32 ; him

360 57 22
                                    

Michan pov–

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Michan pov

3 hari yang lepas merupakan hari terakhir aku dan Jimin berjumpa . Boleh dikatakan bermulalah hari yang panjang tanpanya dan tempoh hari juga magazine tersebut baru dilancarkan .

Ingat lagi photoshoot  bertemakan perkahwinan bersama Kim taehyung ? Ia baru dilancarkan 3 hari yang lepas dan itu cukup menggegarkan dunia .

Rata-rata media yang mengeluarkan berita tentang BTS semuanya petik tentang khabar angin tersebut . Heboh mengatakan bahawa kami menjalinkan hubungan dalam diam .

Ughh tolonglah ! Bukan ini yang aku mahu . Macam mana aku nak diamkan diri kalau hampir kesemua komen mengatakan aku perempuan murahan ?! Dan ada juga yang menyokong kami berdua bersama .

Walaupun realiti sebenarnya aku bersama Park jimin dan bukannya Kim taehyung .. Khabar angin tersebut juga seperti membangkitkan sasaeng ARMY . Ramai juga yang mengecamku kerana merampas buah haTae mereka .

Hati aku berasa gelisah memikirkan Jimin yang hanya mendiamkan diri . Berkali-kali sudah aku menghubunginya namun cuma diabaikan seolah-olah dia sengaja mengelak daripada aku ?

Tutt tutt

Senyuman mula menggantikan wajah sendunya . Sangkaannya meleset apabila Taehyung yang menghubunginya dan bukannya Jimin yang dinanti-nantikan .

" yah gwaenchana ? "

Suara garaunya mula menyapa gegendang telinga sebaik sahaja aku mengangkat panggilan daripadanya . Keluhan ringan aku hembuskan sebelum menjawab pertanyaannya .

" em . Jimin macam mana ? "

Kedengaran decitan kuat dihujung talian . Lelaki itu mula mengalihkan telefon pintarnya dari telinga kiri ke telinga kanan .

" dalam situasi sekarang pun kau masih nak tanya pasal Jimin ? kau patut tanya aku okey ke tak sebab sekarang ni media semua kecoh pasal kita ! "

Ingin sahaja Taehyung berkata begitu namun apabila memikirkan tentang perasaan michan dia kuburkan sahaja niat itu .

" molla, kenapa tak tanya sendiri ? "

" d-dia tak jawab "

Nada suaraku yang sedikit bergetar cuba ditahan agar tangisan tidak terhambur  . Nafas dalam-dalam diambil dan dihembus pelan bagi mengawal perasaannya .

" eoh , dia keluar beli rokok lah tu telefon tertinggal kat rumah "

Tutur Taehyung selamba .

✎ᝰ┆ 𝐌𝐎𝐃𝐄𝐋 𝐕𝐒 𝐈𝐃𝐎𝐋 Where stories live. Discover now