Part 58

52.4K 2.3K 282
                                    


Zara memandang skrin telefon yang menyala dengan sayu. Zara hanya memerhati selepas itu menarik kuat nafas dan dilepaskan lemah. Zara tidak tahu sama ada mahu membalas atau pun tidak. Jadi Zara membiarkan telefon itu menyala tanpa mahu di usik sedikit pun. Zara menutup telefon dan disimpan ke dalam beg slingnya.

Zara tidak mahu membalas. Biarlah nanti baru Zara balas. Mesej tersebut di hangar oleh Puan Maisarah ke Zara dengan ayat yang menyuruh Zara untuk datang ke rumah mereka pada petang ini. Zara sendiri keliru. Puan Maisarah tidak nampak ke Tokma tidak menyukai diri Zara. Jadi kenapa Puan Maisarah mengajak Zara datang lagi. 

Zara menghela nafas beratnya. Zara berjalan kaki menyelusuri jalanan yang tidak sunyi dari bunyi kenderaan dan orang lalu lalang. Zara sengaja memilih untuk berjalan kaki untuk mengambil angin berbanding menaiki kereta. Zara rasa lebih baik Zara mencari udara segar dari terus memikirkan sikap Tokma pada dirinya.

Untuk pengetahuan semua, perkara itu sudah tiga hari berlalu. Segala mesej dan panggilan daripada Zarif Haikal tidak di balas langsung oleh Zara. Buat apa Zara nak balas kalau dalam keluarga Zarif Haikal sendiri tidak menyukai Zara. Jadi lebih baik mengundur diri sedikit demi sedikit.

Bermula dengan menjauhkan diri dari Zarif Haikal dan seterusnya seperti biasa. Cuma Zara tak perlu rapat sangat dengan keluarga Zarif Haikal. Iya, seperti dulu di mana Zara tak pernah bertemu atau mengenali Zarif Haikal. Tentang perasaan Zara pada Zarif Haikal.

Zara sendiri keliru. Zara masih tidak pasti. Di sebelah pihak Zara suka tapi di sebelah lagi ada sesuatu yang menarik Zara menjauhi Zarif Haikal. Mungkin tentang sikap dan perangai teruk Zarif Haikal. Zara bukannya boleh mengubah perangai Zarif Haikal. Lagipun Zarif Haikal tidak akan mendengar cakap Zara.

Zara bukan sesiapa Zarif Haikal.

Zara masih berjalan dengan langkah yang perlahan sambil menunduk. Seketika bunyi kereta berhenti di sebelah Zara membuatkan langkah Zara juga terhenti dan pandangan Zara terus jatuh pada kereta hitam tersebut. Sebaik cermin tingkap kereta di turun kan oleh pemiliknya, Zara terus kaku kerana terkejut.

" Masuk! ". Suara keras bercampur tegas itu kedengaran pada telinga Zara. Zara masih menatap pemilik kereta tersebut. Bukan Zara tak mengenali siapa lelaki yang mengarah Zara itu. Siapa lagi yang berani menyuruh Zara itu dan ini kalau bukan Zarif Haikal.

Zarif Haikal menatap Zara tajam dengan rahang yang terbentuk. Zara tidak bergerak sedikit pun tetapi matanya masih menatap Zarif Haikal. Zarif Haikal sudah bersabar selama tiga hari ini. Semua mesej dan panggilan nya pada Zara tidak disambut langsung.

Zarif Haikal tahu Zara ingin pergi dari kehidupannya. Namun lupakah Zara siapa Zarif Haikal. Ego setinggi langit. Apa yang dia mahukan mesti ada dalam genggamanya. Zarif Haikal mengetap gigi sambil bibir terkatup rapat me nanti Zara bergerak sesuai arahannya namun tiada.

" Masuk Zara! ". Suara kasar Zarif Haikal sekali lagi berbunyi menyentakkan Zara ke dunia sebenar. Zara sedar sepatutnya sebaik melihat wajah Zarif Haikal. Zara patut bergerak pergi. Tetapi ini tidak. Zara dengan drastik mengeleng.

Zara memegang erat tali sling begnya lalu berjalan menjauhi Zarif Haikal. Zarif Haikal yang nampak hal itu menatap Zara geram. Stereng kereta di tepuk kasar dengan perasaan marah. Zara kembali melawan dan mencabar kesabaran Zarif Haikal.

Zarif Haikal memandu mengikuti langkah Zara yang laju berjalan. Sebaik setara dengan Zara. Zarif Haikal sekali lagi mengarah Zara supaya masuk. Namun kedegilan Zara mencabar ego Zarif Haikal. Zarif Haikal yang bengang segera turun daripada kereta tanpa mematikan enjin. 

Terus mengejar Zara. Zara yang sedar akan tindakan Zarif Haikal segera membuka langkah besar. Zara menyesal memilih untuk berjalan kaki hari ini. Kalau Zara tahu lebih baik Zara menaiki kereta atau pun lebih baik Zara duduk di rumah sahaja. Zarif Haikal mengenggam kedua tangannya.

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now