CHAPTER 45

1K 149 4
                                    

"Kau nak tahu tak Jeno"

"Disebabkan kaulah aku undurkan diri daripada terus mencintai dia sebab aku tahu kami memang tak akan ada peluang untuk bersama. Disebabkan tulah aku terpaksa tipu kawan aku sendiri yang memang aku anggap dia seperti hyung aku sebab hati adik kesayangan dia bukan untuk aku tapi untuk orang lain dan orang itu adalah kau Lee Jeno."

"Sejak dari haritu aku belajar untuk move on dan anggap dia sekadar kawan dan ye aku berjaya."

"Kau tak kisah ke kalau aku rampas first love kau?" soal Jeno

"Sebernanya memang susah untuk aku lupakan dia. Dah tiga tahun aku simpan perasaan ni sejak pertama kali abang dia kenalkan dia kat aku. Tapi tulah, disebabkan perasaan malu ni aku terlepas seorang insan yang paling aku sayang."

"Tapi macam aku cakap tadi, sekarang ni aku tak kisah pun lagipun aku dah move on dan aku lepaskan dia dengan tangan orang yang betul. Jadi aku harap, kali ni pisang tak berbelah dua kali sebab aku rasa korang berdua memang suka antara satu sama lain. Jadi aku harap kau tak akan sia-siakan peluang ni"kata Jinyoung tersenyum nipis melihat awan.

"Tapi, macam mana kau tahu yang aku suka dia?" soal Jeno.

Jinyoung tersenyum sengit mendengar soalan tersebut.

"Sejak kes baling bola tulah. Masa tu, aku ingatkan aku sorang je yang marah tapi sebaliknya ada orang yang lagi teruk marahnya dari aku. Siap bawak penukul besbol lagi eh" gelak Jinyoung suka.

"Ish kau ni. Tak boleh ke tutup mulut. Aku sumbat ngan chili kang" tengking Jeno sebab malu.

"Ok-ok aku gurau je. Owh ye, kalau kau nak tahu, aku ada satu idea ni yang bertujuan untuk tolong kau" kata Jinyoung

"Apa dia?"

Jinyoung mendekatkan mulutnya ke telinga Jeno dan berbisik sesuatu. Jeno ternganga luas mendengar idea Jinyoung.

"Kau rasa dia akan terima ke, kalau aku buat macam tu. Tak ke nanti benda lain jadi?" soal Jeno takut.

"Ish don't worry lah, aku selalu tengok kat tv. Diorang buat jadi je. So kali ni, kau pulak yang buat. Benda datang sekali je wak. Buatlah please" rayu Jinyoung.

Jeno melonggarkan tali lehernya. Rasa macam nak tercekek mendengar idea Jinyoung.

"Oklah aku buat, tapi kalau benda ni tak jadi nahas kau aku buat" pesan Jeno dengan nada suara yang sedikit tinggi.

"Baik boss" jawap Jinyoung. "Tapi masa tu aku takde tau sebab ada benda yang perlu aku buat. So kau bawaklah geng kau nanti"cadang Jinyoung.

"Cenggitu pulak. Yelah, nanti aku bawak diorang."

"Good luck aku ucapkan. Oklah jom masuk kelas tak pasal-pasal kena marah ngan saem"kata Jinyoung.

"OK" jawap Jeno ringkas.

Mereka pun beredar dari kawasan tersebut dan menuju ke kelas.

Semasa berjalan Jeno terfikir dengan idea Jinyoung.

"Boleh ke, aku buat benda ni?"

Thanks sebab baca 😃

Vote and Comments 😁

[✔] ᴍʏ ᴄʀᴜsʜ ᴀɴᴅ ʟᴏᴠᴇ ʟᴇᴛᴛᴇʀ || ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum