Rumah

242 14 3
                                    

"Kau nak bawa aku ke mana ni?"

Kaizo tidak menjawab pertanyaan Lynna. Dia tersenyum sahaja sambil membawa Lynna ke sebuah kawasan lapang. Ianya terletak jauh sedikit dari rumah Kaizo. Dari jauh, Lynna boleh nampak sekumpulan lanun sedang membina sesuatu. Ianya nampak seperti mereka membina sebuah istana yang besar. Sebahagian daripada istana itu, sudah hampir siap

"Ka-Kaizo?! Apa semua ni? Dan siapa mereka tu semua?"

"Mereka adalah pekerja lanun aku" jelas Kaizo "Semenjak kapten besar sudah tiada, aku mengambil mereka sebagai pekerja pencuci kapal"

"Pencuci kapal?" terkejut Lynna lagi sekali "Tapi tapi.."

"Jangan risau, dia orang pandai bina sebuah rumah untuk kita"

"Rumah untuk kita?" Pipi Lynna menjadi merah sedikit "Maksud kau, lepas kita dah kahwin nanti. Kita akan tinggal di dalam rumah istana itu"

"Yea" kata Kaizo "Rumah lama tu, biarlah Pang yang tinggal sorang-sorang"

"Terharunya aku" Lynna letakkan kedua-dua tapak tangannya pada dadanya. Jantung dia berdegup-degup dengan lajunya "Aku tak terfikir kau akan buat begini untuk masa depan kita berdua"

"Aku sebenarny-"

"HEY ABANG KASSIM!"

Datang salah seorang lanun ke arah mereka berdua

"Macam mana semua?" soal Kaizo sambil tersengih sedikit "Semua berjalan dengan lancar ke?"

"Semua ok tapi saya nak beritahu ni. Kita orang nak buat kolam renang dekat tepi rumah. Kolam renang tu dekat dengan taman bunga yang kita orang akan buat juga? Macam mana? Ok tak?"

"Haa.. ok ok.. saya setuju sahaja" Kaizo masih tersengih lagi

Mata Lynna melirik ke arah Kaizo sambil bersilang tangan. Dia sebenarnya, kalau boleh, dia mahukan sebuah rumah yang sederhana sahaja. Tetapi nampaknya, rumah sederhana berubah menjadi sebuah istana pula

"Kalau ok, saya pergi sambung buat kerja! Jumpa lagi abang Kassim!"

"Kolam renang?" nada Lynna berubah menjadi serius "Kenapa kau setuju sahaja? Kenapa tak bincang dengan aku dulu?"

"Maaf tapi elok apa ada kolam renang" Nada Kaizo menjadi ceria pula "Rumah aku dulu ada kolam renang. Kenangan aku dan Pang dekat kolam renang, tak pernah aku lupakan. Dia selalu percikkan air dekat aku tapi aku kenakan dia balik... HAHAHA!"

"Hehehe.. ok ok, aku tak kan membantah" Lalu Lynna tersenyum kecil

"HEY ABANG KASSIM!"

Muncul seorang lagi lanun. Kaizo kembali tersengih

"Kenapa? Ada masalah ke?"

"Bukan abang Kassim" kata lanun itu "Saya nak beritahu, dekat tingkat bawah ada dua bilik dan tingkat atas ada lima bilik. Satu bilik tu, mestilah milik abang Kassim dan kakak Lisa. Lepas tu, bahagian atas sekali ada loteng"

"Kakak Lisa?!" Terkejut Lynna dengan nama tersebut "Siapa pula kakak Lisa ni?"

"Nama Lisa tu kau lerr" bisik Kaizo kepada Lynna. Lalu dia berkata kepada lanun tersebut "Nak tambah lagi bilik, saya ok aje tapi kena tanya kak Lisa, dia ok ke tak?"

"Ok aje tapi kalau boleh, saya nak walk-in-closet. Besar pun takpe"

"Boleh boleh kak Lisa" kata lanun itu "Boleh muat baju kak Lisa dan abang Kassim nanti"

"Eh, untuk saya seorang sahaja. Abang Kassim, dia pakai almari sahaja" Lynna tersenyum kepada Kaizo "Dia kan tak banyak sangat baju. Beli pun, entah berapa lama dalam almari tu nanti"

Dahi Kaizo terus berkerut. Dia tetap sabar dan cuba tidak menunjukkan perangai dia yang suka mengamuk dihadapan para lanunnya. Dia hanya mampu tersenyum sahaja. Padahal, dia tengah bayangkan dia sedang menghukum seseorang

"Ok kak Lisa! Kami akan buatkan yang paling lawa untuk kak Lisa!"

Lanun itu beredar dari situ. Terus wajah Kaizo berubah menjadi masam. Lynna ketawa kecil sambil melihat Kaizo

"Marah ke? Hehehe"

"Entah" jawab Kaizo "Aku tak puas hati sebab kau dapat walk-in-closet! Aku dapat almari sahaja?!"

"Ala kau ni.." Lynna pegang bahu Kaizo sedikit "Aku bergurau sahaja. Nanti kita kongsilah walk-in-closet tu. Cuba bayangkan anak-anak kita main dalam tu.. hehehe"

Pipi Kaizo menjadi merah apabila dia fikirkan diri dia menjadi seorang ayah. Lalu dia ketawa kecil kerana dia tidak percaya diri dia boleh menjadi seorang ayah

"HEY ABANG KASSIM!"

"Hmm.. nak apa pula kali ni" bisik Lynna

"Kita orang tengah buat kolam air pancut dekat depan rumah tu nanti. Baru nampak macam istana betul! Bahagian belakang pula, nanti ada kandang itik. Siap ada kolam renang untuk itik sekali"

"ITIK?!" Terkejut Kaizo "Bila masa aku nak kandang itik!"

"Semalam ada seorang gadis ni datang. Dia cakap, abang Kassim suka haiwan itik. Jadi dia cadangkanlah kandang itik" jelas lanun itu

"Ada juga nak kena hukuman latihan tempur ni" bisik Kaizo sambil berkerut dahi. Lalu dia berkata kepada lanun itu "Takpe, bina sahaja kandang tu"

"Baik abang Kassim!"

Kaizo tersenyum sinis sambil melihat lanun itu beredar pergi. Di dalam pemikirannya, sudah terbayangkan Lily dikurungkan dalam kandang tersebut. Mesti Fang akan ketawa besar nanti

"Kau tengah fikirkan yang bukan-bukan ke?"

"Tak" Kaizo buat-buat tidak tahu "Kau tak perlu risau. Ini semua untuk kita berdua. Lepas sahaja kita kahwin, kita akan pindah ke sini terus"

"Hehehehe.. terima kasih Kaizo. Aku tak sabar bina kehidupan baru di istana bahagia ini" 

Lynna terbayangkan kehidupan dia dan Kaizo di dalam istana bahagia itu bersama anak-anak mereka nanti

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KaiLynnWhere stories live. Discover now