Part 14

56.3K 2.4K 117
                                    

Sorry lame tk update busy 😭.




#########











" Makanlah tengok apa? ". Zarif Haikal bersuara apabila melihat Zara duduk diam tanpa menjamah makanan yang ada di atas meja.

Terdongak kepala Zara yang tadinya tunduk merenung meja makan. Mata Zara bertembung dengan mata Zarif Haikal yang menunggu Zara menjawab dengan riak yang tidak puas hati.

Sungguh benar Zara tidak suka akan siap Zarif Haikal yang pemaksa ini. Sudahlah tadi Zarif Haikal membuat kecoh. Staff lain pula ada yang melihat. Pasti Zara menjadi bualan nanti. Kononnya ada hubungan dengan Zarif Haikal.

Tanpa Zara sedar, Zara menghembus nafas dengan bunyi yang kuat sehingga menarik perhatian Zarif Haikal yang memang tidak beranjak dari merenung wajah Zara.

" Apesal? Kau tak suka ke makanan tu? Kalau tak suka order lain ". Zarif Haikal masih merenung wajah Zara. Sedikit senang di dalam hati Zarif Haikal melihat Zara makan bersamanya.

Walaupun hakikatnya Zarif Haikal sendiri yang memaksa Zara untuk menemani dia makan bersama. Zara melihat makanan yang berupa nasi goreng sotong yang memenuhi pinggan yang membolehkan dua orang untuk menghabiskan satu pinggan makanan tersebut.


Zarif Haikal mengetap rahangnya apabila tiada sebarang respon daripada Zara. Zarif Haikal dengan panas hati menepuk meja makan tersebut kuat. Tersentak Zara. Dengan takut Zara cuba melihat riak wajah Zarif Haikal.

Zara menekan air liur sedikit payah selepas melihat riak wajah Zarif Haikal yang tegang. Dengan rahang yang jelas terbentuk membuatkan hati Zara semakin berdebar. Bukan berdebar cinta tetapi berdebar takut dengan kelakuan Zarif Haikal.

" Makan jelah apa yang susah sangat?!. Lagi satu aku bukan bercakap dengan tembok yang tak ada suara nak jawab!!? ". Akhirnya terletus juga amarah Zarif Haikal.

Kesabaran Zarif Haikal menipis melayan karenah Zara. Baru saja dirinya gembira kini Zara pula menghilangkan moodnya.

Zarif Haikal memang pantang kalau dia bercakap orang tersebut tidak melihat wajahnya apatah lagi tidak menjawab semua soalan Zarif Haikal. Makin membangkitkan api kemarahan dalam diri Zarif Haikal.

Akibat tepukan kuat yang dilakukan oleh Zarif Haikal sebentar tadi telah menarik perhatian orang yang ada di sekitar restoran mahal tersebut. Mereka masing-masing berpaling melihat apa yang berlaku.

Zara dengan tangan yang menggigil mengapai sudu dengan kadar perlahan. Sedikit pun Zara tidak mengangkat muka untuk merenung wajah Zarif Haikal dengan lebih lama.

Zara memegang sudu tersebut dengan getaran yang jelas di mata Zarif Haikal. Zarif Haikal menyandarkan tubuh badan belakangnya pada kerusi seraya memeluk tubuh menatap Zara tajam.

Dari mula Zara menyuapkan makanan tersebut ke dalam mulut, bebola mata Zarif Haikal kekal tajam merenung Zara. Zara yang perasan akan hal itu, membuatkan dirinya berada dalam keadaan yang tidak selesa. Semakin payah Zara mahu menelan nasi goreng sotong tersebut.


Tidak lama kemudian baru lah Zarif Haikal mengambil sudu kepunyaannya lalu memakan sambil mata tidak lepas melihat Zara yang menunduk.

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now