" tak.Boleh " ujar michan keras
" nak.juga " jawab jimin juga keras
Renungan mata masing-masing dicerlung dalam . Tidak mahu mengalah
" tapi aku datang dulu ! "
" jangan melawan cakap suami " balas jimin tenang
Dari awal pagi lagi mereka sudah bertengkar . Semuanya gara-gara alat kawalan jauh yang menjadi rebutan
" fine ! " dengan kaki yang dihentak kuat michan meluru ke halaman luar rumah dengan geram
" merajuk lah tu " ujar jimin pelan
" kamu bergaduh apa ni sampai atas appa dengar tau "
tegur appa sebaik sahaja tiba di ruang tamu lalu mengambil tempat berhadapan dengan menantunya itu
" rebut alat kawalan jauh " jawab jimin senada
" chanie memang macam tu . Bangun bangun terus cari TV " kata appa tenang
" hehe . Saya saja je nak gurau manja dengan chanie .. Dia nampak comel sangat waktu merajuk " cerita jimin dengan senyuman manis terukir tanpa disedari
Appa hanya mampu menggelengkan kepalanya . Pelik pelik perangai tapi dalam masa yang sama dia juga bersyukur kerana tidak salah memilih menantu
Kerusi buaian yang diletakkan di halaman rumah diduduki michan kasar . Tangan dilipat ke dada tanda protes
" dah kenapa pagi pagi lagi dah buat muka sembelit ? " soal seojoon yang berada di sebelahnya . Sudah lama dia berada di situ
" apa oppa ni ?! " bentak michan . Keningnya bertaut
" kenapa ni hm ? " soal seojoon lembut
" jimin tu .. Chanie baru nak tengok TV dan dan je dia ambil " adu michan
" kenapa tak tengok TV sekali je ? "
" alahh taknak .. chanie nak tengok WWE tapi dia nak tengok my little pony ! " jawab michan bersungguh
Seojoon mengerutkan keningnya . Kalau michan nak tengok WWE tu tak pelik tapi yang peliknya jimin nak tengok my little pony
" emm chanie-ah .. Oppa nak tanya sesuatu boleh ? "
" boleh tanya je lah "
" oppa bukan nak sibuk hal rumah tangga chanie tapi .. Chanie kahwin dengan jimin bukan sebab cinta kan ?"
Michan tersentak . Aku sendiri keliru dengan status aku . Aku cintakan jimin ke ? Jimin betul cinta kan aku ke ?
" kenapa oppa tanya macam tu ? " soal michan mendatar . Riak wajahnya cuba dikawal
" oppa cuma terfikir .. Kamu berdua nampak sepadan tapi ganas sikit " jawab seojoon jujur
" maksud oppa ? "
YOU ARE READING
✎ᝰ┆ 𝐌𝐎𝐃𝐄𝐋 𝐕𝐒 𝐈𝐃𝐎𝐋
Fanfiction" saya takkan sesekali lepaskan awak, itu janji saya " Kalau sudah dinamakan takdir berpisah atau cuba melupakan sekali pun ia tetap akan bersatu semula " saya pinta tolong percayakan takdir .. " - park jimin Aku kenal erti cinta selepas mengenalin...