21

148 26 1
                                    

jung chaeseol's pov

aku menarik kerusi di hadapan seonghwa dan duduk menghadapnya. pandangan tajam diberikan kepadanya. dia cuma tersenyum ke arah aku. ish, aku tak kesahlah siapa yang merajuk sekarang ni tapi siapa perempuan tadi.

geramnya.

" awak datang nak pujuk saya ke? " soal seonghwa.

" 아니 (no) "

seonghwa memandang ke arah aku dan tergelak kecil. Perlahan dia mengusap kepala aku. aku pula melepaskan keluhan berat. suka sangat buat hati aku tak senang macam ni.

" apa yang buatkan awak mengeluh kuat ni? kenapa awak muncung macam ni? "

" siapa budak tadi? " aku mula membuka topik.

seonghwa hanya tersengih. makin geram pula aku dengan dia. dalam keadaan yang sebegini, dia boleh tersengih macam itu.

" jadi awak cemburu? " soal seonghwa. aku mengalihkan pandangan darinya. boleh ke dia mengusik aku dalam waktu yang sebegini. aku sedang marah ni.

" jung chaeseol, saya tanya ni..."

aku memandang ke arahnya dan menganggukkan kepala perlahan. teman wanita mana yang tak cemburu bila melihat teman lelakinya dengan perempuan lain.

" saya tanya ni, seonghwa. siapa perempuan tadi? " soal aku.

" girlfriend baru saya. "

" seonghwa! " segera namanya aku jerit dengan kuat. terasa sakit hati bila dia bergurau sebegitu. aku ni punyalah sayangkan dia tapi dia boleh bergurau tentang hal-hal sensitif seperti ini.

" itu transfer student. jinsoul...saya dengar dia idol. " kata seonghwa.

aku menggelengkan kepala laju.

" tak kisahlah dia tu sesiapapun. saya beri amaran ni, jangan nak rapat lebih-lebih dengan dia. " kata aku.

seonghwa memegang kedua-dua belah bahu aku dan menarik aku mendekatinya. muka kami hanya berjarak beberapa inci dan aku menelan air liur aku.

" saya cuma nak rapat dengan awak seorang saja. " kata seonghwa.

dia tersenyum dan mengucup sekilas bibir aku. mata aku mula membulat dan dia tersenyum selepas melihat riak wajah aku.

" cute! " dia mencubit pipi aku.

" yah, saya masih marah tau. " kata aku. aku takkan termakan dengan kata-kata manisnya.

seonghwa menekup kedua-dua belah pipi aku dan tersenyum lebar.

" saya tahu tu tapi janganlah marah lama-lama. " ish, aku tak kesah. aku nak merajuk juga. tak kisahlah berapa lama pun.

PRECIOUS | 성화Donde viven las historias. Descúbrelo ahora