Michan pov
Pandanganku kekal menunduk langsung tidak membalas pandangan redupnya
" awak marahkan saya lagi ke ? "
Soalannya aku balas dengan gelengen pelan . Memang itu kenyataannya bahawa aku langsung tidak memarahinya entah mengapa dengan hanya pujukan lembutnya mampu membuatkan aku melupakan segala hal .
" kenapa elak dari pandang saya ? "
Bibir aku kemam rapat . Masih tiada kekuatan ingin bertentangan dengannya walaupun berbaring di atas satu katil yang sama
Puncanya ialah nomiy . Dia yang beria memaksa jimin untuk tidur sebilik dengan aku . Bukannya aku tak rela cuma terasa janggal setelah 6 bulan tidak bersemuka
" apa yang awak buat selama ni ? Awak langsung tak usaha atau mencuba untuk jumpa saya "
" mianhae .. Saya ambil masa yang lama "
Jimin tersenyum tipis . Wajah aku kekal kosong tanpa riak .. Orang tanya langsung tak menjawab soalan !
" jimin .. "
Keras aku memanggilnya . Dia menjawab dengan lembut
" kenapa awak mesti simpan sendiri . Awak boleh bagitahu saya dan lepaskan pada saya tapi awak lebih memilih untuk sorok .. "
" awak ingat saya tak sakit ke awak buat macam ni ? Awak anggap saya ni apa ?! "
Jimin hela nafas berat . Tangan kananku diraihnya sebelum dikucup lembut
" saya anggap awak macam kehidupan saya sendiri . Maafkan saya dulu baru saya bagitahu hal sebenar "
Aku guling biji mata ke atas . Jimin banyak muslihatnya . Banyak yang dia pendam sendirian sejak sekian lama .
" ya saya maafkan awak .. "
Jimin tersenyum manis . Walaupun sudah lebih setahun aku berkahwin dengannya detakan jantung ni kepadanya masih tetap sama .
" jiyeon anak perdana menteri di shanghai "
" apa ?!! "
Menjegil aku jadinya setelah dapat mencerna bait-bait kata tersebut . Patutlah gadis itu tampak elegen sesuai dengan kekayaannya
Cuma otak dia saja yang miskin . Otak senget kurang kepandaian !
" dan sekarang dia diarahkan perintah berkurung .. Sekarang awak jangan risau lagi nae ? "
Aku mengangguk polos . Lapang sedikit dada setelah mendapat berita bahawa gadis itu telah dikurung . Kesalahannya sukar untuk dimaafkan kerana disebabkan dia lah anak aku mati !
" sekarang saya nak awak tidur-- ehh chanie kenapa menangis ni ?! "
Terus gelabah jimin jadinya apabila air mata mula jatuh menitik-nitik melalui tubir mataku . Sesungguhnya aku takut sangat
YOU ARE READING
✎ᝰ┆ 𝐌𝐎𝐃𝐄𝐋 𝐕𝐒 𝐈𝐃𝐎𝐋
Fanfiction" saya takkan sesekali lepaskan awak, itu janji saya " Kalau sudah dinamakan takdir berpisah atau cuba melupakan sekali pun ia tetap akan bersatu semula " saya pinta tolong percayakan takdir .. " - park jimin Aku kenal erti cinta selepas mengenalin...