Pantai

259 20 3
                                    

"Hmmm.. Kaizo, kenapa kita perlu ke sini? Bukan ke dekat pulau ini ada pantai tersendiri"

Lynna memang rasa hairan dengan keputusan Kaizo. Mereka bukannya pergi berkelah di tepi pantai yang sebenar, tetapi berkelah di hadapan skrin bervideokan sebuah pantai. Di atas lantai pula, ada pasir-pasir pantai dan juga sebentang kain tikar. Beberapa biji kepala tersusun cantik di atas pasir itu. Mereka berdua berkelah di dalam makmal Emmy. Gadis genius itu berikan kebenaran untuk gunakan bilik berskrin penuh di dinding 

"Sebab dekat pantai ada juga bunyi-bunyi yang tak best"

"Contoh?" Lynna bersilang tangan sambil berdiri di hadapan Kaizo yang sedang terbaring di atas kerusi malas

"Bunyi adik aku, bunyi kawan-kawan dia.. malas aku nak dengar. Lebih-lebih lagi yang melibatkan buat aku jadi stress"

"Macam-macam betul kau ni" 

Lynna terus baringkan dirinya di atas kerusi malas, bersebelahan dengan Kaizo. Dia memakai cermin mata hitam dan pasangkan earphone di telinganya untuk mendengar lagu di telefon bimbitnya. Kaizo pula, sambil melihat keindahan skrin pantai di hadapan, sambil itulah dia menikmati teh hijaunya

"Ketenangan betul" kata Kaizo sambil tersenyum "Pang takde, si pelik takde.. semuanya indah"

"Yelah Kaizo" kata Lynna yang kebetulan dengar percakapan Kaizo disebalik lagu yang dimainkan pada telinganya 

"Kalau pergi pantai, mesti si budak Pang tu ajak main bola atau si Rizu tu ajak main pasir. Tolong dia buat istana pasirlah. Lepas tu si Pang mesti bergaduh dengan kawan perempuan dia tu. Apa nama dia, Nutella? Aku lebih suka rehatkan diri di sini, tenangkan minda dan mencari ketenangan. Kau tahu apa ketenangan aku?"

"Apa dia?" Lynna cabut kedua-dua earphone nya

"Teh hijau dan juga latihan simulasi"

"Hmm.. kenapa kau tak pergi berlatih aje"

"Kerana hari ini aku nak tenangkan diri dengan teh hijau ini" Kaizo menghirup teh hijaunya sambil mengambil bau aroma teh tersebut "Ketenangan"

"Hehehe.. kau ni, memang betul-betul comel" Lynna tersenyum suka melihat gelagat Kaizo 

"Aku bukannya comel pun" balas Kaizo dengan nada serius "Kau dengar lagu apa tu?"

"Lagu yang aku pernah nyanyi dekat kau" Lynna cabutkan wayar earphone dari telefon bimbitnya dan kuatkan suara telefonnya "Lagu Both Sides Now by Joni Mitchell"

"Kau ada lagu lain?"

"Lagu apa yang kau nak dengar?"

"Lagu rock" kata Kaizo "Kau ada?"

"Maaf Kaizo, aku tiada lagu rock dalam playlist aku" Lynna menjadi sedih sedikit "Tapi aku ada lagu yang sesuai untuk kita yang berada di fake pantai"

"Lagu apa?" Kaizo pandang ke arah Lynna

"Lagu.." Lynna mencari lagu itu di telefonnya dan lalu dia mainkan lagu tersebut "Lagu ni! Lagu Good Times by Owl City!"

Kaizo mendengar lagu itu. Ianya bukan lagu rock tetapi lagu itu membuatkan dia rasa seronok dan bersemangat. Dia letakkan gelas teh hijaunya di tepi kaki kerusi. Tiba-tiba Kaizo berdiri dan angkat bakul makanan dia

"Jom kita makan!" kata Kaizo yang tiba-tiba rasa bersemangat

"Eh?" Lynna terkejut dengan perubahan perangai Kaizo secara tiba-tiba "Kau sudah kenapa?" Dia buka cermin mata hitamnya untuk melihat sang kapten itu secara teliti

"Aku rasa semangat sebab lagu kau" balas Kaizo

Dia pergi bersila di atas tikar dan keluarkan makanan-makanan yang ada di dalam bakul. Lynna bangunkan dirinya untuk pergi menyertai Kaizo. Dia melihat makanan enak-enak yang telah dihidangkan di atas tikar itu

"Aku ada buat kek pandan"

"Kau buat?" Kening sebelah Lynna terangkat sedikit "Boleh percaya ke ni?"

