tanpa konflik." Tutur Jimin panjang lebar.

"Min, aku tak kan ubah plan aku. Lagi pun, aku dah janji dengan kau jadi aku kena tunaikan". Ungkap ku.

"Yelah, suka hati kaulah, hyung. Tapi, jebal (tolong) jangan panggil aku Jamie. Geli der". Ucap Jimin.

"Aku tak janji". Balas ku  tergelak .

Tbc....

A/N:Bab yini hanyasekadar selingan .

Akan ada bau kebahagiaan... DI BAB SETERUSNYA

 DI BAB SETERUSNYA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rm Slay Us....... Angkt tgn klau excited gn album Bru... Sis excited 😁😁😁

(C) I See U[JHS] Where stories live. Discover now