Merajuk

732 26 5
                                    

Kaizo tergegas-gegas ke sebuah kedai makanan yang terletak di tepi pantai Pulau Rintis. Dia tidak sangka dia boleh terlupa dengan breakfast date dia dengan Lynna. Dia terlalu asyik berlatih di kapal angkasa sehinggalah Lahap beritahu dia tentang breakfast date itu

"Mesti dia tengah marah tu" bisik Kaizo

Dia sudah menghampiri sebuah kedai yang bernama Pancake House. Dia terus ke pintu masuk kedai tersebut. Kaizo boleh nampak rambut belakang Lynna. Sang gadis itu duduk menghadap pantai di bahagian luar kedai tersebut. Kaizo berjalan dengan begitu perlahan sambil memperbetulkan jaket dan rambutnya. Sesudah dia sampai di meja Lynna, dia ternampak pinggan kosong di atas meja. Nampaknya Lynna sudah selesai makan

"Lynna, maafkan aku" kata Kaizo sambil duduk di hadapan sang gadis itu

"That's ok. Aku baru sahaja habis makan. Perut aku pun dah kenyang" kata Lynna dengan perasaan marah

"Maafkan aku" kata Kaizo lagi "Kau mesti tengah marahkan aku"

Lynna hanya berdiam diri sambil memberikan renungan dia ke arah Kaizo. Dia sudah bersilang tangan dan menunggu Kaizo memberikan alasannya

"Jadi, kau memang tengah marahkan aku lah ni?" Lynna masih diam lagi. Lalu Kaizo berkata lagi "Maafkan aku sebab aku terlampau leka sangat dekat kapal angkasa tapi sekarang ni, aku sudah berada di sini"

"Jadi?" Akhirnya Lynna bersuara

"Jadi.. kita makan tapi nampaknya kau sudah siap makan. Aku bawa kau ke tempat lain" Kaizo cuba memujuk Lynna

"Tempat lain?"

"Ya, sebagai tanda aku akan memujuk hati tuan puteri ini" Kaizo cuba menjadi seseorang yang romantis "Aku tidak  membuat kau rasa marah lagi ataupun sedih pada hari ini"

Lynna hampir tersenyum dengan pujukan Kaizo tadi. Dia tetap dengan muka marahnya. Kaizo tidak mahu mengalah. Dia akan buatkan gadis itu senyum

"Aku bawa kau berjalan-jalan jauh dari sini. Lepas tu, aku akan belanja kau makan"

"Makan lagi?" Kening sebelah Lynna terangkat sedikit 

"Ok.. kalau tak nak makan. Aku belanja kau buku novel. Aku tahu kau suka baca novel"

"Hmm.. wahai kapten Kaizo, kau berjaya memujuk aku walaupun sedikit sahaja" Senyuman Lynna mula terukir di bibirnya "Aku sebenarnya memang marah tapi selamatlah pancake yang aku makan ni sedap. Jadi kemarahan aku terhadap kau hanya 50% sahaja"

"Lagi 50% kau gembira sebab dapat makan pancake sedap. Jadi aku akan cuba gembirakan kau lagi 50% tu"

"Bagus, aku nak lihat.. kau berjaya ke tak happy kan aku" Kali ini Lynna mula tersenyum sinis kepada Kaizo

"Baiklah, aku akan terima cabaran ini" Kaizo turut tersenyum sinis juga

Kedua-dua mereka bertentangan mata dan lalu tergelak secara tidak langsung. Kaizo bangun dan menghulurkan tangannya ke arah Lynna

"Wahai tuan puteri, mari aku bawa kau jalan-jalan dimana sahaja yang kau mahukan"

"Hmmm... tapi aku nak pergi jauh dari sini" Lynna kelip-kelipkan matanya kepada Kaizo "Dan kau tak boleh guna kuasa teleportasi aku"

"Tak jadi masalah, boleh aje guna kapal angkasa aku. Lahap boleh jadi driver kita dan kau beritahu aku, kemana kau mahu pergi. Aku akan pastikan aku berjaya gembirakan kau sebanyak 100%" kata Kaizo dengan penuh yakin

"Wow! So confident! tapi sebelum tu, aku nak pergi bayar dulu"

"Jangan risau, biar aku uruskan"

Lynna mula tersenyum lebar. Dia bergerak ke pintu kedai itu. Manakala Kaizo pula, dia pergi bayar makanan yang dipesan oleh Lynna. Sesudah sahaja Kaizo bayar makanan tersebut, dia berjalan keluar dari kedai itu. Lynna sedang tunggu sang kapten itu sambil menikmati keidahan pantai tersebut. Kaizo pergi berdiri di sebelah Lynna

"Kau sudah bersedia?"

"Sudah" kata Lynna sambil palingkan kepalanya ke arah Kaizo "Adakah kapten Kaizo hari ini akan menjadi seorang putera yang romantis atau dia tetap dengan sikapnya yang terlalu serius itu"

"Hmm.. kita tengok nanti" 

Lalu Kaizo mencuit hidung Lynna. Pipi Lynna naik merah kerana malu tetapi suka. Kaizo tergelak suka melihat wajah Lynna ketika itu. Lynna menutup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangannya kerana malu. Kaizo biarkan sahaja dan terus dia menghubungi Lahap untuk mengambil mereka berdua. Entah ke mana mereka akan pergi selepas ini tetapi yang pasti, Lynna pulang ke rumah dengan perasaan 100% gembira

----------------------------------------------------------------------------

Hehehe... cerita pendek sahaja xD Jumpa lagi semua! Maaf kalau tak best

 cerita pendek sahaja xD Jumpa lagi semua! Maaf kalau tak best

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


KaiLynnWhere stories live. Discover now