"Percayalah" Kaizo keluarkan sepotong kek pandan dari bekas makanan dan terus suapkan ke dalam mulut Lynna "Macam mana? Sedap?"

Lynna kunyah kek itu secara perlahan. Dia agak terkejut kerana kek pandan itu sedap. Lalu dia mengambil satu lagi kek tersebut

"Sedap! Betul ke kau yang buat?" Lynna masih lagi tidak percaya 

"Betul, aku yang buat" kata Kaizo dengan penuh bangga. Dia suka melihat Lynna menikmati kek pandan itu "Aku ikut resepi yang ada dekat internet"

"Wah! Bagus betul kau. Selalunya kau buat tanpa lihat resepi, mesti jadi masin ataupun tawar"

Kaizo tidak tahu hendak membalas apa. Dia hanya letakkan beberapa potongan buah tembikai di dalam pinggan Lynna

"Yang lain, kau buat juga ke?" soal Lynna. Mata dia perhatikan setiap makanan yang ada di situ 

"Yang lain aku beli" balas Kaizo "Cupcake caramel chocolate tu, sup lobak merah, ada pancake souffle matcha aku belikan khas untuk kau, buah tembikai tu aku potong sendiri, air jus tembikai yang aku buat sendiri juga, cheesecake pistachio dan kuih karipada kentang, tu aku beli juga"

Hati Lynna berbunga-bunga kerana ada makanan kegemaran dia. Tiba-tiba dia rasa cair dengan kesungguhan Kaizo

"Sambil kita makan, kita tengok movie"

Mata Lynna terkebil-kebil melihat Kaizo. Adakah betul apa yang dia nampak sekarang ini? Adakah ini diri Kaizo atau ada hantu yang merasuk Kaizo? Ditambahkan lagi, lagu telefon bimbit Lynna berubah menjadi sebuah lagu yang romantis. Lagu itu menaikkan lagi suasana romantik pada ketika itu

"Ermm.. kenapa kau tiba-tiba jadi romantis hari ini?" soal Lynna. Dia betul bingung pada ketika itu "Betul ke kau bukan jenis romantik?"

"Bukan" kata Kaizo "Aku mana reti buat benda-benda romantik"

"Hehehe.." Lynna tergelak sedikit "Kau ni betul-betul comel. Rasa macam nak cubit pipi kau tu"

"Suka hati kau lah" Kaizo potong cheesecake itu untuk merasai kek tersebut "EMMY! PASANG MOVIE CERITA HANTU!"

Lynna terkejut dengan jeritan Kaizo tadi. Lalu dia hentikan lagu di telefon bimbitnya sebaik sahaja movie dimainkan pada skrin hadapan mereka. Tidak sampai beberapa minit, mereka diganggu oleh seseorang

"ABANG PAIZO!" Mereka terdengar suara ceria Rizu

"EMMY! CEPAT TUKARKAN CERITA KARTUN!"

Film movie hantu ditukarkan kepada film Disney iaitu Toy Story. Rizu duduk bersila di antara Kaizo dan Lynna. Dia bukan datang seorang sahaja, Fang juga turut menyibuk sekali

"Kenapa kau ada dekat sini?" soal Kaizo dengan nada yang tegas "Apasal tak berseronok dekat pantai?"

"Tiba-tiba hujan dekat luar" kata Fang sambil mencapai kuih karipap "Lagipun dekat rumah rasa bosan. Jadi kita orang dekat sini. Abang tak kisahkan?"

Kaizo memandang Lynna dengan mata kuyu yang membosankan dan lalu sang gadis itu menjawab pertanyaan Fang

"Fang dan Rizu boleh sertai kami di sini. Lagipun makanan ada banyak ni, boleh kita makan sama-sama. Movie pun baru start, jom kita menonton sama-sama"

Kaizo tidak kisah dengan adanya Fang dan Rizu. Asalkan mereka berdua tidak buat hal dan paling penting, dia berjaya membuat Lynna rasa seronok

----------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KaiLynnWhere stories live. Discover now