03

247 34 1
                                    

seonghwa's pov

kaki dilangkahkan menuju meja makan. belum sempat aku buat apa-apa, makanan sudahpun terhidang di atas meja.

" seonghwa sihat? chaeseol ada buat perangai tak dekat sekolah baru-baru ni? " soal aunty.

aku mengganggukkan kepala. sengaja mahu mengusik chaeseol.

" banyak kali dia buat perangai aunty. ada satu kali tu diaㅡ" satu sepakan mengena tepat pada kaki aku. aku dapat menjangkakan ianya daripada chaeseol.

" aaa eomma...jangan dengar cakap dia ni. chaeseol kan budak baik. "

chaeseol menjongketkan keningnya. apabila pandangannya bertembung dengan aku, segera dia menjengilkan matanya. Siap beri pandngan maut kepada aku.

" kalau macam tu, chaeseol tinggallah di rumah seonghwa. eomma kena outstation lagi. " kata aunty.

" lagi? " kedengaran nada kecewa daripada chaeseol. nampak sangat dia tak suka bila aunty nak pergi outstation.

aunty menganggukkan kepalanya dan memandang ke arah aku. mesti dia mahu mendengar jawapan daripada aku. takkanlah aku sanggup menolak permintaannya.

" boleh, aunty. lagipun ada eomma dan appa sekali. " kata aku.

" terima kasih, seonghwa. aunty tak nak bagi chaeseol tinggal dengan yunho tu. tahulah mereka berdua ni kuat bergaduh. "

" noona yang selalu mulakan dulu. yunho tak buat apa-apa pun. " yunho menayangkan muka innocent.

" yelah tu. yunho yang selalu cari gaduh dengan noona. "

mulalah nak bertekak dua beradik ni. seorang kuat mengusik dan seorang lagi tak nak mengalah. mesti rumah aunty selalu bising dengan suara mereka berdua ni.

" seonghwa tolong tengok-tengok mereka berdua. kalau ada apa-apa terjadi tolong cepat-cepat telefon aunty. "

aku hanya menganggukkan kepala.

9:00 p.m.

aku membuka pintu rumah dengan luas dan menanti kehadiran mereka berdua. terpaksalah aku menjaga kedua-duanya sepanjang aunty outstation.

aku tak kesah sangat kalau nak jaga chaeseol tapi yunho tu. dia paling degil. takut dia kuat merayap je.

" masuk masuk. buat macam rumah sendiri. " kata aku.

" okay! "

PRECIOUS | 성화Where stories live. Discover now