MODEL VS IDOL | FINALE

373 34 21
                                    

Bye, my pain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bye, my pain. My lonely days. Now, goodbye

•••

Michan pov

Sebulan telah berlalu, senyuman yang mekar terukir indah di wajahku apabila mengetahui tentang isi di dalam perutku yang masih kempis ini.

Walaupun masih baru namun aku cukup bersyukur dengan hadiah kiriman tuhan buat kami berdua ini. Setelah lebih 3 tahun kami bersama baru sekarang kami dikurniakan cahaya mata selepas aku mengalami keguguran beberapa tahun lalu.

Mulut ditekup rapat setelah selesai mentafsir dua garis biru pada alat menguji kehamilan tersebut . Air mata kegembiraan yang bergenang di tubir mata deras membasahi wajahku .

Pelbagai kesakitan telah dilalui, mungkin ini pemberian tuhan bagi menggantikan kedukaan yang selama ini telah dilalui. Air mata sudah sering kali membasahi pipi dan luka di hati juga bagai sudah terubat .

" chanie sayang, buat apa lama lama dalam bilik air tu eoh? "

Pintu bilik air tersebut dikuak maka terpampanglah wajah kacak suamiku memenuhi ruangan mata. Pandangan lembutnya dibalas dengan senyuman lebar daripadaku.

Tak dapat nak disorokkan lagi rasa terujaku, serta merta aku menayangkan alat uji kehamilan tersebut di hadapannya membuatkan lelaki itu terpinga-pinga namun diambil juga alat tersebut dari peganganku.

" a-awak mengandung ke? "

Kepala diangguk laju olehku, tubuhnya dirangkul erat olehku. Gembira yang teramat sangat hingga tidak dapat diungkapkan melalui perkataan . Hanya air mata kegembiraan yang menjadi buktinya.

Pelukan semakin dieratkan olehnya. Dapat aku rasakan helaan nafas hangatnya menampan telingaku. Tempoh seminggu berbulan madu benar-benar mengeratkan lagi hubungan kami.

Langsung tiada gangguan daripada sesiapa. Perhatian sepenuhnya ditumpukan di antara satu sama lain. Pergaduhan kecil dan perpisahan sementara mengukuhkan lagi ikatan antara kami.

•••

" jadi, awak dah fikir ke nama anak kita nanti? "

Soal Jimin ikut teruja, terhambur tawaanku melihatkan kecomelan yang terpamer pada diri suamiku itu.

" aigoo jiminie kandungan ni baru 2 minggu, jantina pun tak tahu lagi "

Pipi mulus miliknya dicubitku geram. Walaupun Jimin sudah tidak setembam dahulu namun kecomelannya masih terpancar dan sentiasa membuatkan diriku jatuh buat kesejuta kalinya .

" emm awak nak namja ke yeoja? "

" kalau tanya saya dua dua pun saya nak hekhek "

Tersinggung senyuman nakal di bibir jejaka itu. Pinggangku dililitnya manja.

" nak lebih pun boleh "

" eish dia ni! "

Memuncung bibir gadis itu jadinya. Lama dia tak bergedik macam ni, lain lah  sewaktu awal perkenalan mereka yang penuh dengan otak Jimin yang byuntae dan Michan yang bukan main kasar.

Kalau dulunya mereka seperti anjing dan kucing namun sekarang mereka sudah menjadi keluarga bahagia yang hanya menanti si kecil untuk melengkapkan kehidupan mereka.

Siapa sangka perjanjian di zaman kanak kanak mereka itu membawa kepada ikatan takdir yang kuat.

" chim, awak ingat tak waktu kali pertama kita jumpa dulu? "

Michan mengukirkan senyuman kecil apabila kisah lama tersebut mula bermain di kotak fikirannya. Tidak dapat dilupakan setiap detik bersamanya.

" eoh, waktu kita berpeluk atas lantai tu ke? "

Membahang gadis itu jadinya, serangan bertubi-tubi dilancarkan pada lengan jejaka itu . Memalukan betul apabila diingat semula.

" awak nak tahu cerita sebenar tak? Sebenarnya kan waktu tu saya gelabah sangat sebab Park Jimin jatuh entah dari mana terus muncul depan mata "

Michan mula membuka topik sewaktu mereka secara tak sengajanya terserempak di syarikat Emy's nation. Syarikat yang sudah sedia maju sejak dahulu lagi.

Dengarnya syarikat tersebut semakin naik apabila pengarah syarikat tersebut dikhabarkan mempunyai hubungan cinta suci dengan salah seorang dari idola terkenal . Namun identiti idola tersebut masih tidak diketahui.

Jimin tersenyum lebar hingga menampakkan eyes smile nya itu. Kejadian tersebut terasa seperti baru sahaja berlaku satu hari yang lalu. Masih segar diingatannya riak wajah terkejut gadis itu apabila Jimin secara tak sengaja menyembamkan wajahnya di atas dada milik Michan.

Keperihan akibat ditampar oleh Michan juga seperti kembali terasa. Walaupun sejujurnya, ia berlaku disebabkan oleh gadis itu juga. Dek tergesa-gesa ingin memasuki syarikat tanpa menggunakan kad kunci dia terpaksa menggunakan taktik kotor yang membawa padah ke atas dirinya juga.

" walaupun saya tak tunjukkan tapi sejak dulu lagi saya memang sukakan awak hehe, bermula sebagai ARMY "

Jimin terkedu, tak disangkakan Michan tergolong di dalam kalangan ARMY. Namun begitu, Jimin memilihnya bukan atas dasar paksaan mahupun kerelaan.

Jimin memilihnya atas dasar cinta yang mendalam. Bermula sebagai orang asing sewaktu pertama kali mereka berjumpa di zaman kanak kanak . Menjadi rakan karib dalam tempoh yang singkat, dikejutkan dengan berita perkahwinan yang penuh tanda tanya. Menjadi pasangan suami isteri yang penuh dengan kedukaan.

Saat mereka mula mengecapi rasa bahagia, bahagia itu hancur dan punah dibawa dengan kesedihan yang tidak terubat. Pergaduhan dan perpisahan yang seperti tiada penghujung kini berakhir.

Takdir yang tercipta akhirnya sampai ke penamat yang bahagia.

" saranghae my model "

" nado saranghae my idol "

Senyuman bahagia dan tulus ikhlas meniti di bibir masing-masing. Penamat kisah mereka berdua diakhiri dengan kucupan romantis seperti filem Titanic cuma bezanya adalah mereka berdua duduk di atas sofa dan bukannya kapal layar.

THE END

Emie nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua yang telah menyokong MVI dari awal hingga akhir. Sama ada yang silent readers mahupun semua readers yang dah bagi semangat untuk emie update . Tanpa my fayries ff ni akan kekal dalam draft huhu. Emie mintak sorry kalau ending tak berapa nak memuaskan dan tergantung. To be honest, emie dah taknak buat genre berdasarkan idol sebenar hshshshsh. Emie berbesar hati kalau korang baca ff emie yang lain juga, emie tekankan genre romcom di setiap ff emie hehee

BORAHAE! 💜

Season 2 ?
Ehe kita lupakan jelah huehue

✎ᝰ┆ 𝐌𝐎𝐃𝐄𝐋 𝐕𝐒 𝐈𝐃𝐎𝐋 Where stories live. Discover now