12

153 28 0
                                    

park seonghwa's pov

" terima kasih sebab tolong saya tadi. nak makan sama-sama tak? "

aku menggeleng perlahan. aku dah berjanji dengan chaeseol. takkanlah aku nak memungkirinya lagi.

" maaf. saya dah janji nak makan dengan chaeseol. "

" oh, tak apalah macam tu. tapi boleh kan kita pergi kantin sama-sama? " soal mia.

aku menganggukkan kepala. kami berdua menuju ke arah kantin dan mata aku terpandang ke arah chaeseol. tapi siapa lelaki di hadapannya?

" awak tengok siapa? " mia mencuri pandang ke arah mereka.

" jomlah makan dengan diorang. " mia menarik tangan aku dan memaksa aku duduk semeja dengan mereka.

chaeseol seakan-akan terkejut dengan kehadiran kami. wajahnya turut berubah. seakan-akan tak sukakan kehadiran kami berdua.

" oh, jadi awaklah seonghwa? " soal lelaki itu. aku hanya berdehem dan mengangguk. mata aku terarah ke arah chaeseol.

dia mengelak pandangan aku. tapi kenapa?

" saya dah lewat ni. ada latihan. chaeseol, jaga diri. " kata junkyu.

eh, pandailah aku ni jaga chaeseol. Sibuk sangat nak berbual dengan chaeseol. aku ni kenal kau pun tidak. at least kenalkanlah diri kau dulu.

" aku pun dah kenyang. " chaeseol mengangkat dulangnya dan beredar dari situ.

mahu saja aku mengejarnya tapi mia menghalang aku. kenapa aku rasa tak senang duduk bila lihat junkyu dan chaeseol bermesra-mesra?

PRECIOUS | 성화Where stories live. Discover now