Fate Destiny.
Takdir yang tercipta.
Siapa sangka, percutian kerana terpaksa aku relakan Adel, membawa dia menjalani sebuah pengembaraan di mana dia bakal menemui cinta sejatinya. Tapi, cinta, dicinta dan mencintai tidak semudah yang disangka. Indah...
Melanie mengayuh basikal pergi ke sekolah. Hari-hari biasanya yang selalu dijemput Muaz tiada lagi. Malah, setiap kali dia nak berjumpa dan bercakap dengan jejaka itu, Muaz seolah-olah mengelak dan melarikan diri. Tapi, tidak lagi untuk hari yang ke lima ini. Dia yang nampak Muaz sedang berbual dengan rakan-rakan di ruang kaki lima sekolah terus menarik kolar baju Muaz. Tubuh jejaka itu ditarik jauh dari orang ramai.
Melanie tidak peduli dengan nata-mata yang menonton dan mulut-mulut yang berkata. Apa yang dia tahu tika ini, Muaz ada hutang dengan dia yang patut diselesaikan beberapa hari lepas. Namun, sikap manja dan keras kepala Muaz buatkan dia rasa geram dan marah. Apa Muaz ingat dia diam, dia tidak akan bertindak apa-apa? Silap besarlah!
Dia tolak tubuh Muaz melekat pada dinding di ruang bawah tangga sekolah. "I hate you." Kata Melanie tegas dengan jari menunding tepat pada muka Muaz. Dia melepaskan beg galasnya dan letakkan di tepi. Kedua-dua tangannya mengurung tubuh Muaz di antara tubuh dia dengan dinding di belakang. Kepalanya didongak sedikit memastikan mata mereka bertemu.
"I hate you. Really, really hate you."
Muaz masih diam. Hanya memandang dia tanpa bersuara. "Fine. You nak silent war dengan I. Fine, fine. Then, let's do it..."
"You diam dan biar I cakap." tambah Melanie memberi amaran keras dengan pandangan mata yang tajam.
Pap! Kepala Muaz ditepuknya selamba. Bulat mata itu terkejut dengan tingkah dia. "Nu-uh. Diam. Jangan buka mulut. You nak diamkan tadi. So, diam." Kata Melanie bila melihat Muaz ingin buka mulut. Nak marah dia lah tu kerana tak puas hati ditepuk tiba-tiba.
"Otak mana otak? You ingat I tunggul ke, Muaz? You ingat ni tak ada perasaan ke? Lima hari, Muaz. Lima hari you ignore I. Lima hari lepas you tak fetch I. I lambat masuk kelas and I kena denda! Ergh, fikir cikgu je. Kalau tidak..."
"Okay, I boleh sabar lagi bila you tak reply my text or pickup my call. I boleh sabar lagi bila you tak fetch me. Maklumlah before this, I pergi sekolah naik bas je. I boleh sabar lagi bila you mengelak atau lari daripada I. Tapi, pantang I bila you sengaja buat semua itu sebab nak tunjuk perasaan!" Muaz mula keliru. Kata gadis itu tadi boleh bersabar dengan tingkahnya tapi dihujung ayat seolah-olah tidak bersetuju dengan tindakannya. Complicated betul.
"Apa? Pandang gitu. Buat muka gitu. Tak puas hati?" Pap! Sekali lagi kepala Muaz menjadi mangsa Melanie. "Fine. You nak diamkan? Diamlah sampai tulat." Sebal Melanie dibuatnya terus menarik beg galas dan pergi dari situ.
Muaz geleng kepala. Tadi nak bercakap disuruh diam. Dah diam diminta bercakap. Apa yang Melanie mahukan sebenarnya? Dia membetulkan kolar bajunya yang ditarik kasar Melanie tadi. "I miss you, my little Melanie."
••••••••••
Muaz balik ke istana selepas selesai sesi persekolahannya. Langkah berat dan lemah sahaja dia memanjat tangga. Penat belajar satu hal, penat fikirkan Melanie pun ia juga. Salah dia juga kerana pergi mengibarkan bendera perang terhadap gadis kesayangannya itu.
Terpaku sekejap kaki Muaz di depan pintu sebaik dikuaknya. Seingat dia pagi tadi sebelum dia ke sekolah biliknya sudah dikemas rapi. Cadar dan alas tilam juga sudah ditukar dengan yang baru. Jadi, macam mana biliknya sekarang ini macam tongkang pecah? Nak kata ada serangan apa-apa, mustahil. Biliknya dikunci dan tingkap biliknya juga ditutup rapat.
"Aduh, aduh." Muaz mendesis rasa sakit bila telinganya tiba-tiba ditarik. "Kak D?"
"Kenapa bilik macam tongkang pecah ni, Muaz?"
"Muaz tak tahu." Jujurnya menggosok telinga yang pedih. Pasti merah telinganya dipiat kakak dia. "Balik seorang je? Mana Melanie? Lama Kak D tak nampak dia ke sini." Ujar Adel bertanyakan perihal kekasihnya.
