Fate Destiny.
Takdir yang tercipta.
Siapa sangka, percutian kerana terpaksa aku relakan Adel, membawa dia menjalani sebuah pengembaraan di mana dia bakal menemui cinta sejatinya. Tapi, cinta, dicinta dan mencintai tidak semudah yang disangka. Indah...
"Adel, tunggu." Adel dan Vivy memandang antara satu sama lain sebelum melihat ke arah lelaki yang memanggil Adel. "Siapa, Del?"
"Muallim."
"Peliknya nama tapi tak apa. Rupa dia helok." Adel dah geleng kepala tengok Vivy gedik memintal-mintal hujung rambut. Mereka berdiri di kaki lima menanti lelaki itu datang ke arah mereka. Muallim termengah-mengah cuba mencari nafas. Botol mineral yang baru di belinya di kafeteria tadi dihulur kepada lelaki itu kerana rasa kasihan. "Terima kasih." Ucap Muallim menyambut botol air mineral itu lantas diteguk habis.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
🐚MUALLIM🐚
"Awak nak apa?" Soal Adel tidak mahu membuang masa.
"Saya dah cari awak dekat fakulti awak tadi, tapi tak jumpa. Nasib baik saya nak ke kafeteria dan awak pun baru nak keluar dari kafeteria."
"Kenapa awak cari saya?"
"Saya nak awak jadi model untuk projek tugasan kuliah saya."
"Huh? Saya?" Adel menunding diri sendiri tidak percaya dengan kata Muallim. "Ya, awak. Untuk tugasan kuliah saya semester akhir. Awak tolong saya boleh?"
"Kalau Adel tak nak, saya boleh tolong awak. Nama saya Vivy." Vivy mencelah menghulur tangan untuk berjabat. Muallim membalas huluran salam tangannya. "Maaf. Saya lebih berminat untuk tawarkan kepada Adel jadi model saya berbanding awak."
"Why? Saya cantik." Tak pernah-pernah dia kena tolak. Selalunya orang berpusu-pusu mencari dia, berbeza pula dengan lelaki nama Muallim seorang ini.
"Saya tak nafikan yang awak cantik. Tapi, tema koleksi saya berkaitan gadis lasak. Lagipula, Adel presiden kelab kembara UNI."
"Presiden kelab kembara UNI? Saya tak involve diri dalam mana-mana kelab atau persatuan. Rasanya, awak salah orang."
"Bukan ke nama awak Adellia Roseine?"
"Ya, itu nama saya."
"Hah! Aku dah tahu. Siapa nama kau tadi? Muallim, kan? Nama presiden kelab kembara UNI ialah Aliya Rozana. Bukan Adellia Roseine. Kau silap orang ni." Adel memandang Vivy. Tidak sangka sepupunya ambil tahu berkaitan organisasi pertubuhan dalam universiti mereka. Tapi, anehnya, nama dia dan nama presiden kelab kembara sangat jauh beza. Sebutan apatah lagi ejaan.
"Sebenarnya, saya dah tanya Rozana dan dia kata dia tak boleh jadi model saya sebab dia dah jadi model boyfriend dia. Jadi, dia cadangkan kepada saya untuk cari awak." Muallim akhirnya kata jujur.
"Kenapa awak tak cakap dari awal? Saya tak berminat."
"Adel, tolonglah saya. Saya dah terdesak sangat." Muallim selamba memegang tangan dia. Adel menarik tangan dia tidak selesa dipegang oleh lelaki yang masih belum dia kenal sepenuhnya itu. Walaupun mereka bergelar pelajar di dalam universiti yang sama tapi ini kali kedua mereka bersua muka. Malah, dia tidak tahu apa-apa pasal Muallim melainkan nama dan jurusan bidang yang diambil.