CHAPTER 31

1.1K 160 2
                                    

"Sweet" itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut seorang gadis apabila melihat kemeseraan diantara orang yang paling dia suka dengan perempuan lain. Susah untuk mengambarkan perasaan tersebut.

"Jian" panggil Nancy. "Ah ye Nancy" kata Jian sambil mengelap matanya. "Kau OK tak, kau tengok apa sampai nak nangis ni?" tanya Nancy.

"Eh takdelah, mata aku masuk habuk tadi tulah" kata Jian pula." Macam tak je aku tengok."

"Eish kau ni aku oklah btw mana Solbin" tanya Jian yang cuba menukar topik. "Owh Solbin ke? Kau nak tahu dia kat mana?" soal Nancy lagi.

"Kau ni aku tanya soalan, kau pun tanya soalan jugak, manalah aku tahu" cebik Jian. "Ish kau ni tak nampak ke pasangan sejoli yang tengah makan gula-gula kapas kat sana tu kata Nancy. "Nampak, tu bukan ke Solbin dan Seongwoo?" tanya Jian tidak percaya. "Ye dioranglah tu."

"Tapi, bila masa pulak dia datang?" tanya Jian lagi. "Entahlah, biarlah diorang tu bukannya selalu pun" kata Nancy. "Yelah biarlah dia btw Nancy kalau aku nak Tanya sikit boleh tak?"

"Tanya lah" kata Nancy sambil menghirup minumannya. " Hmmm kalaulah crush kau tu dah ada orang lain ataupun dah berpunya adakah kau akan segera move on dan cuba untuk menerima orang yang lain dalam hidup kau?" tanya Jian ingin tahu pendapat Nancy.

"Kalau akulah kan, aku patut gembira sebab walaupun dia tak pernah notice aku tapi bagi aku cukup lah kalau dia bahagia dengan pilihan dia dan pasal move on tu memang susah untuk kita lupakan but kita boleh cuba perlahan-lahankan? Aku rasa mungkin lebih baik kita menerima orang yang memang menyukai kita sebab dengan cara tu, kita akan mudah untuk melupakannya dan belajar mencintai orang lain."

"Tapi kau perlu ingat, walaupun kita tak dapat crush kita sekalipun takpe sebab dalam dunia ni ada ramai orang yang lebih sesuai dan lebih baik untuk kita dari crush kita."

"Lagi satu, tak semestinya crush kita tak ada perasan kat kita balik, mana tahu dalam diam dia pun ada simpan perasan yang sama dengan kita tapi dia malu untuk luahkan. Kalau adalahkan bagi aku perempuan tu beruntung sangat sebab mereka berdua ada perasan suka antara satu sama lain dan kau perlu ingat, semuanya dah di tentukan oleh Tuhan. Jadi kita hanyalah perlu tunggu masanya tiba. Bak kata orang tua-tua kalau dah jodoh, takkan kemana" kata Nancy sambil tersenyum melihat langit.

Jian yang mendengar terus bertepuk tangan selepas mendengar hujah daripada kawannya sendiri. Jian seperti tidak percaya yang Nancy ni ada pergalaman terhadap benda ni.

"Nancy kau pernah ada crush ke sebelum ni? "tanya Jian dengan suara yang rendah tapi masih dapat didengar dengan jelas.

Nancy tersenyum mendengar soalan Jian yang baginya tidak masuk akal.

Thanks  sebab baca  😃

Vote and comments 😁

[✔] ᴍʏ ᴄʀᴜsʜ ᴀɴᴅ ʟᴏᴠᴇ ʟᴇᴛᴛᴇʀ || ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏWhere stories live. Discover now