Luahan Hati

344 19 5
                                    

Lynna terlalu gembira membawa Kaizo jalan-jalan disekitar bandar kawasan tempat tinggal Lynna. Di situlah tempat Lynna membesar dari kecil hinggalah dewasa. Kali ini Lynna memandu keretanya dan Kaizo duduk di sebelah sambil melihat rumah-rumah di situ. Lynna lalu di hadapan kawasan sekolah. Itulah sekolah menengah Lynna dahulu

"Itu ke sekolah kau?" soal Kaizo 

"Yea" balas Lynna "Semasa aku tingkatan 3, aku dapat kuasa aku. Pada masa tu, aku dan kawan-kawan aku, rasa teruja dapat kuasa. You know, ada kuasa ni, rasa seronok tapi lama-kelamaan, tak rasa seronok dah. Ianya bertukar menjadi satu tanggungjawab. Memang rasa penat tapi kita orang tak kisah pun. Asalkan semuanya selamat daripada anasir jahat"

"Dunia kau memang pelik"

"Pelik?" Lynna memandang Kaizo dan selepas itu dia pandang ke depan "Kenapa kau rasa pelik?"

"Sebab kau dan kawan-kawan kau, rahsiakan tentang kuasa kau dari semua orang. Aku tak tahulah bagaimana korang nak cari alasan untuk pergi selamatkan orang lain. Lebih-lebih lagi masa time sekolah. Kau mesti ada lari dari kelas sebab ada kecemasan" Kaizo terkejut melihat riak wajah Lynna kelihatan sedih "Maaf, aku tak berniat nak buat kau sedih"

"Takpe" Lynna kembali tersenyum "Aku sedih sebab aku terkenang balik pada waktu awal. Dari satu alasan ke satu alasan. Rasa bersalah masa tu tapi terpaksa. Kalau kita orang beritahu siapa diri kita orang, sudah tentu ramai akan panik atau katakan kita orang ni berbohong. Kalau kita orang tunjukkan kuasa kita orang, aku yakin, mereka akan takut dan rasa terancam. Jadi lebih baik rahsiakan daripada timbul pelbagai masalah"

"Aku dulu, aku belajar sendiri sehingga menjadi seorang kapten"

"Hmm.. belajar sendiri?" Lynna melirik matanya ke arah Kaizo "Betul ke kau belajar sendiri tapi sebenarnya, ada juga yang tolong kau"

"Yelah, ada yang tolong aku. Dia lah mengajar aku berlawan menggunakan pedang. Aku belajar kerana ingin melindungi adik aku. Dia lah satu-satunya yang aku ada"

"Kau sangat baik, Kaizo" kata Lynna. Dia belokkan keretanya ke arah kiri untuk masuk ke dalam kawasan bandar 

"Kita nak ke mana?" Kaizo melihat sebuah bangunan pusat membeli-belah "Tempat kau ni memang ada shopping mall yea"

"Ha ah, shopping mall baru. Taklah sebesar mana tapi ada banyak kedai menarik dekat dalam mall tu. Kita lunch dekat mall situ ok?"

"Hmm.. suka hati kau lah" kata Kaizo 

Lynna hanya membalas dengan satu senyuman. Dia memandu keretanya terus ke jalan masuk parking kereta pusat membeli-belah itu. Tempat parking itu terletak di bahagian bawah. Lynna parking kan keretanya yang berdekatan dengan pintu masuk pusat membeli-belah itu. Kaizo berdiam diri sahaja. Pemikiran dia sudah melayang jauh

"Kaizo" panggil Lynna "Kau ok?"

"Hmm.." Kaizo membuka seatbelt nya "Aku.. cuma terkenang balik kisah lama"

"Apa kata, kita cari tempat makan dulu. Lepas tu kau ceritakan kepada aku apa yang terbuku di dalam hati kau"

Kaizo setuju sahaja. Dia lebih selesa meluahkan perasaan dia kepada Lynna daripada orang lain

----------------------------------------------------------------------------------------------

Begitu ramai orang di dalam bangunan pusat membeli-belah. Kebanyakkannya adalah ibubapa yang membawa anak-anak mereka meluangkan masa mereka bersama di pusat membeli-belah itu.  Kaizo dan Lynna memilih tempat makanan yang ramai orang kerana mereka tidak mahu sesiapa mendengar perbualan mereka berdua. Makanan sudah dipesan. Akhirnya Kaizo mula bercerita

KaiLynnWhere stories live. Discover now