Part 17

55.5K 2.4K 147
                                    


Kome power nauuu komen ngan vote 😂 menaikkan semangat author nk update bile bace komen kome 🌈🐇 thanks 💜

Trial stpm dah lepas. Author rase author da wat sehabis baik tapi kalau masih fail marilah hantuk pale kt dinding 😂😂😂

Best? Sorry hambar 🌚😂💜🌈

##########



Zara membungkus diri di dalam selimut tebal di rumahnya. Zara masih dalam keadaan lemah dengan suhu badan naik secara mendadak. Sejak dua hari lepas Zarif Haikal membawa Zara ke tempat tidak berguna itu Zara terus diserang demam panas.

Zara juga dengan suara yang lemah menelefon Intan memberitahu dia tidak dapat masuk kerja kerana demam. Bukan main risau lagi Intan di sebaik telefon sana bila Zara kata dirinya sedang demam.

Sebab tu Zara malas nak memberitahu Intan kejadian yang berlaku pada dirinya atas sebab Zarif Haikal. Zara sebut demam je Intan punya bising dan kelam kabut bersatu. Kalau Zara ceritakan? Mahu pengsan Intan dekat hotel tempat honeymoon diorang tu.

Zara lebih selesa memberitahu Intan tentang ketidak hadiran dia ke pejabat. Nanti biar Intan yang sampaikan dekat Harris. Perkara itu bole dikira kebiasaan Zara jika tidak dapat hadir ke tempat kerja.

Berbalik pada kejadian yang yang telah terjadi. Zara sungguh kesal kerana mengikut Zarif Haikal ke tempat sebegitu sehingga dirinya menjadi mangsa cabul musuh Zarif Haikal sendiri iaitu Zack.


Zara juga berulang kali mengingati dirinya supaya menjauhi Zarif Haikal sejak malam itu. Nasib Zarif Haikal mendengar cakap Zara untuk menghantar Zara pulang ke rumah.

Padahal malam itu Zarif Haikal hampir membawa Zara balik ke apartment Zarif Haikal. Disebabkan Zara melawan tidak mahu bersedudukan dengan Zarif Haikal di satu rumah Zara berkeras hendak balik ke rumahnya.

Zarif Haikal sedikit bengang. Hampir saja Zarif Haikal ingin membentak Zara namun terhalang niatnya kerana keadaan Zara yang lemah dan pucat. Jadi Zarif Haikal hanya menurut walaupun hatinya tidak rela.

Zara rasa nak hilangkan diri dari sini dan pergi ke tempat lain. Namun takkan Zara nak berhenti bekerja di syarikat Harris sedangkan itu sumber pendapatan kehidupan Zara. Zara juga bekerja selama tiga tahun di syarikat Harris. Jadi semakin sulit jika Zara tiba-tiba berhenti di situ.

Lagi pula kalau Zara berhenti. Zara nak kerja dekat mana? Tempat mana? Kalau nak cari kerja yang lain mesti susah. Jadi Zara tetap akan bekerja di situ. Tambah lagi ada kawannya Intan dan Harris sebagai boss merangkap kawan Zara juga.

Bila mengingat kembali hati Zara menjadi sakit. Sejak pertemuan pertama Zara dengan Zarif Haikal sudah banyak perkara buruk terjadi. Semasa pertemuan pertama kereta Zara dilanggar kuat oleh Zarif Haikal.

Kedua kereta Zara rosak minta tolong dengan Zarif Haikal yang kebetulan lalu di situ. Akhirnya apa yang Zarif Haikal buat? Bawa diri Zara ke apartment dan hampir mencabul Zara.

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now