BONUS IV 🐚

4K 180 5
                                        

Mesti ada yang tahu dan ada juga yang tak tahu... Aisy kemungkinan akan hilang sekejap untuk fokus pada study yang bakal bermula minggu depan. Makanya, selepas KISMET memang akaun @atulaisy_ckk ni akan senyap sahaja. Kalau ada cerita baru pun mungkin bila Aisy free, Aisy upload and update. But, for now... belum ada apa-apa lagi rancangan. In sya Allah hari Jumaat ini, result semester lepas Aisy akan keluar. Aisy nak minta kalian doa-doakan agar semuanya dipermudahkan untuk Aisy. In sya Allah. Terima kasih atas doanya semoga doa itu kembali juga kepada anda-anda.

KISMET ini Aisy tulis dari sebelum masuk sem lepas lagi lepas itu tergendala then kembali. Banyak yang berlaku masa tulis KISMET. Antaranya 4 5 kali juga Aisy rangka dan Aisy delete. Akhirnya, ini yang dipaparkan untuk pembacaan anda-anda. Terima kasih kepada meenthemean yang menjadi pembakar semangat untuk teruskan tulis KISMET. Tak lupa juga anda-anda yang sudi menyokong, membaca, menekan vote serta meninggalkan komen. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!

AISY MINTA MAAF JIKA ADA MANA-MANA BAHAGIAN YANG TERKURANG DAN MUNGKIN JUGA YANG TERLEBIH. BAGI MANA-MANA PEMBACA YANG TIDAK SELESA DENGAN MANA-MANA ADEGAN DALAM CERITA INI, AISY MINTA MAAF. Sejujurnya, Aisy tulis sekadar suka, angan-angan yang dikongsikan kepada anda-anda semua.

Jadi dengan tanda terima kasih, Aisy hadiahkan anda-anda dengan satu lagi slot bonus KISMET. Selamat membaca.

Adel menggeleng kepala ke arah Vivy. Tangannya menekup mulut sendiri. "Minumlah, Puan Permaisuri Adellia Roseine." Dia menggeleng kepala menolak tangan Vivy lembut yang cuba menyuakan dia segelas susu.

"Kau nak minum elok-elok atau aku paksa kau minum?"

"Tak naklah, Vy." Pintanya mengharapkan Vivy faham. Dia tahu susu baik untuk dirinya yang sedang mengandung. Namun, masalahnya sekarang... dia tak nak susu, muak. Dia nak benda lain. "Aku nak coklat."

"Susu dulu, baru aku bagi coklat." Vivy dah macam mak-mak melayan karenah si anak kecil.

"Tak nak." Adel bangun terus memanjat tangga menuju ke bilik kerja suaminya.

Devil sedang menyelak satu-persatu fail untuk disemaknya berkaitan kerajaan Kepulaun Besar. Kehadiran isterinya yang datang terjah masuk tanpa ketukan membuatkan kepalanya mendongak ke arah pintu. "Baby?" Tegurannya bernada soalan.

"Baby dah macam ikan paus." Rengek Adel manja duduk bersila di atas karpet di tengah-tengan ruangan bilik kerja Devil. "Ikan paus yang comel." Matanya tajam mengerling ke arah Devil yang berani membenarkan katanya. Dia harapkan lain keluar dari mulut Devil dapat pujuk hati dia tapi harapan tinggal harapan. Lantas, posisinya diubah dari duduk kepada baring terlentang mendepakan tangan.

Devil terhambur ketawa melihat tingkah isterinya yang comel. Dia bangun dari kerusinya dan membaringkan tubuh di sebelah Adel. Tubuh yang sedang berbadan dua itu ditarik ke dalam dakapannya. "Kenapa ni, baby?" Tangan dia membelai rambut hitam gadis manisnya.

"Vivy paksa baby minum susu. Baby tak nak. Baby nak coklat."

"Baby tak minum susu lagi? Bukan ke itu rutin harian?" Soalnya yang tahu jadual rutin makan dan minum Adel. Vivy selaku sepupu Adel telah menawarkan diri untuk menjadi orang kanan isterinya dalam menguruskan sebelum, semasa dan selepas Adel mengandung. "Nak coklat. Tak nak susu. Kita skip susu boleh tak hari ni?"

"Tapi, susu kan bagus untuk anak kita."

"Ling... minumlah. Baby tak nak minum." Tegas Adel cuba meronta keluar dari dakapan dia. Tapi, tangannya cekap menarik semula tubuh isterinya ke dalam dakapan. Tidak mahu melonggarkan pelukan di antara mereka malah diketatkan. "Lepaslah. Baby tak bernafas."

KISMETWhere stories live. Discover now