Bintang

247 17 2
                                    

"Selamat datang ke kapal angkasa KAPTEN KAIZO!"

Lalu kepala Fang ditepuk oleh abang dia sendiri iaitu Kaizo

"KENAPA ABANG TEPUK KEPALA ADIK?"

"Aku nak kau jadi pemandu bukannya penyambut tetamu!" balas Kaizo dengan nada garangnya "Kau hari ni jadi pemandu kapal angkasa aku. Jangan kau nak hancurkan kapal angkasa aku"

"Yelah abang" bisik Fang "Mana Lahap? Apasal bukan dia yang pandu kapal angkasa abang hari ni?"

"Sebab hari ni aku bagi dia cuti"

"Atau kau memang nak buli adik kau hari ni?" muncul Lynna disebelah Kaizo "Kau memang suka sangat buli adik kau"

"Itu maknanya aku sayangkan dia" Kaizo terasa bangga sedikit "Lagipun, aku buat ni sebab bolehlah aku bagi duit upahannya. Dia tengah takde duit. Jadi aku kasihankan budak Pang ni"

"Terima kasih abang kerana ambil adik sebagai pemandu kapal angkasa abang hari ini" Tiba-tiba Mata Fang bersinar-sinar sambil melihat abang kesayangannya "Adik rasa terharu sampai adik terasa nak buat sesuatu untuk abang"

"Hah! Bagus bagus.. nanti kau buatkan sup lobak merah untuk aku"

Lynna terus bersilang tangan sambil memerhatikan Kaizo. Dia pijak kaki Kaizo sedikit. Kaizo tidak menjerit atau memarahi Lynna. Dia hanya berikan satu tenungan yang membuatkan Lynna alihkan pandangan dia ke tempat lain. Lalu Kaizo alihkan pandangan dia ke tempat lain juga

"Abang nak adik bawa korang ke planet mana?"

"Tak perlu ke planet mana-mana" balas Kaizo

"Jadi, kau nak kita bersiar-siar di angkasa sahaja?" soal Lynna dengan perasaan curiga 

"Bukan setakat bersiar-siar sahaja. Aku mahu kau melihat keindahan angkasa. Kau akan rasa teruja nanti"

Hati Lynna berbunga-bunga. Senyuman dia mula berkembang sampai ke pipi. Dia tidak tahu hendak berkata apa. Hanya satu senyuman sahaja dia dapat berikan sebagai balasan. Kaizo suka melihat senyuman itu di wajah Lynna. Fang menoleh kebelakang untuk melihat mereka berdua

"Kak Lynna mesti akan suka! Adik akan bawa kak Lynna ke bima sakti"

"Menyibuk pula si budak Pang ni" bisik Kaizo "Pang! Bawa aku dan Lynna ke tempat paling banyak bintang!"

"Baik kapten!" 

Tanpa membuang masa, Fang membawa kapal angkasa itu mengikut kelajuan cahaya. Agak laju dia memandu kapal itu. Kaizo tidak membantah. Dia hanya bersilang tangan sambil berdiri di belakang kerusi adiknya seperti seorang kapten. Lynna ada di tepi Fang. Mata dia tidak berhenti melihat luar tingkap kapal angkasa itu

"Oh yea.. aku nak minta maaf sebab tak bawa bekalan makanan" ucap Kaizo

"Takpe" Lynna palingkan mukanya ke arah Kaizo "Aku tadi baru aje makan. Sedap betul makan mee hailam. Lepas tu makan pau kacang merah.. sedapnya!" Berseri-seri muka dia kerana kesedapan pau kacang merah itu 

"Nanti adik cuba buatkan pau kacang merah untuk kak Lynna ok!"

"Buat sup aku dulu, baru kau buat pau kacang merah dia!" tegas Kaizo "Kalau tidak, aku akan menghukum kau!"

Tiba-tiba Fang hentikan kapal angkasa itu. Dia berhenti bukan sudah sampai ditempat destinasi mereka, dia hentikan kerana hati dia tengah marah dengan abangnya

"Fang, kamu merajuk ke?"

"Tak, adik tak merajuk tapi marah dengan abang" Fang pandang kebelakang "Abang ni, dari dulu sampai sekarang, kalau tak hukum adik tak boleh ke?"

"Dah tu, itu sahaja caranya untuk aku kawal kau supaya kau dengar cakap. Sudah! Pandu balik kapal angkasa ni"

"Tak nak!" Fang menghentak-hentak kakinya seperti kanak-kanak kecil

"Ada juga nak kena hukuman latihan tempur berganda ni"

"Kaizo" Lynna pegang legang Kaizo "Apa kata kau pujuk dia elok-elok daripada kau berikan dia hukuman. Patutlah dia suka sangat mengamuk sebab kau layan dia terlampau ganas sangat"

"Ganas tapi penyayang" jawab Kaizo dengan senyuman sinisnya

"Hahaha.. hari tu cakap sadis tapi penyayang hari ni ganas pula" Lynna gelengkan kepala "Fang jangan marah ok. Nanti akak belanja kamu donut lobak merah"

"DONUT LOBAK MERAH!" Terus Fang kembali pandu kapal angkasa itu "KITA KE BIMA SAKTI!"

Lynna pegang bahu Kaizo sambil berikan senyuman manisnya. Dia berharap senyumannya dapat lembutkan hati Kaizo sedikit. Sang kapten itu tetap dengan mukanya yang garang. Dia terpandang senyuman dari sang gadis itu. Sedikit demi sedikit, dia membalas balik senyuman Lynna. Mereka berdua pandang ke hadapan kerana mereka sudah tiba tempat yang paling indah. Tiba-tiba alunan lagu A Whole New World dimainkan

"PANG! Tutup lagu tu!" arah Kaizo 

"Ala... adik baru nak buat suasana romantis" Fang kecewa sedikit 

"Tak payah nak romantik sangat. Lagipun kau ada dekat sini" kata Kaizo "Kau perlu ingat, kau sebagai driver sahaja bukan sebagai penyibuk!"

"Yelah" bisik Fang sambil bersilang tangan

"Lynna, bagaimana? Indah tak bima sakti?"

Mata Lynna membulat besar, senyuman dia sampai ke pipi, dia terlalu gembira dapat melihat keindahan bima sakti di hadapan matanya sendiri. Lalu dia peluk Kaizo sambil ucapkan terima kasih

"Kau suka?" soal Kaizo

"Suka" Lynna mengusap air matanya sedikit "Aku tak sangka aku dapat melihat bima sakti. Selama ini aku hanya melihat dari gambar sahaja. Even aku selalu dekat tepi bukit, aku hanya dapat melihat segelintir bintang sahaja. Hari ini.. aku... aku dapat keindahan ini. Aku tak tahu nak cakap apa"

Kaizo suka melihat kegembiraan Lynna. Ianya seperti melihat kanak-kanak kecil dapat sebuah hadiah kegemarannya. Fang turut merasai kegembiraan Lynna. Lalu dia memandu kapal angkasa itu semula untuk bersiar-siar sekitar bintang bima sakti. Dia pasang semula lagu A New Whole World. Kali ini, Kaizo tidak memarahi adiknya. Dia biarkan sahaja lagu itu dimainkan. Suasana romantik dapat dirasai oleh Kaizo dan Lynna. Mereka terlupa Fang ada bersama mereka. Fang diamkan diri sementara mendengar perbualan dari mereka. Dia tidak mahu menganggu pasangan itu. Secara perlahan dan tenang dia pandu kapal angkasa itu

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KaiLynnWhere stories live. Discover now