36 ; unexpectedly

385 47 52
                                    

Michan pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Michan pov

Kami berdua dibawa ke sebuah restoran yang ditempah khas . Kiri kanan depan belakang semuanya dipenuhi dengan pengawal peribadi . Terkejut juga apabila presiden negara China ingin berjumpa dengan kami berdua .

" saya minta maaf bagi pihak anak saya Xi zenchen, saya harap identiti anak saya tidak di dedahkan dan saya juga akan bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku "

Tutur lelaki separa abad itu dalam bahasa negaranya . Orang kanan yang merupakan tukang penterjemahan menjelaskan kesemua bait bait kata daripada lelaki itu .

" bertanggungjawab ? Tuan boleh hidupkan orang yang dah mati ke ? Nak bertanggungjawab konon "

" asalkan anak tuan tak ganggu kami lagi pun dah cukup . Kami tak perlukan bantuan tuan "

Dengan beraninya aku menuturkannya dalam bahasa Chineese juga . Melopong orang kanan presiden itu mendengarnya tetapi bukan kerana kefasihan pertuturanku namun disebabkan keberanian aku dalam  menuturkannya .

Aku tahu bunyinya seperti aku menyindir kemampuan seorang Presiden tapi aku betul-betul rasa tercabar dan kemarahan aku juga semakin membuak-buak .

Malahan Jiyeon iaitu punca segalanya langsung tak meminta maaf secara langsung ataupun mengakui kesalahannya . Itu membuatkan hati aku semakin membara .

Apa yang telah berlaku pada mendiang  Rowoon melayang semula di fikiranku .

" sila jaga percakapan cik .. "

Jimin yang hanya menjadi pemerhati hanya mampu mengedipkan matanya . Dia tak faham apa yang Michan cakapkan dan apa yang mereka bualkan . Michan ketap bibirnya rapat bagi menahan tangisannya yang hampir meletus .

" jadi apa yang saya boleh balas bagi memohon maaf ?"

" saya nak anak tuan menyesal dengan apa yang dia dah buat ! "

Tuan Xi mengangguk pelan . Dia faham anaknya itu memang sudah banyak menyusahkan orang sekelilingnya bahkan dia juga turut rasa bersalah .

" panggilkan Zenchen "

Lelaki berpangkat presiden tu mengarahkan orang suruhannya . Setelah beberapa minit menyepi susuk tubuh gadis itu mula melangkah mendekati kami .

" ayah nak kamu minta maaf dengan mereka berdua "

Jiyeon memeluk tubuh seraya menjeling aku tajam . Tak insaf lagi rupanya perempuan ni ? Nak kena lempang dulu baru sedar gamaknya

✎ᝰ┆ 𝐌𝐎𝐃𝐄𝐋 𝐕𝐒 𝐈𝐃𝐎𝐋 Where stories live. Discover now