"Melanie sibuk dengan tugasan kerja sekolah. Lain kali, dia datang katanya."
"Kata dia atau kata kamu, Muaz?"
"Apa Kak D cakap ni?" Muaz cuba mengelak. Sudahlah dia penat, disaji pula dengan keadaan bilik begini rupa dan Adel melemparkan soalan-soalan maut. Sakit kepala dia dibuatnya.
Adel mula rasa kasihan melihat keadaan adiknya yang jelas keletihan. "Dah. Berehat. Nanti Kak D minta dayang istana hantarkan makan tengah hari ke dalam bilik Muaz." Muaz mengangguk sahaja. Dia labuhkan sahaja badannya di atas katil yang bertimbun dengan pakaian miliknya. Adel menutup pintu dari luar.
Muaz memejam mata membiarkan wangian dari pakaian-pakaian miliknya itu menusuk ke rongga hidung. Bau wangian satu-satunya milik gadis kesayangannya itu. "Melanie." Bibirnya menyebut nama itu dengan senyuman. Sudah dia agak tindakan siapa yang buat biliknya macam tongkang pecah. Hanya dia dan Melanie sahaja ada kunci bilik peribadinya ini. Malah, hoodie-hoodie miliknya seringkali dirembat Melanie buat harta sendiri.
Matanya dipejam. Biarlah badan dia berehat seketika mengecaj tenaga.
•••••••••••••
Muaz terjaga pada lewat petang. Tubuhnya direnggang-renggangkan. Rasa segar badan kerana dapat rehat yang secukupnya. Rasa malas masih melanda diri. Dia menarik beg galasnya dengan kaki. Tangan dia membuka zip beg dan meraba di dalam beb mencari telefon bimbitnya.
Skrin telefon bimbit yang cerah buatkan matanya terkejut dek silau. Dia mengerdip-ngerdipkan matanya menyesuaikan kanta mata dengan kecerahan skrin. Bibirnya terlakar senyuman melihat ada mesej dari Melanie. Mesej itu dibukan dan dibalasnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rindu tapi sombong. Dia duduk bersandar belakang tubuhnya di kepala katil. Muaz memikirkan situasi yang berlaku lima hari lepas. Mungkin apa yang dikatakan Melanie ada benarnya. Mereka masih muda, masih banyak lagi yang perlu mereka tidak tahu dan mereka perlu belajar. Buat dia hendak risau kalau dua hati mereka sudah bersatu sebelum ini lagi.
••••••••••••••••••
Muaz memanjat pokok. Dia mengintai di balik tingkap Melanie. Gadis itu hanya berkembang dengan tuala. Teeasa merah mukanya lantas berpaling. Rezeki! Tapi, dia tahu imannya bukan kuat mana. Kalau diterkamnya anak dara itu. Satu hal pula.
Bilik Melanie yang cerah tadi kini gelap. Dia masih duduk di atas dahan pokok. Nasib baiklah pokok itu masih kuat. Kalau tidak, mahu dia jatuh sia-sia. Mengerling jam di tangan, dua jam sudah pun berlalu. Perlahan-lahan dia mengangkat tingkap bilik Melanie.
Nasib menyebelahinya apabila tingkap bilik Melanie tidak dikunci dari dalam. Sudah rupa perompak nak pecah masuk rumah orang tindakannya itu. Sudah berjaya masuk ke dalam bilik Melanie, dia berjalan mengunci pintu bilik Melanie dari dalam. Perlahan-lahan dia menyusup masuk ke dalam selimut Melanie. Gadis itu sudah lena tidak sedar akan kehadirannya.
Tangannya merangkul kemas pinggang gadis kesayangannya. Lalu, ditarik tubuh Melanie rapat melekat dengan tubuhnya. Dia curi-curi mengucup pipi gebu Melanie. Rindu!
"Tadi whatsapp beria benar minta hoodie I. Geram. Gigit baru tahu." Muaz acah-acah nak gigit pipi Melanie. Dia mampu geleng kepala sahaja melihat tubuh gadis kesayangannya itu tersarung hoodie miliknya. Sangka dia Melanie pulangkan semua terus tapi tidak. Dia pun tidak kisah jika barang miliknya ingin diguna oleh Melanie.
Sedangkan hatinya pun sudah dimiliki Melanie inikan pula barang-barangnya. Apalah sangat. Jika dia boleh berikan bulan dan bintang, sudah lama dia rembat dan suruh Melanie simpan seorang. Namun, dia hanya manusia biasa yang ada kelemahannya. Tidak mampu melakukan hal mustahil itu. "You love me, my little Melanie."
Walaupun tidurnya petang tadi lama. Namun, bila dekat dengan Melanie sebegini dia jadi tenang sehingga ingin turun menyertai mimpi gadis itu.