XXXXXIV 🐚

4.5K 216 8
                                        

"Baby, nak ke mana?" Soal Devil kepada Adel yang dari tadi tidak duduk senang sejak mereka dari dalam kereta tadi lagi.

"Adel nak jumpa mama dan papa sekejap. Boleh?"

"Don't worry. Mereka akan ke sini juga sebelum kita jumpa pihak media."

"Please... I want to meet them first."

"D temankan?"

"No. Tak apa. Adel boleh pergi sendiri. I'll meet you here, later." Adel cuba meyakinkan Devil. Walaupun, tujuan sebenarnya bukanlah untuk berjumpa papa dan mamanya tetapi Tengku Farhan, tok ayah Devil sekalu mantan Raja Kepulauan Besar.

"Call me if you want anything." Devil terpaksa juga melepaskan Adel seketika. Dia tidak mahu pula Adel meyangka dia cuba mengongkong tingkah dan tindakan gadis itu. Sempat dia singgahkan bibirnya di bahu gadisnya yang cantik memakai gaun putih.

Adel mengucup pipi jejaka kesayangannya kerana sudi membenarkan dia pergi seketika. Mengangkat kain gaun putihnya yang labuh, Adel membuka langkah mencari Tengku Farhan. Dia berjalan di kaki lima istana. Setiap kali dia bertemu dayang atau pengawal istana, dia bertanyakan keberadaan Tengku Farhan. Nasib baik semua seolah tahu keberadaan lelaki tua itu di mana.

Pintu bilik bacaan istana dibuka dari luar. Matanya melilau mencari keberadaan Tengku Farhan. "Adellia Roseine." Nampaknya Tengku Farhan yang jumpa dia dulu. "Tengku."

"Adellia Roseine, cantik dan manis orangnya."

"Terima kasih, Tengku." Adel berterima kasih dengan pujian tok ayah Devil.

"Adel ke sini nak panggil Tok ke dewan istana ke untuk hadiri sidang media petang ini?"

"Tak. Adel ke sini nak beritahu Tengku sesuatu."

"Apa dia?" Tengku Farhan menjemput gadis manis itu duduk di atas kerusi yang ada di dalam bilik bacaan. Dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Adel.

"Devil nak umumkan perihal hubungan kami kepada pihak media."

"Congratulations."

"Tengku tak membantah dengan tindakan Devil?"

"Kenapa perlu Tok membantah? Kamu cintakan Devil?"

"Ya."

"Dia cintakan kamu. Kamu berdua cinta antara satu sama lain. Jadi, perlulah untuk Devil beritahu ke pihak media dan rakyat Kepulauan Besar tentang status kamu berdua."

"Tapi, bagaimana dengan penerimaan rakyat Kepulaun Besar? Mereka tak akan terima saya dan Devil bersama."

"Kenapa perlu hiraukan mereka? Mereka perlu hormat keputusan Devil selaku raja dan ketua."

"Adel tak nak Devil dibenci apatah lagi tidak dihormati lagi oleh rakyat-rakyatnya."

"Kamu kata, kamu cintakan Devil. Kamu adalah kekuatan Devil untuk mengharungi apa segala cabaran sekalipun."

"Tapi, Devil kata... dia akan turun takhta kalau itu permintaan semua rakyat Kepulauan Besar."

"Adellia Roseine, kamu nak Tok buat apa? Lagipun, Devil jadi raja kerana dia ingin bantuk sepupunya, Muaz. Sebelum Muaz mencapai umur 23 tahun."

"Apa-apa pun keputusan Devil, Adel nak Tengku pastikan Devil tidak lepaskan takhta sebagai Raja Muda Kepulauan Besar. Kalau Devil diminta pilih saya atau Kepulauan Besar... saya nak Tengku suruh Devil utamakan Kepulauan Besar."

"Bagaimana dengan kamu? Bagaimana dengan Devil? Dia tidak akan sokong apa yang kamu cuba lakukan ini." Adel memegang tangan Tengku Farhan. Dia mengharapkan lelaki tua itu faham niat dia yang tidak mahu memusnahkan kehidupan Devil.

KISMETTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang