Hari Jadi

347 23 4
                                    

Kaizo seperti teringatkan sesuatu sewaktu dia turun dari tingkat atas ke ruang tamu. Dia mula menjadi cemas kerana dia belum beli hadiah untuk Lynna. Dua biji matanya terpandang ke arah sofa. Adiknya, Fang, sedang tidur nyenyak di atas sofa itu tetapi peliknya, dia tidur sambil makan donut lobak merah

"Apa kes budak ni? Buat perangai pelik macam si pelik tu. Memang sepelik pelik peliknya"

Kaizo berdiri di hadapan adiknya. Dia melihat adiknya terbaring tidur

"Pang! Bangun!"

"Hmm.." Fang langsung tidak bangun. Dia hanya kunyah donut lobak merahnya 

"PANG! BANGUN!"

Masih tidak bangun lagi. Tanpa amaran, Kaizo terus goyang-goyangkan bahu adiknya sambil menjerit

"PANG! BANGUN AKU KATA!"

"ABANG!" Mata Fang terbuka luas "KENAPA KEJUTKAN ADIK?"

"Sebab aku perlukan bantuan daripada kau!" kata Kaizo sambil goyang-goyangkan bahu adiknya lagi

"Bantuan apa abang ku si mangkuk!"

"MANGKUK KAU PANGGIL AKU??"

"Yelah, abang pergi kacau adik tidur. Jadi adik panggil abang mangkuk" Lalu Fang gigit donut lobak merahnya sebagai tanda puas hati "Hah, tadi abang nak bantuan apa? Buatkan sup lobak merah? Atau nak suruh adik borong semua lobak dekat pasaraya?"

"Bukan.. aku perlukan bantuan kau untuk belikan hadiah hari jadi Lynna" 

"Lerr.. itu sahaja ke?" Fang kunyah donutnya "Abang fikirkanlah apa yang dia suka? Macam novel ke, kacang merah ke, atau plushie bentuk abang ke ataupun abang terus melamar dia. Lagi syok!"

Kaizo tepuk kepala adiknya. Sebut pasal melamar, Kaizo memang tidak bersedia lagi. Ada banyak lagi perkara dia perlu selesaikan terlebih dahulu

"Benda yang dia paling suka?" Kaizo mula berfikir sambil mengusap dagunya "Aku tahu dia tu suka sangat pakai cekak. Mungkin aku akan belikan cekak baru yang lawa untuk dia"

"Hmm.. ok aje dengan hadiah tu" kata Fang. Dia gigit dan kunyah donut lobak merahnya lagi "Abang pergilah beli cepat"

"Kau tunggu sini dan tunggu dia sampai. Bila Lynna dah sampai, jangan bagi dia pergi mana-mana. Pastikan kau hidangkan dia dengan makanan yang menarik, macam donut lobak merah kau ke. Suruh dia tunggu sampai aku balik"

"Hmm.. yelah yelah" Fang rasa bosan pula. Dia baru nak menikmati keindahan tidur tetapi sudah disuruh buat kerja "Abang jangan nak merayap ke mana-mana. Beli hadiah cekak sahaja!"

"Aku tahulah!"

Kaizo terus keluar dari rumah itu dan menuju ke bandar Pulau Rintis

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 jam Lynna menunggu Kaizo. Dia telah dihidangkan dengan donut lobak merah dan juga oren juice sementara menunggu Kaizo pulang. Lynna tidak rasa begitu bosan kerana dia dapat berborak dengan Fang. Dia bertanya khabar, bagaimana dengan sekolah dan pelbagai soalan dia ajukan kepada Fang. Alien remaja itu dengan sopannya, dia menjawab semua soalan Lynna. Tiba-tiba pintu terbuka. Kaizo masuk ke dalam rumahnya dengan sekotak hadiah

"Lynna! Maaf kerana lama sangat tunggu"

"Takpe, Fang ada dekat sini. Jadi takdelah rasa bosan atau rasa lama sangat" balas Lynna dengan sopannya "Kau pergi mana tadi?"

Kaizo terus duduk di sebelah Lynna. Lalu dia hulurkan hadiah itu kepada Lynna. Muka Lynna kelihatan terkejut. Dia ambil hadiah tersebut dan letak di atas ribanya

"Hadiah? Wah! THANK YOU KAIZO!" Lynna rasa terharu pada ketika itu

"Yea, hadiah hari jadi kau"

"Terima kasih lagi sekali tapi..." Lynna mula tersengih "Hari jadi aku lambat lagi. Bukan ke hari ini hari jadi Idoli"

Kali ini Kaizo pula tersengih. Dia tidak tahu hendak bercakap apa. Tiba-tiba mereka terdengar seseorang sedang menangis

"ABANG KAIZO LUPA HARI JADI IDOLI!"

Kaizo menepuk dahinya. Fang tergelak sahaja

"Adeh, macam mana aku boleh tersilap" bisik Kaizo "Maaf Idoli. Abang tak sengaja"

"Hah, apa kata kita semua pergi bawa Idoli pergi jalan-jalan dekat Genting Highland!" 

Idoli terus berhenti menangis. Dia tersenyum lebar kerana suka.

"LYNNA!" Kaizo pegang kedua-dua tangan Lynna "Terima kasih kerana berikan cadangan yang bagus dan juga menyelamatkan aku.." Lalu dia berhenti bercakap kerana dia hampir menyebut tiga perkataan itu

Kaizo dan Lynna mula bertentangan mata. Mereka mula pandang satu sama lain. Renungan mereka membuatkan masing-masing tidak berganjak dari sofa itu. Kaizo masih lagi pegang tangan Lynna. Ianya seolah-olah dunia berhenti bergerak. Mereka seperti berada di dalam dimensi lain. Fang dan Idoli pandang mereka berdua. Akhirnya Lynna mula bersuara terdahulu

"Cadangan aku biasa-biasa sahaja" Lynna tidak lepaskan tangan dia lagi "Kau mesti ada idea yang lebih menarik daripada idea aku"

"Tak, aku tiada idea lain" kata Kaizo sambil tersenyum "Kita ke Genting Highland. Bolehlah budak tu berseronok dekat situ"

"Ehem" Fang mula buat muka comel yang hendak menangis kepada Kaizo dan Lynna "Adik nak ikut sekali boleh"

"Kau duduk rumah" balas Kaizo. Nada suaranya bertukar menjadi garang 

"Kaizo, tak baik buat macam tu" Lynna mengalih pandangan dia ke arah Fang "Kamu boleh ikut kami. Kita berempat berseronok dekat sana ok"

Dalam hati Fang, dia boleh jaga Idoli dan biarkan mereka berdua dating di sana sahaja. Apa yang di fikirkan oleh Fang tadi, ianya menjadi kenyataan

--------------------------------------------------------------------------

Simple aje :3 Jumpa lagi

Simple aje :3 Jumpa lagi

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.


KaiLynnحيث تعيش القصص. اكتشف الآن