Part 33

45.8K 2.2K 495
                                    

Sorry kome baru update 😢 author kekeringan idea plus top up pun takde 😂

#########



" Kau buat apa dekat sini Zarif? Cari siapa? Aku ke? ". Soal Harris yang kebetulan bertembung dengan Zarif Haikal yang selamba berjalan tanpa memandang ke kiri dan kanan. Langkah Zarif Haikal terhenti akibat soalan daripada abangnya.

" Sorry aku bukan cari kau bro. Aku cari Zara. Dia ada dalam bilik dia kan ". Jawab Zarif Haikal kembali. Zarif Haikal berdiri sambil tangan masuk ke dalam poket jaketnya. Zarif Haikal menatap Harris tidak berminat.

Zarif Haikal datang ke sini hanya ingin bertemu dengan Zara itu sahaja. Kenapa lah dia boleh bertemu dengan Harris pula. Nanti lagi banyak pertanyaan yang dilontarkan oleh Harris kepada Zarif Haikal.

Dan jujur Zarif Haikal katakan yang dia tak berminat untuk menjawab semua soalan Harris. Harris menautkan kedua keningnya. Pelik dengan jawapan Zarif Haikal. Harris memang curiga terhadap Zarif Haikal sejak dulu lagi. Di mana Zarif Haikal berada di bilik kerja Zara lagi.

" Kau ada hubungan dengan Zara ke Zarif. Kau jangan buat macam-macam dekat Zara. Zara bukan perempuan yang dekat luar sana yang kau boleh peluk tu semua ". Ujar Harris penuh penekanan sambil mengeraskan suaranya. Zarif Haikal menjeling malas.

Harris tahu seratus peratus perangai baik mahupun buruk Zarif Haikal. Jadi lebih baik Harris mengingatkan Zarif Haikal sebelum perkara buruk berlaku. Lagi-lagi kalau berkaitan dengan Zara. Kawan Harris dan juga Intan. Harris takut kalau Zarif Haikal membuat sesuatu yang buruk kepada Zara.

" Aku tau apa aku buat. Kau tak perlu risau Harris. Lagipun untuk pengetahuan kau. Zara tu dah jadi official girlfriend aku ". Zarif Haikal tersenyum sinis bersama hujung bibir ternaik menunjukkan betapa benarnya kata Zarif Haikal tadi.

Harris terkejut besar. Reaksi wajah Harris cukup menjelaskan segalanya. Harris tidak percaya dengan kata-kata Zarif Haikal. Macam mana Zara boleh jadi girlfriend Zarif Haikal. Sedangkan Zara tidak pernah mengenali Zarif Haikal sebelum ini. Zara juga tidak terlihat rapat dengan Zarif Haikal. Jadi macam mana perkara ini boleh terjadi.

Baru Harris mahu membuka mulut bertanya lebih lagi. Zarif Haikal sudah membungkam terlebih dahulu. Zarif Haikal malas berlama lama di situ. Tambah lagi di tengah laluan staff semua. Zarif Haikal menyampah apabila staff perempuan yang melalui mereka melihat Zarif Haikal seperti tidak pernah melihat manusia.

" Aku pergi dulu Harris. Jumpa lagi nanti ". Zarif Haikal menepuk bahu Harris lalu bergerka pergi ke pejabat Zara. Mahu melepaskan rindu pada wajah Zara. Padahal Zarif Haikal baru bertemu dengan Zara semalam.

Tambah lagi meluangkan masa bersama Zara di gym hampir tiga jam. Tapi Zarif Haikal tidak tahu mengapa dia ingin melihat wajah Zara. Jadi berakhir dengan Zarif Haikal meninggalkan bengkel keretanya dan datang ke sini. Tempat kerja Zara.

" Hye sayang.... ". Zarif Haikal membuka pintu bilik kerja Zara sambil bersuara riang. Zarif Haikal menutup pintu kembali. Tidak mahu ada orang menganggu privasi mereka berdua. Zara terkejut dengan kedatangan Zarif Haikal yang tidak diundang.

Zara hanya terdiam sambil memerhati Zarif Haikal yang berjalan ke arah dia lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Zara. Zarif Haikal memeluk tubuhnya seraya tersenyum sinis sebaik dapat melihat wajah Zara. Zarif Haikal dapat rasakan kehendaknya sudah tercapai.

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now