BONUS VI: Melanie ♡ Muaz (i) 🐚

3.1K 169 8
                                        

Surprise! Another bonus for you guys! Maaf lama menyepi. Musim² PKP ni, even dah balik rumah kelas kuliah masih berjalan cam biasa. Hope semuanya dalam keadaan baik². Incase you guys want to share apa yang korang buat sepanjang PKP ni, tell me ah. #staysafe #stayhome

Thanks to the all frontliners! May Allah bless you guys and may Allah ease everything for you guys! You guys are the best!

By the way, Aisy akan tulis cerita pendek bersambung kisah Melanie dan Muaz. Maybe dalam 4 atau 5 bab pendek sahaja. Hope korang follow. Stay tuned!

BAB 1 - Melanie ♡ Muaz

Melanie kelam kabut. Dia jadi buntu tidak tahu hendak berbuat apa dalam situasi begini. Aduhai, kenapa pula semua orang keluar serentak pada waktu dan hari yang sama? Dia bukanlah nak mengeluh atau merengek tapi situasi sekarang ini tidak kena kalau dia ditinggal sendiri. Sendiri dengan wanita mengandung! Kalau kucing beranak, dia bolehlah handle lagi. Ini orang nak beranak. Uish, im skek!

"Melanie! Kenapa tercegat lagi dekat situ?!" Suara Adel dah naik seoktaf. Dia bukan nak marah tapi rasa sakit yang mencengkam buatkan dia geram bila Melanie hanya tercegat membisu.

"Mel kena buat apa ni Kak D?"

"Call them!"

"Mel dah try. But sorang pun tak angkat." Melanie hantar juga Whatsapp kepada Muaz dan Abnag D maklumkan situasi di rumah sekarang ini.

"Kereta tak ada ke?"

"Unfortunately, tak ada. Semua kereta kena rembat." Melanie serba salah. "Kak D tarik nafas. Then, lepas. Tarik, lepas. Tarik, lepas."

"Argh! Sakit!" Melanie mampu gigit bibir bila tangannya dicengkam kuat oleh permaisuri raja seorang itu. "Cool, kak. Cool."

"Cool tengkorak kau. Yang semua orang pun nak menghilang sekaligus satu hari ni kenapa?! Tak boleh ke pilih hari lain! Argh!"

"Tapi, Kak D yang beria juga nak balik ke rumah. Abang D dah suruh tunggu dekat istana, kan?" Melanie tutup mulut apabila mata Adel tajam menjelingnya. "Kak D tak tahan dah. Kalau nak pergi hospital pun dah tak sempat. Mel kena sambut anak Kak D."

"Huh?! Me? Are you out of mind?"

"Please, Melanie. Kak D dah tak tahan." Pinta Adel merayu mohon pengertian daripada kekasih Muaz. Melihat anggukan gadis muda itu, Adel melepaskan nafas lega.

"Kak D, larat tak kalau nak jalan?"

"Why?"

"Kak D masih dalam bilik air ni. Kalau larat, Mel akan papah Kak D naik atas tilam."

"Argh! I don't think so." Adel cuba tarik nafas dan hembus berkali-kali. Dia cuba tenangkan dirinya.

"Nampaknya, Kak D kena bersalin dalam tub." Melanie memasang air paip biarkan air memenuhi tub mandi. Dia mendudukkan tubuh Adel selesa di dalam tub yang besar itu. Nasib baik tub mandi dalam bilik mandi itu besar dan luas. Kalau kecil, satu hal juga.

Sudah pasti Adel selesa di dalam tub mandi, Melanie membuka laci dan almari di singki bilik mandi. Dia harap ada first aid box dan gunting bersih yang boleh digunakannya untuk potong tali pusat putera raja yang bakal dilahirkan itu. "I found it!" Nasib menyebelahi Melanie.

"Mel, Kak D rasa dah sampai masanya. Dia dah tak sabar nak lihat dunia."

"When you ready, kak. Mel di sini bersama Kak D."

Tidak lama kemudian, tangisan bayi memenuhi ruang bilik mandi itu. Air mata Adel jatuh mengalir di pipi. Anak sulung dia dan Devil akhirnya sudah lahir ke dunia. "Tahniah, Kak D!" Melanie turut menangis gembira atas kelahiran si kecil itu. "Terima kasih, Melanie. Terima kasih."

KISMETWhere stories live. Discover now