Will you?

316 18 3
                                    

Deleted scene dari Fanfic Story About Us

Seluar panjang dan baju Lynna berubah apabila dia berputar-putar secara lemah gemalai di tengah taman bunga. Pakaian dia berubah menjadi dress skirt labuh berwarna biru lembut. Ada corak floral berwarna putih di sekitar skirt labuh itu. Bukan pakaian Lynna sahaja yang berubah tetapi pakaian Kaizo juga turut berubah seperti seorang putera

"Kenapa pakaian aku berubah?" Kaizo membelek-belek pakaian dia berwarna biru pekat itu "Kau yang ubahkan pakaian kita ke?"

"Hmm.. tak lah" kata Lynna

Sang gadis itu membawa Kaizo berjalan-jalan di sekitar taman itu sebelum pulang ke istana. Taman itu mempunyai beberapa buah rumah kayu. Ada tasik dan juga beberapa sungai kecil yang mengalir terus ke dalam tasik itu. Bunga-bunga di sekitar taman itu disusun dengan begitu indah sekali. Lynna berjalan menuju ke sebuah jambatan kecil. Dia berdiri di tengah-tengah jambatan itu. Beberapa kuntum bunga tumbuh dengan mekarnya di sekitar jambatan itu. Kaizo menuju ke arah Lynna

"Kau nampak cantik sekali, wahai sang puteri"

"Dan kau nampak kacak, wahai sang putera"

"Aku sebenarnya tidak sangka kau sudah kembali. Aku selama ini ingatkan kau pergi buat selama-lamanya" Lynna palingkan mukanya ke arah air sungai kecil "Hati aku gembira bila kau sudah pulang tapi.. sebahagian daripada aku, rasa macam... marah"

"Kau memang patut marah dengan aku"

"Bukan setakat marah sahaja tapi.. aku rasa dikhianati" Air mata Lynna mengalir keluar "Aku kecewa tapi kini kau sudah kembali. Sedikit demi sedikit, kemarahan aku terhadap kau, semakin pudar. Aku tidak mahu pendamkan kemarahan itu di dalam hati aku. Kebahagiaan, itu yang aku mahukan. Kau hadir di dalam kehidupan aku sewaktu aku hilang percaya dengan cinta dan kini.." Dia mengusap air matanya dengan lengan tangannya "aku tak nak kehilangan kau lagi. Aku tak sanggup kehilangan seseorang yang aku sangat cintai. Aku tak nak sejarah lama berulang lagi"

"Tak, kali ini.. aku kekal di sini bersama dengan kau" Kaizo memetik sekuntum bunga mawar "Kali ini, aku akan sentiasa berada di sisi kau selama-lamanya. Aku akan jaga kau" Dia berikan bunga itu kepada Lynna "Dan kau akan menjadi permaisuri ku"

Mata Lynna terkebil-kebil melihat Kaizo. Dia tergaman seketika. Jantung dia berdegup dengan lajunya. Adakah Kaizo melamar dia? Adakah ini semua hanyalah mimpi sahaja?

"Lynna?"

"Aku.. aku..." Lidah Lynna menjadi kelu seketika

"Lynna, kau tak perlu berkata apa-apa"

Tangan Kaizo menyeluk ke dalam poket seluarnya. Dia keluarkan sebuah kotak kecil. Lalu dia buka kotak itu. Terpaparnya sebentuk cincin di depan mata Lynna. Secara tidak langsung, dia melutut satu kaki di tepi Lynna

"Lynna, sudikah kau menjadi permaisuri ku?"

Lynna memandang penuh wajah Kaizo. Sang kapten itu risau jikalau lamaran dia ditolak. Dia faham dan mengerti jikalau lamaran itu ditolak. Dia tidak akan memaksa sang gadis itu. Tiba-tiba, Lynna tersenyum manis dengan matanya bersinar-sinar bagaikan melihat lelaki yang dicintainya

"Aku sudi menjadi permaisuri kau" jawab Lynna seikhlas hati sambil menghulurkan tangan kanannya

Kaizo tidak berkata apa. Dia terus menyarungkan cincin itu di jari manis Lynna. Sebaik sahaja cincin itu di jari Lynna, kelopak-kelopak bunga berterbangan di sekeliling mereka. Kaizo bangun dan terus pegang pinggang Lynna. Dia angkat sang gadis itu seperti mengangkat bayi. Kelopak-kelopak bunga tadi berhenti dan mula terapung. Lalu ianya bertukar menjadi sebutir bintang yang bersinar. Kaizo turunkan Lynna. Pada saat itu, Kaizo akhirnya katakan 3 perkataan yang sekian lama Lynna ingin dengarkan

"Aku cintakan kau"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KaiLynnWhere stories live. Discover now