Senyuman aku melebar . Sebenarnya harini jimin ada janji nak teman aku pergi buat temu janji dengan doktor tentang kandungan baru ini . Jarang sekali jimin ada masa terluang
Lampu isyarat bertukar hijau dan itu menandakan waktu untuk pejalan kaki melintas
" Lee Michan ! " laung seseorang . Aku menghentikan langkah dan menoleh ke arah tuan empunya suara
Aku tersenyum nipis memandangnya namun Rowoon cuma berlari ke arahku dalam keadaan yang cemas
Bukk
Terasa sesuatu yang kuat menimpanya apabila Rowoon bertindak dengan menolak kuat tubuh ku ke bahagian bahu jalan
Secara mengejut sebuah kereta meluru laju ke arahnya dan merempuh kuat tubuhnya
Bibir aku menggeletar . Tubuhnya yang berlumuran dengan darah aku pandang bagai tidak percaya
" r-rowoon sshi .. Y-yah arghhh ! "
Kepalanya yang dibasahi dengan cecair pekat diletakkan pada ribaku . Sekuat hati aku memanggilnya namun hampa apabila dia tidak memberikan sebarang reaksi
" ireona tsk ireona ! " semakin menjadi-jadi tangisanku apabila aku tidak dapat merasakan nadinya
Orang ramai mula berkerumun dan ada yang menelefon panggilan kecemasan . Cecair jernih terus terusan membasahi pipinya
_____
Kenderaan BTS tiba di situ . Kesemua ahli ada bersamanya kerana telah berniat untuk pergi berjalan-jalan selepas balik dari klinik itu nanti
Dengan pantas jimin meluru ke luar tanpa berfikir panjang . Nasib dia mengenakan mask dan cap hitam bagi menutup identitinya
Matanya membulat besar apabila melihat tempat kejadian yang dipenuhi darah . Jantungnya sudah mengepam darah dengan sangat laju
Tolong jangan katakan bahawa dia terlambat ..
" lee michan mana lee michan ?! " soal jimin cemas . Nafasnya sudah tidak teratur
Anggota polis yang berada di situ menghalakan jarinya ke arah seorang gadis yang hanya duduk termenung sambil dirawat oleh beberapa orang doktor .
Lantas dia mendapatkan michan dan dipeluknya erat . Baru sekarang dia dapat menghembus nafas lega walaupun jantungnya masih tidak dapat berhenti dari berdetak laju
Michan tersentak dari lamunannya . Haruman yang sangat menyenangkan baginya membuatkan dia kembali mengalirkan air mata
CZYTASZ
✎ᝰ┆ 𝐌𝐎𝐃𝐄𝐋 𝐕𝐒 𝐈𝐃𝐎𝐋
Fanfiction" saya takkan sesekali lepaskan awak, itu janji saya " Kalau sudah dinamakan takdir berpisah atau cuba melupakan sekali pun ia tetap akan bersatu semula " saya pinta tolong percayakan takdir .. " - park jimin Aku kenal erti cinta selepas mengenalin...