Tidak membuang masa, Adel meninggalkan jasad tidak bernyawa Muaz di situ. Dia membuka langkah mara menuju ke arah pentas. Lilac sudah mati di tangannya dan kini target utamanya beralih kepada Tengku Syahmizal. Menggunakan baki tenaga yang masih ada, dia melompat naik ke atas pentas. "Kau bunuh Muaz!"
"Dia tak layak untuk jadi Raja Kepulauan Besar. Kini, Pulau Dahlia dan pulau-pulau yang lain akan jadi milik aku!" Kata Tengku Syahmizal bongkak mendabik dada. "Kau tak layak untuk bergelar manusia, apatah lagi menjadi raja!"
"Pengawal, tangkap dia!" Arahan Tengku Syahmizal dipatuhi pengawal-pengawal istana. Adel tidak mengundurkan diri melawan dan menepis serangan pengawal-pengawal yang cuba menahan dia. "Berhenti, jangan apa-apakan dia." Tengku Farhan bersuara. Namun, pengawal-pengawal tidak berhenti dek arahan Tengku Syahmizal lebih berkuasa daripada mantan Raja Kepulauan Besar.
"Lilac!"
"Lilac dah mati." Tengku Syahmizal cuba menyembunyikan rasa terkejut sebaik mendengar kata Adel. Adel menayangkan senyuman sinis. "Dan, kau juga akan mati!" Adel menggelosor di bawah pengawal yang berdiri di depan Tengku Syahmizal. Menggunakan kepakarannya, dia menendang kaki lelaki itu menyebabkan tubuh Tengku Syahmizal berlutut di depan dia. Pisau belatinya diletakkan pada leher Raja Kepulauan Besar yang baru. "Jangan dekat!" Katanya memberi amaran kepada pengawal-pengawal istana.
"Adel jangan apa-apakan Tengku Syahmizal."
"Tapi, Tengku, dia tidak layak untuk memerintah Kepulauan Besar." Tengku Syahmizal cuba bergerak dan Adel tidak segan untuk meletakkan pisau belatinya dalam daging tengkuk lelaki itu. Darah mula mengalir di leher Tengku Syahmizal.
"Saya tahu. Kita tak boleh nak buat apa-apa. Dia sudah diangkat jadi raja."
"Tarik balik keputusan Tengku." Pinta Adel kepada mantan Raja Kepulauan Besar.
"Tiada siapa yang boleh persoalkan kedudukan Tengku Syahmizal melainkan ada Muaz di sini untuk mengambil semula takhta sebenar dia."
"Budak tu dah mati, ayahanda." Tengku Farhan memandang Adel. Adel menunduk tidak berani mengangkat wajah membalas pandangan lelaki tua itu.
"Tak! Muaz masih hidup. Waris Tengku Syahrizal masih hidup!" Adel tersenyum melihat ke arah Vivy dan Muaz yang sedang berjalan di tengah-tengah dataran yang mula kosong itu. Tetapi, masih ada lagi pihak media yang kekal berani berada di situ tidak mahu terlepas isu hangat yang sedang berlaku di dataran depan istana Pulau Dahlia.
"Budak tu dah mati! Mustahil budak tak guna tu masih hidup."
"Maksud Tengku Syahmizal, budak ini?" Vivy menekan satu di atas topi yang tersarung pada jasad tidak bernyawa Muaz tadi. Tubuh Muaz hilang. Ditekan lagi sekali, tubuh Muaz ada.
"Apa yang kau dah buat, Adel?"
"Aku buat benda yang betul. Muaz berhak menggantikan tempat Tengku Farhan. Dan, kau... cumalah satu kesilapan." Pisau belati Adel tertanam di leher Tengku Syahmizal. Pisau belatinya ditarik semula dan tubuh Tengku Syahmizal rebah di atas pentas.
"Kak D!" Muaz berlari memanjat pentas memeluk tubuh dia. "Muaz berjaya jumpa Kak V dengan yang lain."
"Kak D tahu Muaz boleh."
"Tengku Farhan, saya kenalkan Tengku Muaz Tengku Syahrizal, satu-satunya pewaris Tengku Syahrizal."
"Bakal Raja Kepulauan Besar." Sambung Tengku Farhan memeluk tubuh cucunya erat. "Terima kasih, Adel."
"Maafkan saya kerana anak-"
"Jangan. Dia bukan anak saya." Tengku Farhan menghentikan katanya. Adel hanya melemparkan senyuman mengangguk faham. Vivy memeluk tubuh dia. "Kau buat aku takut!"

YOU ARE READING
KISMET
RomanceFate Destiny. Takdir yang tercipta. Siapa sangka, percutian kerana terpaksa aku relakan Adel, membawa dia menjalani sebuah pengembaraan di mana dia bakal menemui cinta sejatinya. Tapi, cinta, dicinta dan mencintai tidak semudah yang disangka. Indah...