05

212 32 0
                                    

11:00 p.m.

" mana yunho? " soal seonghwa.

" dia kan selalu tidur awal. dah tidurlah tu. " chaeseol membuka peti ais dan mencapai sekotak susu.

seonghw terus merampas susu itu dari tangan chaeseol. dia memandang ke arah chaeseol dan tersenyum.

" kau dah habiskan semua makanan yang aku belikan tu? "

" dah. " chaeseol cuba mencapai susu itu namun seonghwa mengangkat tangannya dengan lebih tinggi. dia turut menjengketkan kakinya namun masih tak berjaya.

" kau nak apa lagi? " soal chaeseol.

seperti ada yang tak kena dengan seonghwa.

" saja...aku rindu nak ganggu kau macam ni. " seonghwa meletakkan susu kotak itu di atas meja dan terus berlalu pergi.

" apa yang tak kena dengan dia tu? " chaeseol terus membawa susu itu masuk ke dalam biliknya.

belum sempat dia duduk di atas katilnya, satu pesanan diterima masuk ke dalam telefonnya. segera dia membacanya dan tersenyum lebar.

seonghwa
- aku tak boleh tidur
- nak main game tak?

chaeseol
- okay!

seonghwa
- aku tunggu dekat ruang tamu
- see ya!

segera chaeseol membuka pintu biliknya. kelihatan seonghwa sudahpun menyediakan peralatan mainan di ruang tamu. segera dia menuju ke arah seonghwa dan duduk di atas sofa.

" kau nak main game apa? "

" tak kisah. " kata chaeseol.

" okay set. jom! "

chaeseol mula mencapai joystick dan mula bermain bersama seonghwa. mereka bermain permainan itu sehinggalah jam 2 pagi. semuanya disebabkan eomma dan appa seonghwa pulang ke kampung untuk beberapa hari.

" yah, kenapa kauㅡ"

seonghwa berhenti berkata-kata selepas melihat chaeseol yang sudahpun terlena. dia ingatkan chaeseol sengaja meletakkan kepalanya pada bahu seonghwa.

rupanya dia dah lama terlelap.

" jung chaeseol, masuk bilik kau. dah lewat ni. " kata seonghwa.

" emmm..."

chaeseol menggelengkan kepalanya dan mula memeluk seonghwa. perlahan-lahan muka seonghwa mula membahang.

" chaeseol ...bangun. " seonghwa tergagap-gagap untuk meneruskan ayatnya.

selama dia berkawan dengan chaeseol, inilah kali pertama dia dipeluk oleh gadis itu. dia masih terkejut dengan perbuatan chaeseol.

perlahan-lahan dia bertindak dengan mengangkat chaeseol naik ke biliknya. selimut ditarik sehingga ke paras perut dan rambut gadis itu dibetulkannya.

" goodnight, chaeseol-ah. "

seonghwa mematikan suis lampu dan berlalu keluar daripada bilik chaeseol. dadanya disentuh perlahan dan dia mengeluh.

" kenapa kau buat macam tu tadi? " hampir nak terkeluar jantungnya tadi. chaeseol, kau memang cari nahas.

PRECIOUS | 성화Where stories live. Discover now