Part 37

45.7K 2K 179
                                    


" Zara duduk sini dulu biar mama masak untuk makan tengahari okay. Kalau Zara nak apa-apa minta tolong Zarif. Zarif jaga Zara tu jangan nak jadi jahil je ". Ujar Puan Maisarah lembut kepada Zara sebelum memberi kata pedas pada anak lelaki keduanya yang duduk di atas sofa.

Zarif Haikal membuat riak muka menyampah. Mamanya ni lebih kan Zara dari dirinya nampak. Sebenarnya siapa anak Puan Maisarah ni. Zarif Haikal berbaring selamba sambil satu tangan berlipat menjadi pelapik belakang kepala.

Puan Maisarah memberikan senyuman manis kepada Zara. Zara yang masih kekok membalas dengan teragak-agak. Puan Maisarah berjalan ke arah Zarif Haikal yang tidak menyahut katanya tadi. Sampai di dekat Zarif Haikal, Puan Maisarah langsung menepuk peha anaknya kuat.

Terkejut Zarif Haikal dengan drastik Zarif Haikal bangkit secara duduk sambil mengusap pehanya. Puan Maisarah kalau menepuk bukannya perlahan. Berdebik bunyinya. Puan Maisarah tersenyum suka dengan riak wajah Zarif Haikal.

" Kamu tu pergi duduk luar, biar Zara je duduk dalam ni. Jangan nak menggatal sangat ingat Zara tu anak dara orang! ". Zarif Haikal mendengar kata Puan Maisarah acuh tidak acuh sahaja. Sengaja Zarif Haikal mengorek lubang telinganya. Dalam hati Zarif Haikal tergelak jahat.

Zarif Haikal dah berapa kali sentuh Zara. Eh! Maksud Zarif Haikal memegang Zara seperti di tangan dan pinggang pun Zarif Haikal pernah rasa. Zara terdiam sambil memerhati Zarif Haikal dan mamanya. Zara nak ketawa apabila reaksi Zarif Haikal yang di pukul oleh Puan Maisarah.

" Dengar tak mama cakap ni ". Puan Maisarah menepuk peha Zarif Haikal sekali lagi tapi kurang kuat daripada tepukan yang pertama. Zarif Haikal yang sudah berbaring hanya mengumam sebagai jawapan. Puan Maisarah mengeleng.

Perangai tak senonoh Zarif Haikal ni  memang sejak dulu lagi tak berubah. Puan Maisarah menoleh sekejap ke arah Zara sambil mengerakan bibir memberitahu yang Puan Maisarah mahu ke dapur. Zara sekali lagi mengangguk faham. Kini tinggal Zara dan Zarif Haikal di dalam bilik tersebut.

Zarif Haikal tekun scroll skrin telefon. Zara sedikit pun tidak dipandang. Ada perkara yang penting perlu Zarif Haikal rancangkan kerana seketika tadi Irfan menghantar mesej bahawa Zack sudah mulai bertindak. Selepas beberapa minit berlalu Zarif Haikal mencampak telefon ke atas sofa lalu dia bangun berjalan ke arah Zara.

Zara yang dari tadi memang menatap Zarif Haikal terkedu. Pandangan Zara mengikuti langkah Zarif Haikal yang mendekati dirinya di atas katil. Zara meremas selimut paras pinggangnya dalam keadaan duduk bersandar di penghadang katil.

Zarif Haikal memasukan tangan ke dalam poket seluar. Sebaik tiba di tepi katil, Zarif Haikal merendahkan badan supaya kepala sejajar dengan wajah Zara. Zara mengalih menjauhi Zarif Haikal. Zara teragak-agak dengan apa yang Zarif Haikal mahu lakukan.

" Seronok jadi anak baru mama aku? Siap mama aku suruh aku jaga kau lagi kan ". Gumam Zarif Haikal perlahan pada wajah Zara. Zara diam tetapi matanya menjelajah seluruh wajah Zarif Haikal yang beriak mengejek sambil itu merenung setiap inci wajah Zara.

" Siapa yang nak jadi anak baru mama awak. Hah! Awak cakap apa dengan mama awak? Sampai dia kata saya ni girlfriend awak. Awak tipu mama awak eih! Sejak bila saya jadi girlfriend awak! ". Zara melepaskan apa yang memenuhi fikirannya sejak mula Puan Maisarah mengelarkan Zara sebagai girlfriend Zarif Haikal.

Zara dari tadi ingin bertanya mengapa Puan Maisarah memanggil dirinya sebagai bakal menantu namun tiada ruang. Lagi pun Zara malu mahu bertanya lebih kerana Zara baru mengenali Puan Maisarah. Tidak akan lah Zara nak membuat Puan Maisarah tidak selesa dengan dirinya.

" Haah memang aku yang cakap kau girlfriend aku. So what? Ada masalah? ". Balas Zarif Haikal selamba. Zara menahan geram semakin kuat jari jemarinya meremas selimut. Zarif Haikal memang tidak tahu malu! Sampai Puan Maisarah memanggil dirinya sebagai menantu.

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now