Wajah polos yang terlena di atas ribaku direnung lama . Menangis sampai terlelap
Sesekali jimin mengusap pipi mulus milik michan . Janjinya untuk tidak membiarkan gadis ini menangis telah diingkar
Dengkuran halus membuatkan dia tersenyum sendiri . Comel betul isteri aku ni !
" Demo dareka sukueru ki mo surun da
Kimi no koe wa kikoeteru ~ " alunan suara merdunya menerpa gegendang telinga michan. Terganggu sedikit tidurnya" emmm .. " ngumam michan dalam tidurnya . Tubuhnya digeliatkan sebelum lengannya melingkar di pinggang jimin
Nafasnya bagai tersekat di kerongkong . Bukan main kuat michan memeluknya
" c-chanie .. "
" emmm bising lah " ngigau michan lagi . Kali ni michan merapatkan wajahnya pada perut jimin
Sah tidur tak sedar apa
Menegak bulu romanya dibuat begitu . Ini boleh dikira gangguan seksual
Dengan berhati-hati jimin cuba meleraikan lengan michan dari pinggangnya . Takut jadi sesuatu yang tidak tidak pula apabila berada dekat sebegini
Michan semakin mengeratkan pelukannya . Kepalanya dilentokkan elok pada riba jimin
Jimin ketap bibir rapat . Nafsunya cuba ditahan sedaya upaya . Dada yang berombak kencang juga cuba diabaikan
" Sayang , j-jangan peluk kuat sangat .. Nak peluk bukan sekarang dalam bilik nanti lah " bisik jimin di telinga isterinya yang sedang lena diulit mimpi
Beberapa saat kemudian matanya dicelik beberapa kali sebelum dibuka dengan luas
Posisinya masih sama cuma pelukan telah dilonggarkan . Otaknya leka memimikirkan apa yang telah terjadi
" sayang .. Dah bangun ke ? "
Pantas michan membetulkan posisinya dengan mata yang tidak lepas memandang anak mata jimin
" a-apa yang s-s-saya ? " michan kehilangan kata-kata . Yang pasti apa yang dia telah lakukan benar benar memalukannya
" awak nak rogol saya tadi " jawab jimin tenang
Membulat mata gadis itu jadinya . Tak mungkin lah tidur pun sampai ke tahap merogol orang ?!
Melihat jimin tertawa jelaslah bahawa jejaka itu hanya bergurau
" awak okey tak ? Awak terus tertidur tadi risau pulak saya " luah jimin jujur .
Memang ini salahnya kerana membuat gadis yang dicintainya menangis .
" em saya okey tapi saya lapar " balas michan mendatar . Perutnya lagi penting buat masa sekarang ni
Jimin tersenyum lebar . Kepala michan diusapnya lembut
YOU ARE READING
✎ᝰ┆ 𝐌𝐎𝐃𝐄𝐋 𝐕𝐒 𝐈𝐃𝐎𝐋
Fanfiction" saya takkan sesekali lepaskan awak, itu janji saya " Kalau sudah dinamakan takdir berpisah atau cuba melupakan sekali pun ia tetap akan bersatu semula " saya pinta tolong percayakan takdir .. " - park jimin Aku kenal erti cinta selepas mengenalin...