"What?!" Adel menekup mulut Vivy. Mereka memandang ke arah Muaz yang sedang tidur. "Kau ni, suara tu perlahan sedikit. Tak nampak ke Muaz tengah tidur." Dia menepuk bahu Vivy.
"Masalahnya, betul ke apa yang baru beritahu aku ni?"
"Kau nak percaya, percaya. Tak nak percaya, sudah." Adel tahu yang dia dah beritahu semuanya kepada Vivy. Tindakan seterusnya semua atas Vivy, sama ada nak terima bulat-bulat atau sebaliknya.
"Jadi, siapa sebenarnya Devil dan Zouk?"
"Devil pemilik Pulau Mutiara dan Zouk kira orang kanan Devil. Kira kalau ikut kerajaan, mereka berdua ni putera Pulau Mutiara."
"Adik-beradik?" Adel menggeleng kepala. "Kau ada nampak ke dua muka tu iras-iras macam adik beradik?"
"Tak. Tanya sahaja. Aku tak tahu apa-apa. Lainlah kau."
"Aku tahu sebab aku ada rasa nak tahu. Bukan macam kau, pasrah redha je kena tinggalkan dekat pulau ni."
"Sebab aku tahu kau akan usaha juga cari jalan untuk kita keluar dari sini. Tapi, nampaknya ada perkara besar yang menghalang kita dari keluar dari pulau ni."
"Kau tak pelik pula aku bertindak pantas atas kejadian tadi?"
"Nak pelik buat apa? Mummy ada pernah inform dekat aku, yang mak ngah bukan biasa-biasa. So, kalau anak dia, si engkau ni, tak peliklah kalau luar biasa."
"Apa yang mak long beritahu?" Soal Adel ingin tahu.
"Mak ngah ada lesen memiliki senjata. So, jangan terkejut kalau tengok mak ngah ada pistol dekat rumah dia. Mummy cakap macam itu, aku pun tak bincang banyak. Accept je lah. So, mesti dia ada ajar kau sikit-sikit pasal cara nak pertahankan diri kalau ada apa-apa berlaku." Beritahu Vivy kepada Adel. Adel mengangguk faham. Ya, skill yang dia ada hari ini semuanya atas tunjuk ajar mamanya yang melatih dia sejak kecil lagi. Pada awalnya, mama dia hanya latihkan dia dengan tae kwan do, judo dan silat. Kemudian, semakin dia membesar, mama memberi tunjuk ajar kepada dia untuk mahir dalam memegang senjata seperti pistol, pisau belati, alat memanah dan juga pedang.
"Kau tidur atas katil dengan Muaz. Biar aku tidur atas sofa ni."
"Katil Muaz tu besar. Kau tidur je lah sekali."
"Tak apa. Mungkin aku tak tidur. Aku kena berwaspada takut-takut akan ada serangan lagi."
"Tapi, Adel, pastinya orang-orang Devil dan Zouk dah uruskan pasal keselamatan Muaz dan penduduk Pulau Mutiara."
"Tak apa. Aku duduk di sini dulu. Nanti aku mengantuk, aku naik atas tilam." Adel memberi kata putus. Vivy terus memanjat atas katil tanpa menyalin pakaian dan memejamkan mata. Peristiwa malam ni serta maklumat baru yang diberitahu Adel membuatkan tubuhny terasa penat. Jadi, lebih baik dia tidur dan dapatkan rehat yang secukupnya.
♡♡♡♡♡♡♡♡
"Devil." Devil menoleh ke belakang apabila Zouk memanggil namanya. Dia sedang mengambil angin segar di luar balkoni bilik pejabatnya. "Kenapa, Zouk?"
"Tengku Farhan akan bermalam di sini. Esok pagi, dia akan pulang ke Pulau Dahlia semula."
"Bagaimana dengan Muaz?"
"Muaz bermalam di rumah Kak Nora. Kak Nora maklumkan yang Adel dan Vivy juga berada di sana, menemani Muaz dan ingin memastikan Muaz dalam keadaan baik-baik sahaja."
"Terima kasih, Zouk. Ada apa-apa lagi?"
"Buat masa ini, setiap penjuru Pulau Mutiara sudah dihantarkan wakil menjaga keselamatan penduduk pulau. Jika ada apa-apa yang mencurigakan, ketua setiap penjuru akan maklumkan segera kepada kita."

YOU ARE READING
KISMET
RomanceFate Destiny. Takdir yang tercipta. Siapa sangka, percutian kerana terpaksa aku relakan Adel, membawa dia menjalani sebuah pengembaraan di mana dia bakal menemui cinta sejatinya. Tapi, cinta, dicinta dan mencintai tidak semudah yang disangka. Indah...