part 28

5.3K 237 41
                                    

Mika POV

Aku mengetuk pintu bilik Hanah untuk mengajaknya makan petang. Aku bosan sebab takda kerja nak dibuat. Setelah berkali kali aku ketuk, masih tidak ada tanda tanda hanah membuka pintu.

Aku rasa risau takut ada sesuatu terjadi kat dia. Aku pulas tombol pintu tapi berkunci. Dengan lekas aku mengambil kunci kedua di laci dapur dan terus membuka pintu biliknya.

Kosong

"Hanah? HANAH?!" Panggilku tapi Hanah masih tak keluar. Tiba tiba mataku tertuju pada rakaman suara dan 5 keping gambar yang berada  di atas katil. Aku mengerutkan dahi apabila melihat gambar gambar adam berjalan keluar dengan zara tapi gambar terakhir membuat aku naik darah. Gambar adam tak memakai busana dan di sampingnya zara yang dalam keadaan sama seperti adam.

"Jahanam kau adam. Apa yang kau dah buat ni?" Kataku sendiri dan terus mendengar isi rakaman. "FUCK! Matilah kau adam." Carutku bila mendengar rakaman tu. Aku mendail telefon adam, 2 kali 3 kali tak di angkat.

'Adam angkatlah...'Aku merayu dalam hati sambil air mata mengalir dari mata. Air mata sedih dan marah kepada adam.

"Assalammualaikum, kenapa mika?" Tanya adam. "JANGAN NAK ACAH ALIMLAH SIAL! HANAH HILANG SEBAB KAU!" Teriakku, tak dinafikan bahwa aku sayang kat hanah tapi tak lebih kerana aku menganggap dia sebagai adikku sendiri.

"Bro asal marah marah ni? Kau kata hanah hilang tak mungkinlah. Aku baru liat dia beberapa jam sebelum kau telefon aku ni." Katanya santai. Membuat rasa marahku makin membara. "Kau datang sini sekarang. AKU KATA SEKARANG." Arahku bila dia ingin membantah tapi dia setuju saja. Aku terus beristighfar dan berdoa agar hanah tidak diapa apakan.

'Ya Allah, tolonglah adik ipar hamba.' Doaku.

Adam POV

Setelah mendapat panggilan daripada mika, aku terus pergi ke rumah. Tiba tiba hati aku risau bila dia kata hanah takda tapi tadi aku check rakaman cctv dia tak ke mana mana pun. Apabila sampai di rumah orangtuaku, terus muka aku dilempang oleh Mika.

"Mika bawa bersabar, biar adam jelaskan dulu." Pujuk mama adam, "Apa masalah kau ni? Aku datang kau dah lempang aku." Tanyaku hairan. "Kau sepatutnya tanya diri kau sendiri. Aku tak sangka kau bernafsu juga dengan si Zara tu." Balas mika.

'Bernafsu kat Zara?' Monologku dalam hati. "Shit,kau salah faham ni. Aku... aku.." aku tergagap apabila rahsiaku telah terbongkar tapi mana dia tahu?

Pap

Mika menghumban 5 keping gambar ke mukaku. Aku mengutip dan melihat gambar gambar itu. "Ma..na. mana Ha..Nah?" Tanyaku menggigil, aku nak jelaskan semua ni. "Dia kena culik oleh Xavier." Jawab mika, "What?! Asal kau tak jaga dia betul betul?" Tengkingku dan hanya senyuman sinis yang aku dapat daripada mika. "Aku tak jaga betul betul? Sedar diri kau sedikit adam, aku cuma abang ipar dia,tak dapat 24 jam ada untuk dia. Kau suami, yang bertanggungjawab keatas dia dan yang sepatutnya menjaga dia tapi apa? Kau lebih pedulikan si Zara tu dan buat benda tak senonoh belakang dia." Marah Mika.

"Sekarang lantak kaulah. Aku nak tolong kau tapi tak untuk kali ni. Aku kecewa tengok perangai kembar aku yang dah macam.. malas aku nak sebut. Satu saja yang aku nak ingatkan kat kau,berani buat berani tanggung dan lastly ni surat daripada hanah." Ujar mika dan memberikan surat tu kat aku lalu beredar.

Aku berjalan menuju bilik aku dan hanah. Aku melihat peralatan bayi yang sudah aku sediakan tapi melalui mika. Aku duduk di birai katil dan membaca surat hanah.

To my dear husband

Assalammualaikum abang, abang apa khabar? Hanah rasa janggal pula buat surat macam ni. Hati hanah tergerak nak buat surat untuk abang aka suami tersayang hanah ni.

Erm abang, jika hanah pergi dulu abang jangan sedih tau. Hanah sayang abang dan cintakan abang setulus hati. Sebenarnya hanah dah lama cintakan abang, bermula daripada masa kita kenal dulu. Hanah cuba nafikan perasaan tu sebab abang terlalu sempurna untuk hanah. Hanah anggap abang macam abang sendiri tu sebenarnya alasan semata mata. Hanah gembira dapat jumpa abang semula tapi takut di masa yang sama. Hanah bahagia dengan abang tapi hati hanah dah sakit sangat sebab abang dah ada Zara. Hanah dengar semuanya bang..

Allah sja tahu bertapa sakitnya hati hanah bila dengar semua tu. Hanah tak nak percaya tapi baju baju perempuan kat almari abang dah cukup membuktikan.

Hanah nak minta maaf sebab selongkar barang abang dan hanah minta maaf jika hanah ada salah sampai buat abang berpaling daripada hanah. Tentang baby ni hanah boleh jaga mereka sendiri. Hanah izinkan abang berkahwin dengan Zara.

Itu sahaja daripada hanah, semoga abang bahagia dengan Zara.

Your wife,
Raihanah Rianah

Aku terduduk menangis membaca surat yang hanah beri kepadaku. Penyesalan mula hinggap di hati, sepatutnya aku ikut cakap mika. Aku sepatutnya menjaga dia dari jarak dekat bukan jarak jauh. Sekarang hanah dah kena culik. Aku mengusap air mata dan terus mendail nombor seseorang.

"Aku nak kau cari xavier dan isteri aku." Arahku kepada ray. Ray ialah anak buah yang aku percaya. "Baik boss." Jawabnya.

"Kau cari masalah dengan orang yang salah,xavier." Kataku sebelum senyuman psiko yang selama ini aku sembunyikan.

826 words

Assalammualaikum korang, author dah update part 28. Harap korang enjoy membaca part ni dan jika ada kesalahan sila tegur. Maaf sebab lambat update😅.

Itu sahaja daripada author
Kookie3003🌌

Psycho Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz