Cinta

302 15 1
                                    

Deleted Scene chapter akhir Aku Abang, Kau Adik season 3 

Kaizo menatap wajah adiknya yang terbaring di atas katil hospital. Fang masih belum sedar lagi selepas sahaja dia pengsan. Kaizo genggam tangan kanan adiknya. Dia mahu melihat adiknya bangun. Dia tidak suka melihat adiknya dalam keadaan koma. Dia rindu dengan gelak-ketawa dari adiknya. Dia rindu dengan pergaduhan dari mereka berdua. Tanpa adiknya, dia rasa sunyi

"Pang, abang akan tunggu kau bangun" bisik Kaizo. Dia cium tangan adiknya "Aku akan tunggu"

Pintu bilik wad itu terbuka. Kaizo menoleh ke tepi untuk melihat siapa yang datang. Dia tersenyum lemah apabila Lynna masuk ke dalam bilik itu

"Ada apa-apa perubahan?" soal Lynna

Kaizo hanya gelengkan kepala sahaja. Lynna memicit sedikit bahu Kaizo. Lalu dia pergi duduk di atas sofa yang sudah tersedia di dalam bilik tersebut. Kaizo bangun dan duduk di sebelah Lynna

"Kaizo.."

"Lynna" Kaizo memotong percakapan Lynna "Bagi aku katakan sesuatu" Sang gadis itu memandang Kaizo dengan hati berdebar-debar "Pada awal persahabatan kita, aku memang ragu-ragu terhadap kau tapi sedikit demi sedikit, hari demi hari, aku dapat mengenali kau lebih rapat lagi. Perasaan ragu-ragu itu, hilang dan digantikan kepercayaan aku terhadap kau. Aku sangat menghargai persahabatan kita"

"Jadi.." Kepala Lynna tertunduk sedikit. Dia kelihatan sedih "Silap aku kerana luahkan perasaan aku terhadap kau"

"Tak Lynna" Kaizo pegang tangan Lynna. Dia genggam tangan itu secara lembut "Ianya bukan satu kesilapan. Ianya membuatkan aku sedar. Hari demi hari, aku tertanya-tanya perasaan apa yang timbul di dalam hati aku. Setiap kali kau hadir di Pulau Rintis, aku menjadi teruja. Aku rasa senang dan selesa bila kau ada. Senyuman kau membuatkan hati aku ceria"

"Maksud kau.." Tiba-tiba jari telunjuk Kaizo di bibir Lynna. Jantung Lynna berdebar-debar ketika itu 

"Aku juga sama seperti kau. Perasaan kau terhadap aku, sama juga.. aku.." Kaizo terdiam seketika "Aku.." Kali ini jari telunjuk Lynna di bibir Kaizo

"Syhhh.. aku tahu kau takut sebutkan perkataan itu tapi tidak mengapa. Aku sedia menunggu. Apa yang penting adalah kita tahu perasaan masing-masing di mana sekarang"

"Jadi apa hubungan kita sekarang ini?" soal Kaizo dengan nada yang serius 

"Hmmm.. kau rasa?" Lynna tersenyum manja kepada Kaizo

"Apa yang aku rasa.. boleh ke hubungan kita menjadi serius? Aku tak nak kecewakan kau" Kaizo pandang ke arah tingkap "Aku takut jika aku yang sakitkan hati kau. Aku takut kalau hubungan kita gagal. Aku takut kalau kita tidak boleh berkawan lagi seperti dulu"

"Kita ambil risiko" balas Lynna "Aku ingin lihat sejauh mana kita boleh pergi. Aku tahu kau takut, aku juga takut tapi kalau kita tidak ambil risiko ini, kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi. Aku yakin, hubungan kita akan kekal selama-lamanya"

"Aku juga seperti kau. Aku yakin dengan hubungan kita. Ini adalah permulaan sesuatu yang baru untuk kita" Kaizo alihkan pandangan dia ke arah Lynna "Aku tak nak kehilangan kau kerana kau adalah seseorang yang paling istimewa di hati aku"

Mereka berdua berbalas senyuman di dalam bilik itu. Malangnya, Fang tidak dapat dengar perbualan mereka berdua. Akan tetapi, hanya seorang sahaja yang dengar kesemua perbualan mereka iaitu Rizu. Kaizo dan Lynna tidak sedar tentang itu. Mereka terlalu leka bincangkan tentang hubungan mereka. Rizu hanya berdiri di muka pintu tanpa membuat bising. Lalu dia tutup pintu itu secara perlahan

"Aku rasa macam.. tak sesuai pula bincangkan tentang hubungan kita dekat sini"

"Kenapa pula?" soal Kaizo

"Adik kau" Lynna melirik matanya ke arah Fang "Dia masih tidak sedarkan diri tapi kita dekat sini.."

"Syhhh.. dia dan hubungan kita, kedua-duanya sama penting. Lagipun aku rasa lega kerana aku dapat luahkan perasaan sebenar aku dekat kau" 

"Aku pun rasa begitu juga" Lynna lentokkan kepalanya ke bahu Kaizo "Kau dan adik kau, dua-dua aku sayang dan orang paling penting dalam hidup aku. Terima kasih Kaizo kerana hadir dalam hidup aku"

"Kenapa kau terima kasih dekat aku?"

"Hmm.. takde apa" balas Lynna 

Kaizo pula lentokkan kepalanya di atas kepala Lynna. Kedua-dua mereka berpimpin tangan sambil risaukan tentang Fang. Mereka berharap sang remaja alien itu akan bangun dan dapat melihat keceriaan dia semula

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KaiLynnWhere stories live. Discover now