Memori

291 16 3
                                    

Seutas rantai emas, bantal kecil, selimut kecil, buku catatan, buku cerita, anak patung comel, kotak muzik dan bermacam-macam barang lain yang tersimpan di dalam kotak. Kaizo langsung tidak membuka kotak itu setelah diberikan oleh atuk dan neneknya beberapa tahun yang lalu. Dia tidak mahu terkenang balik peristimewa yang lalu

"Kenapa baru sekarang kau nak buka?" soal Lynna sambil mengangkat sebuah bingkai gambar yang kosong "Kau rindukan mereka ke?"

"Aku memang rindukan mereka tapi aku tak buka kotak tu sebab nanti aku akan rasa sedih. Kalau aku sedih, mesti Pang akan sedih sekali"

Kaizo duduk di sebelah Lynna. Lalu tangan dia mengambil bingkai gambar itu dari Lynna 

"Lagipun aku mempunyai banyak memori indah bersama ibubapa daripada adik aku. Dia masih kecil, dia tidak tahu apa yang berlaku. Dia bukannya ingat pun segala-galanya"

"Jadi, kau tak nak sedih demi Fang?"

"Yea" balas Kaizo "Tapi sekarang ni.. aku bersedia untuk melihat kenangan aku dulu-dulu" Lynna genggam tangan Kaizo sambil berikan satu senyuman kepada sang kapten itu "Terima kasih Lynna kerana ada di sini"

Kaizo dirikan bingkai gambar tadi di atas lantai ruang tamu rumahnya. Lalu dia keluarkan sebuah anak patung bentuk itik. Dahi dia mula berkerut sedikit kerana dia selalu dikaitkan dengan seekor itik

"Hehehe.. kau dan itik tidak dapat dipisahkan" Lynna mengambil anak patung itik itu. Ianya kecil dan masih lagi elok. Tiada bahagian yang koyak "Comel betul anak patung ni. Mesti anak patung kegemaran kau"

"Boleh dikatakan begitu" Kaizo mengeluh sedikit "Tapi kau jangan tunjukkan anak patung tu kepada sesiapa, lebih-lebih lagi si pelik tu. Kalau boleh, kau simpanlah anak patung itik tu"

"Kau bagi aku?"

Kaizo angguk kepalanya. Lynna terus peluk anak patung itu di dadanya. Hati Kaizo terdetik melihat kecomelan Lynna pada ketika itu. Pipi dia mula naik merah. Lalu dia cepat-cepat pandang ke tempat lain

"Bantal ni, mesti bantal kegemaran kau juga" Lynna tunjuk sebuah bantal kecil. Ada huruf K di tepi bantal tersebut 

"Itu.. aku tak berapa nak ingat" kata Kaizo "Tapi buku cerita ni" Dia angkat keluar sebuah buku tebal "Ibu aku selalu bacakan kepada aku. Dia yang belikan buku ini untuk aku"

Lynna mengambil buku tersebut dan lalu dia belek setiap muka surat buku tersebut. Dia terjumpa sekeping nota. Lalu dia baca nota tersebut

"Anakku Kaizo, maaf ibu tak dapat nak bacakan hari ini. Nanti ibu bacakan untuk Kaizo, sayangku" Lynna berikan nota itu kepada Kaizo "Dia ada hal ke hari tu?"

"Ada" Kaizo tersenyum sedikit sambil membaca nota itu "Sebab ibu aku masuk hospital untuk melahirkan Pang. Bila ibu aku sudah keluar dari hospital, dia bacakan buku cerita ini kepada aku dan adik aku. Nota ni, aku masih simpan dekat dalam buku ni sebagai kenangan"

"Bagusnya kau ni. Simpan benda-benda kecil yang membawa makna besar pada diri kau" 

"Dulu aku rajin tapi sekarang ni.." Kaizo menghela nafas. Lalu dia sambung berkata "Sekarang ni aku terlalu sibuk dengan misi. Aku tiada masa untuk simpan benda-benda remeh-temeh ni" Dia simpan buku cerita tadi ke dalam kotaknya semula

"Barang-barang lama ni semua, kau nak simpan lagi ke?"

"Mungkin" kata Kaizo "Tapi aku suruh si Pang ajelah simpankan. Cuma aku sahaja yang akan simpan cincin ibu aku. Yang lain, biar dia sendiri yang simpan"

"Ada makna cincin tu" Lynna tersenyum bersendirian. Dia mengangkat keluar sebuah kotak muzik "Cantik kotak ni. Bukan ke kau ada satu lagi kotak muzik"

KaiLynnWhere stories live. Discover now