SINOPSIS 🐚

10.5K 193 5
                                        

Fate Destiny.

Takdir yang tercipta.

Siapa sangka, percutian kerana terpaksa aku relakan Adel, membawa dia menjalani sebuah pengembaraan di mana dia bakal menemui cinta sejatinya. Tapi, cinta, dicinta dan mencintai tidak semudah yang disangka. Indah bila dibuai, namun perit bila dilukai. Tapi, Adel bukan sebarang gadis yang membuatkan dia putus di tengah jalan. Segala cabaran cuba dia tempuhi untuk menemui jalan pengakhiran.

Sepupunya Vivy dan Muaz merupakan sebahagian dari hidupnya dek mama dan mak long hanya dua beradik. Malang buatnya apabila sepupu yang sepatutnya boleh dianggap seperti adik beradik sendiri merupakan musuh ketatnya. Mereka asyik bercakaran sehinggakan yang berada dikeliling mereka penat dan lelah melihat mereka asyik bergaduh dek sebab tidak sebulu.

Muaz, si kecil 5 tahun mempunyai latar belakang yang penuh rahsia tidak menjadi isu buat Adel. Kerana, dia menganggap si kecil itu seperti adiknya sendiri. Tapi, sebaik dia di dalam cengkaman si lanun berlagak sangkaannya meleset sama sekali. Muaz yang disangka biasa bukanlah biasa-biasa.

Dalam terbit cinta di hati, cinta buat keluarganya jadi risiko. Terdapat banyak rahsia yang terlindung daripada pengetahuan dia. Adel dan pengembaraan percutiannya kali ini, membuka lembaran 1001 rahsia.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KISMETWhere stories live. Discover now