Part 6

59.9K 2.6K 134
                                    


Sorry aku tak update semalam 😭 busy weyh lagi malas nak wat 🙈🔫.

---------------

Zarif Haikal hanya menunggang superbike nya meuju ke satu tempat yang ada di akal fikirannya sekarang ini. Adakah Zarif Haikal berbaik hati mahu membantu Zara ; perempuan yang berani menamparnya. Dengan niat yang baik. Itu memang jauh daripada apa yang difikirkan.

Zara hanya berdiam diri dengan mata yang terpejam rapat di atas motor sambil tangan tidak lepas memeluk pinggang Zarif Haikal agar tidak tercampak jatuh dari atas motor. Tanpa Zara sedari, Zarif Haikal membawa dirinya ke tempat lain bukan ke rumah Zara.

Zarif Haikal menekan gear terakhir sebelum memecut laju. Setelah hampir Lima belas minit superbike yang di bawa oleh Zarif Haikal mula perlahan kerana sudah dekat dengan tempat yang di tuju.

Sebaik sampai Zarif Haikal langsung mematikan enjin superbike dan turun dari atas motor tanpa menunggu Zara. Zarif Haikal menanggalkan helmet lalu di pegang dengan tangan.

Zara masih berada di atas motor dengan cungapan nafas yang berat. Tudung yang di pakai sudah tidak menunjukkan rupa yang baik lagi. Habis senget.

Zara membetulkan tudungnya sambil melihat sekeliling yang dirasakan pelik. Kawasan rumahnya bukan seperti ini. Zara langsung tidak menyedari bila dia dan Zarif Haikal memasuki kawasan ini. Malah yang lebih teruk lagi apabila Zara langsung tidak mengetahui tempat ini.

" Sampai bila kau nak duduk atas motor aku? ". Suara garau milik Zarif Haikal menyentakkan Zara dari terus memerhatikan sekeliling.

Zara turun dari atas superbike dengan berhati hati. Pandangan pelik masih tidak lepas dari diri Zara. Perasaan gementar barusan tadi akibat menaiki superbike kini hilang berganti dengan perasaan yang takut.

Zara memegang kuat tali sling beg dia. Kedua mata berkedip kedip akibat takut. Kemana Zarif Haikal mahu membawa dia sekarang.

Hujung bibir Zarif Haikal ternaik sedikit melihat Zara yang gelisah sambil mata tidak lepas melihat sekeliling. Sekarang Zarif Haikal dan Zara berada di apartment kepunyaan Zarif Haikal. Bukan di bawa Zara pulang ke rumah tetapi di bawa ke apartment dia pula.

" Kita dekat mana ni encik. Ini bukan kawasan rumah saya. Ini bukan rumah saya. Saya nak balik ". Gementar suara Zara menahan gugusan butiran air mata yang mula mengaburkan penglihatan Zara.

Zara berada di dalam keadaan yang sungguh ketakutan. Tambah dengan dia tidak langsung mengenali lelaki ini dan lelaki ini membawa dia ke tempat lain.

" Balik? Sekarang ni kan tengah balik lah ni? Kau tak nampak ke? Ni apartment aku? Kau nak balik aku dah hantar. Tapi bukan rumah kau! Rumah aku! ". Zarif Haikal menghampiri Zara yang sedang dalam ketakutan lalu sekali sentap Zarif Haikal berjaya mencengkam kuat lengan kiri Zara.

Tersentak Zara dengan rentapan Zarif Haikal, segera Zara meronta agar cengkaman pada lengannya terlepas. Jangan dikata air mata turun mengalir tanpa disuruh.

" Lepas! Lepas! Lepaskan saya! Encik nak bawa saya ke mana ni! Saya tak nak ikut encik! Saya tak nak!! ". Jerit Zara habis habisan. Sebelah tangan yang bebas Zara gunakan untuk memukul tangan Zarif Haikal yang mencengkam lengannya.

" Ikut aku! ". Zarif Haikal menyeret Zara mengikuti dia untuk masuk ke dalam lift. Tidak mahu membuat kecoh di lantai bawah ini. Pengawal yang menjaga di bawah diam tidak mahu memasuk campur walaupun dia melihat kekasaran yang di lakukan oleh Zarif Haikal kepada Zara.

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now