Qiqi

310 20 1
                                    

"Thank you abang Fang sebab belanja Rizu!"

"Hmm... sama-sama" Fang tersenyum sahaja sambil melihat Rizu makan ice cream chocolate "Kawan-kawan abang tengah tunggu kita dekat kedai Tok Aba"

"Abang ada rancangan apa-apa dengan dia orang ke?" 

"Hmm.. macam tiada aje" kata Fang

Mereka teruskan berjalan tetapi Fang rasa tidak senang dengan sesuatu. Lalu dia berhenti dan pusing kebelakang. Ada seorang budak kecil sedang mengekori mereka dari kedai ice cream sehingga sekarang. Budak itu hanya tersenyum sahaja ke arah Fang

"Siapa tu abang Fang?" soal Rizu

"Entah" Lalu Fang berjalan menuju ke arah budak itu. Lalu dia berkata kepada budak kecil itu "Err.. kamu sesat ke?"

"UNCLE PANG PANG!" 

Tanpa amaran, budak kecil itu terus memeluk tubuh badan Fang. Sang remaja itu terkejut dengan pelukan itu. Ice cream Rizu hampir terlepas dari tangannya

"Uncle Pang Pang?" bisik Rizu "Abang Fang, siapa tu? Salah seorang ahli keluarga abang Fang ke?" muncul Rizu di sebelah Fang

"Err.. tak tahu" Fang tolak budak kecil itu sedikit "Adik salah orang ni.. hehehe.. saya bukan uncle Pang Pang"

"Qiqi tak salah!" Dia seperti hendak menangis "UNCLE PANG PANG, UNCLE QIQI! UWAAAAAAA!"

"Ok ok.. jangan menangis ok tapi... saya tak pernah tengok adik sebelum ni" Fang mula tersengih sambil garu-garu kepalanya "Mungkin Faye tahu kot siapa dia ni"

"Aunty Faye pun ada dekat sini?" Budak itu terus berhenti menangis "Aunty Faye baik! Selalu belanja Qiqi makan lolipop tapi dia cakap, jangan beritahu ayah. Takut ayah marah nanti"

"Ohh.. jom abang bawa-"

"UNCLE! Bukan abang!" Dia menghentak kaki sebelah dan lalu bermasam muka

"Ok ok.. maaf, aa-uncle silap.. hehehe" Fang bertenang sekejap dan lalu berkata lagi "Nama Qiqi, memang Qiqi ke?"

"Taklah, tu nama nickname Qiqi" kata dia sambil tersenyum comel "Nama Qiqi yang sebenar ialah RIFQI!"

"COMELNYA RIFQI NI!" Rizu ketawa kecil "Hehehe.. nama Qiqi tu pun comel. Nama abang pula-"

"UNCLE RIZU!" Rifqi seperti teruja melihat Rizu ketika itu

"ERK?!" Terkejut Fang "Macam mana dia tahu nama Rizu? Bukan biasa-biasa budak ni. Jom jom, kita pergi ke kedai Tok Aba"

"Qiqi nak ice cream chocolate dekat kedai Tok Aba!"

"Hmm.. bolehlah" jawab Fang

Tiba-tiba tangan Fang digenggam oleh seseorang. Fang menoleh kepalanya ke tepi. Dia melihat tangannya dipegang oleh Rifqi. Dia masih lagi keliru. Siapa budak kecil bernama Rifqi? Kenapa sebelum ini dia tidak pernah lihat? Mungkin Faye ada jawapannya, fikir Fang 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mata Lily bersinar-sinar melihat si comel Rifqi. Dia cubit pipi budak itu kerana dia terlampau geram sangat. Lalu dia suap di kecil dengan ice cream chocolatenya. Selepas itu dia tangkap gambar Rifqi bersama dengan Faye

"Anak siapa kau pergi culik ni?" soal Bella sambil minum air chocolate panasnya 

"Woi! Aku tak culik dia lah" marah Fang "Faye, kau kenal tak budak ni siapa?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 01, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KaiLynnWhere stories live. Discover now