Part 82

36.4K 1.7K 128
                                    

" Abang! Turunkan Zara! ". Jerit Zara tertahan. Pukulan masih tidak berhenti. Zarif Haikal hanya diam membawa Zara masuk ke dalam bilik mereka yang jauh daripada bilik si kembar dan Zayfa. Satu bilik yang berada di ruang tamu bilik yang jarang di gunakan.

Bilik yang mereka selalu guna hanya bersebelahan dengan bilik anak mereka bertiga. Tetapi Zarif Haikal membawa Zara ke bilik lain. Mungkin lebih selamat jika terjadi pergaduhan antara mereka berdua dan anak-anak tidak mendengar.

" Diam aku cakap! ".

Balas Zarif Haikal yang sedang menuruni tangga dengan biasa seakan hanya dirinya yang berjalan. Zara menjerit kecil, dengan perasaan yang mula berubah semakin takut. Zara yang mengetahui ke mana mereka akan pergi semakin menguatkan rontaan.

Zara risau lain jadinya nanti? Sampai di dalam bilik, Zarif Haikal langsung mengunci pintu lalu dia mencampak badan Zara ke atas katil seraya bercekak pinggang dengan wajah yang tegas. Zara lekas bergerak membetulkan baju yang terselak dan segera turun daripada katil lalu berdiri.

" Bagitahu aku apa yang dah jadi? Kenapa kembar tak layan aku? Kenapa kau jauhkan diri kau dari aku? ". Sejujurnya Zara sudah berasa seram sejuk dengan suara datar Zarif Haikal. Padahal Zarif Haikal cuba untuk tidak mengeluarkan rasa marahnya.

Dia masih menahan sehingga Zara mahu membuka mulut. Dia sendiri tak faham apa yang jadi. Jadi tolong jelaskan sebelum angin dia naik. Zara menutup mulutnya rapat tetapi pandangannya lurus merenung wajah suaminya. Sekilas adegan petang tadi terbayang.

Mendadak hatinya terasa pilu. Zarif Haikal pulang selepas sehari suntuk tiada khabar. Lepastu datang dalam keadaan marah marah macam ni? Sebenarnya salah siapa ni? Zarif Haikal memejamkan matanya sekilas apabila tiada balasan daripada Zara.

Mulut Zarif Haikal terbuka sedikit dengan lidah mula bergerak menolak dinding mulut. Tabiat jika sedang menahan marah. Zara pasti Zarif Haikal betul betul sedang menahan marah. Zarif Haikal mengangkat tapak tangan mengusap sekitar wajah. Dia cuba mengawal kemarahan daripada terletus.

" Bagitahu aku Zara?! Apesal kau diam?! ". Kening Zarif Haikal semakin menekuk tajam. Tubuhnya kian mendekat pada Zara yang mula mengundur ke beelakang. Dia sudahlah penat balik kerja sehari suntuk dan apa yang dia dapat? Zara mengelak ketika tangan suaminya mengapai lengannya.

Baru kakinya ingin berlari tangan Zarif Haikal lebih pantas berbanding kakinya. Zarif Haikal mengenggam lengan Zara kuat menghalang agar isterinya melarikan diri. Bukan dia tak tahu Zara cuba nak larikan diri kan. Semua itu ada dalam otak Zarif Haikal lah. Kalau Zara takut mesti dia akan larikan diri dari Zarif Haikal.

" Kau nak pergi mana? Aku suruh kau bagitahu aku apa yang jadi kan? Asal kau nak lari ". Zara semakin di landa ketakutan, suaminya tak main main sekarang. Zara cuba melepaskan jari jemari Zarif Haikal yang terkait rapat pada lengannya.

" Abang lepas! Lengan Zara sakitlah! ". Zara hampir menumpahkan air mata kerana sakit yang menyengat pada lengannya. Sungguh kuat cengkaman Zarif Haikal ke atas dirinya. Ini lah Zarif Haikal jika dalam kemarahan. Zarif Haikal semakin panas akibat penolakan Zara.

Cengkaman pada lengan Zara di kuatkan seraya menarik kasar ke arah dirinya. Zara yang tidak seimbang terdorong ke dada suaminya yang terdedah kerana butang baju yang terbuka. Dia mendongak ke atas linangan air mata yang bertakung akibat takut.

Zarif Haikal mengemam bibirnya sebelum membuka mulut.

" Bagitahu aku apa yang jadi sebenarnya. Jangan buat angin aku naik Nur Zara ". Jika nama penuh Zara sudah di sebut, Zara faham Zarif Haikal mahukan jawapan bukan penolakan seperti ini. Semakin dirinya menolak suaminya akan semakin kasar. 

The Zarif Haikal Possession Where stories live. Discover now