13

472 75 30
                                    

HOSEOK P.O.V

Akhirnya selesai juga aku masak makan malam untuk aku dan Yoon Ri. Ramen udang dan daging grill.

Usai selesai ramen dan daging aku bawa ke meja makan. Tak lupa juga, lauk sampingan seperti kimchi. Tak lengkaplah kalau tidak ada kimchi.

Tetapi, yang menarik perhatian aku tu, lilin. Ada lilin sedang menyala.

Yoon Ri lah tu. Aku tahu pasti dia menyalakannya.

Aku boleh nampak usaha dia nak romantik dengan aku.

Pft. Perasantan betul aku ni. Aku tidak buang masa lagi. Punggung aku labuhkan ke kerusi.

Tetapi, setelah aku duduk aku sedar aku masih belum buka apron. Terpaksa aku berdiri semula untuk membuka apron.

Tengah aku terkial-terkial nak tarik tali apron, Yoon Ri bangun daripada kerusi nya mendekati aku.

"Sini, aku tarik kan". Ucapnya seraya tali apron dileraikan.Aku pun terus menanggalkan apron.

Aku melabuhkan punggung kembali. Apron aku letakkan di kerusi sebelah.

"Ri, kau ke yang nyala kan lilin ni?". Soalku.

"Kenapa, kau tak suka. Kalau tak suka aku boleh padam ". Ujar Yoon Ri. Ramen disua ke mulut nya.

"Aku tak cakap pun tak suka cuma, aku tak sangka kau ada usaha untuk romantik dengan aku". Ucap aku. Aku  tersengih macam kerang wangi.

Nampak tak aku gedik dekat situ.

Aku perasan Yoon Ri dah menayangkan muka menyampah dekat aku. Dia siap menjeling pandang aku dengan mulut yang penuh dengan ramen.

"Yoon Ri jangan marah, aku gurau". Ujarku.

Kali ini, aku suakan daging ke mulut aku. Sedap. Daging ialah makanan yang paling sedap dekat dunia ini.

"Aku tak marah, cuma meluat je". Balasnya.

"Tak payah nak meluatlah, sini buka mulut kau. Aku suap". Ujarku. Aku suapkan dia daging.

Dia terkedu seketika.

"Yoon Ri shi, kau patut rasa bertuah sebab dapat suami pandai masak macam aku". Ucapku.

Kali Ini, dia hanya menguntum senyum kekok.

Rileks, Hoseok ini baru langkah pertama

_______

YOON RI P.O.V

Aku memang isteri mithali, bangun pun masa matahari dah meninggi. Bertuah betul.

Adffgghhhjjj.

Sebaik aku bangun aku basuh muka, dengan pencuci muka. Gigi aku gosok.

Usai selesai aku mengelap muka dan pergi ke dapur. Apabila aku lihat tudung saji, ada roti bakar tersedia untuk aku.

Bukan itu sahaja nota turut di tinggalkan. Khas untuk dirinya.

Morning, isteri tercinta.. Muah cikit
Aku dah buat kan kau roti bakar . Makan tau. Aku tak minta banyak. Cuma jaga diri kau untuk aku.

Saranghae

Yang benar,
Suamimu,
Jung Hoseok.

What the heck!

Dia bagi aku nota. Tak berapa lama, aku sua roti ke mulut, IPhone aku bergetar.

HOSEOK is calling...

Aku terus menslite phone ku tanpa banyak soal.

"Kau dah bangun?" Hoseok bertanya daripada corong telefon.

Dahlah, mangkuk. Kalau tak macam mana aku jawab panggilan kau.

Nak mencarut saja.

"Dah".

"So, kau dah makan roti kaulah ni. Baguslah, aku kena sambung kerja. Jangan rindu aku". Ucap Hoseok. Aku boleh dengar suara dia gelak.

Dia pun tamatkan panggilan.

Gila, aku tak rindu kaulah.

A/N:Hoseok dah start langkah nk pikat hati isteri tercinta. Hurm, Yoon Ri bukan senang nk ditawan. .

(C) I See U[JHS] Where stories live. Discover now