Part 57

51.3K 2.1K 293
                                    

Hanya bunyi dentingan sudu dan garfu yang kedengaran di meja makan tersebut. Zara makan dengan perasaan kaki dan sesekali mengerling ke arah Tokma yang duduk di hadapannya ini. Zara tidak pasti kenapa aura Tokma seakan tidak menyukai kehadiran Zara di sini. Zarif Haikal di sebelah Zara menikmati makanan tanpa mengisahkan hal itu. 

" Zara, malam ni Zara tidur rumah mama ya. Dah least sangat nak balik ni. Nanti mama tolong kepaskan bilik tamu tu okay ". Suara mama memecahkan keheningan sejak tadi. Zara mengangkat wajah menatap Puan Maisarah dengan pelik.

Tak akan lah Zara nak tidur rumah mereka sedangkan Tokma masih baru di sini. Zara risau kehadiran dirinya menganggu Tokma seketika nanti. Bunyi sudu berlaga dengan pinggan menarik perhatian semua orang di situ agar menatap Tokma. Pandangan Zara bertemu dengan pandangan dingin Tokma.

" Aikk kenapa pulak Zara kena tidur dekat sini? Apa dia tak ada rumah sendiri ke? ". Suara Tokma pula menyambung. Zara semakin terdiam, pada masa yang sama Zara berasa kecil hati dengan nada percakapan Tokma. Zara menunduk sambil mengaul nasi dengan sudu.

Zarif Haikal mengerutkan dahinya mendengar nada Tokma bercakap. Zarif Haikal yang khusyuk dengan makanannya sekarang memberi fokus seratus peratus kepada Tokma. Puan Maisarah dan Tuan Hussein waking berpandangan antara satu sama lain.

" Inikan dah malam mama. Jadi tak elok biarkan Zara yang perempuan ni balik waktu waktu macam ni ". Jelas Puan Maisarah agar Tokma faham dengan kehendaknya. Tak salah pun kan kalau Zara tidur di rumah mereka pada hari ini.

" Yang kamu ni Zara, kamu tak tahu malu ke nak tidur dekat sini? Lagi-lagi kamu ni perempuan. Bukan ke Zarif Haikal selalu datang ambil kamu datang ke sini? Jadi tak ada masalah kalau Zarif hantar kamu pulang kan. Ke kamu memang nak duduk sini serumah dengan Zarif? ".

Ujar Tokma pedas. Puan Maisarah dan Tuan Hussein masing-masing menutup mulut mereka dan hanya menjadi pendengar. Zara semakin menunduk dan mengecilkan tubuhnya. Hati Zara sungguh terasa dengan Tokma.

Betullah tekaan Zara yang Tokma tidak menyukai kehadiran dirinya di sini. Iyalah perbezaan taraf hidup antara Zara dengan Zarif Haikal memang jauh. Zara menggigit kuat bibirnya menahan perasaan sedih. Zarif Haikal menatap Tokma dengan seribu persoalan.

Kenapa Tokma jadi macam ni? Kenapa Tokma seakan tidak suka pada Zara sedangkan Tokma tahu yang Zara mungkin menjadi bakal isteri cucu keduanya ini. Dan. Dari mana Tokma tahu yang Zarif Haikal selalu mengambil dan menghantar Zara. Tokma seakan ada menyembunyikan sesuatu.

" Apa maksud Tokma? Zarif tak faham? Kenapa pun kalau Zara tidur sini? Bukannya Zara tak pernah tidur sini pun sebelum ni ". Kini Zarif Haikal yang bersuara melawan rasa tidak puas hati dengan gaya Tokma bercakap pada Zara. Seakan ingin menghalau Zara pergi.

" Wow dah pernah tidur sini rupanya. Berapa kali kamu tidur sini Zara? ". Itu balasan panas daripada mulut Tokma lagi. Aktiviti menjamah selera tergendala. Dalam pertanyaan Tokma terselit sindiran untuk Zara.

Apabila mata Zarif Haikal bertemu dengan mata Tokma. Zarif Haikal disungguhi dengan satu senyuman pelik dari Tokma. Zarif Haikal mengenggam kuat tangannya. Zarif Haikal dapat tangkap yang Tokma tidak suka dengan Zara.

Zara bangun dengan gerakan yang terpantas. Sehingga bunyi geseran kerusi bergena di ruang makan tersebut. Zara menunduk sambil berdiri dan itu membuatkan semua mata di situ memandang ke arah dirinya. Zara mengetap kuat bibirnya bersama tangan yang mengenggam erat sisi bajunya.

" Zara minta maaf atas kehadiran Zara yang buat Tokma rasa tak selesa. Zara minta maaf. Zara minta diri dulu, tak apa Zara masih boleh drive lagi. Terima kasih mama sebab dah pelawa Zara untuk makan dan tidur dekat sini. Sekali lagi maafkan Zara ".Zara menunduk hormat pada Tokma dan Puan Maisarah serta Tuan Hussein. Zara rasa dirinya tidak boleh bertahan di situ lagi.

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now