Fate Destiny.
Takdir yang tercipta.
Siapa sangka, percutian kerana terpaksa aku relakan Adel, membawa dia menjalani sebuah pengembaraan di mana dia bakal menemui cinta sejatinya. Tapi, cinta, dicinta dan mencintai tidak semudah yang disangka. Indah...
"Selamat datang ke teratak saya, Tengku Farhan." Devil dan Zouk menyambut kehadiran tetamu kehormat mereka. Tubuh Devil dipeluk erat lelaki tua itu. "Sihat, Devil?"
"Sihat, Tengku." Devil membalas senyuman Tengku Farhan. Tengku Farhan sudah dianggap seperti orang tuanya sendiri. Malah, lelaki kehormat itu juga menganggap dia dan Zouk seperti anak sendiri kerana mereka berdua merupakan sahabat baik arwah Tengku Syahrizal.
"Jemput, Tengku." Devil mengiringi Tengku Zouk untuk melangkah ke dalam menyertai yang lain. Ada yang berbual dan ada juga yang menjamu selera. "Siapakah gadis jelita disisi kamu ini, Zouk?"
"Tengku, kenalkan Vivy. Kekasih saya." Kata Zouk yang tidak lepas merangkul pinggang Vivy sejak turun tadi. Vivy memandang Zouk seakan tidak percaya. "Tengku Farhan." Vivy menyambut salam lelaki tua itu dan menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.
"Bagaimana dengan kamu, Devil? Zouk sudah ada." Kata Tengku menepuk bahu Devil bercanda.
¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
"Wah, siapa si cantik manis di tangga itu?" Soal Tengku melihat ke arah tangga. Bukan Tengku Farhan sahaja yang tertarik ke arah gadis di tangga itu. Malah, tetamu yang hadir berada di ruang itu turut beralih ke arah si cantik manis itu.
"Adel?" Devil bagai tidak percaya apa yang dilihatnya sekarang ini. Tanpa sedar, kakinya bergerak sendiri ke arah tangga bagi menyambut kehadiran gadis cantik manis itu.
"Adellia Roseine." Nama penuh Adel meniti di bibirnya menarik perhatian Adel yang dari tadi mata melilau seperti mencari seseorang.
"Devil." Adel mengukir senyuman apabila ada juga orang yang dikenalinya muncul di depan dia. Sejak dari turun tadi, dia cuba mencari Vivy atau Muaz. Namun, tidak dijumpainya. Malah, dia jadi lebih tidak selesa apabila semua mata seakan memandang dia tidak beralih.
Huluran tangan Devil disambut Adel. Nyaris dirinya tidak terjatuh kerana tidak selesa menyarungkan kasut tumit tinggi yang diberikan Vivy. Lengan sasa Devil dipeluknya kemas bagi menstabilkan posisi berdirinya. "Nampaknya si gadis cantik manis ini berjaya menarik perhatian Devil."
"Tengku Farhan?" Tanya Adel meminta kepastian sebaik lelaki tua itu berdiri di depan dia dan Devil.
"Ya."
"Maaf, saya tidak berapa cam Tengku. Di dada majalah dan kaca TV, Tengku nampak muda. Tapi, bila berhadapan begini, aura muda itu lebih nampak. Memang wajah Tengku tidak dimamah usia. Saya Adellia Roseine." Kata Adel memperkenalkan diri.
"Kak D!" Suara Muaz dari jauh menarik perhatian mereka. Muaz berlari memeluk kakinya. Kemas dan segak Muaz berpakaian tuksedo hitam malam ini.
"Hello, handsome boy." Adel menundukkan sedikit tubuh separas dengan Muaz melabuhkan ciuman di pipi budak lelaki itu. Kemudian, Muaz membalas ciuman di pipinya juga. "You look sooooooooook beautiful, Kak D. Like an angel."
"Thanks, Muaz."
"How about me?" Soal Vivy yang baru muncul bersama Zouk membawa segelas air buat Tengku Farhan.