XXXXVII 🐚

4.2K 241 10
                                        

"Adel tak ada." Kata Vivy kepada Tengku yang sedang berdiri di depan pintu rumahnya.

"Dia ada dekat mana ya? Sebab saya call and text dia tapi dia tak reply."

"Erm, sorry. Saya tak tahu. Mungkin bukan rezeki awak untuk jumpa dia hari ni."

"Tak apalah kalau macan tu. Kalau Adel balik, cakap dengan dia, saya cari dia."

"Saya akan beritahu dia." Vivy ingin menutup pintu tapi ditahan tangan Tengku. "Ya, ada apa-apa lagi?"

"Adel sihat sahaja kan?"

"Sihat. Kalau dia sakit, saya akan inform awak."

"Kalau macam tu, boleh awak bagi nombor awak dekat saya. Untuk senang saya hubungi kalau ada apa-apa."

"Maksud saya, senang awak beritahu saya kalau Adel ada dekat rumah. Jadi, saya boleh datang jumpa dia." Tambah Tengku tidak mahu Vivy salah faham.

Menyambut telefon Tengku, Vivy memberi nombor telefonnya kepada jejaka itu. "Terima kasih." Rasa kasihan pula Vivy tengok Tengku yang jelas kecewa tidak menemui sepupunya. Memastikan Tengku betul-betul pergi meninggalkan rumah dia, Vivy cepat-cepat memanjat tangga menuju ke atas.

Pintu bilik Adel dibuka lalu dia lompat baring di sebelah tubuh gadis itu. "Tengku datang."

"Dia cari kau."

"Adel, dengar tak?" Adel tidak respon menarik selimut menyelubungi diri.

"Esok dah Hari Bayu. Nak, tak nak. Kau akan jumpa dia juga dekat FSKB esok pagi."

"Aku tak nak jumpa dia, Vivy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku tak nak jumpa dia, Vivy."

"Kenapa? Cuba kau beritahu dekat aku."

"Entah. Aku rasa lain bila dengan dia."

"Rasa apa?"

"Rasa yang pernah aku rasa dekat Devil."

"Kau dah jatuh cinta! OH MY GOD!" Adel dah mencampak bantal tepat ke muka sepupu Vivy. "Suara kau perlahan sikit, boleh tak?"

"Kau dah jatuh cinta. Kau dah jatuh cinta, Adellia Roseine. Kau jatuh cinta kepada Tengku." Adel menyebam muka di bantal. Perlu ke Vivy ulang banyak kali? Dia sedar perkara itu tapi tidakkah semua ini terlalu cepat? Lagipun, dia baru kenal Tengku tidak sampai seminggu.

"Zouk patut tahu. Dia boleh beritahu Devil. Padan dengan muka mamat penipu tu!" Vivy dah gelak jahat. Dia terbayangkan Devil menangis dan merayu-rayu sambil memeluk kaki sepupunya minta maaf.

"Vivy, not now!"

"Apa yang kau nak buat sekarang?"

"Berkurung dalam bilik."

"Tapi, esok Hari Bayu. Tak akan kau tak nak sambut Hari Bayu. Anak penyu."

"Vivy."

"Mungkin kau dan aku tak kenal lagi Tengku. Tapi, melihat daripada layanan dia dua malam lepas. Aku rasa dia lelaki yang baik. Lagipun, Tengku tu lebih banyak hensem daripada Devil. Devil tu, rambut panjang, muka tak kemas. Macam manalah kau boleh jatuh cinta ke dia dulu?"

KISMETWhere stories live. Discover now