15

144 29 0
                                    

jung chaeseol's pov

aku berjalan laju. air mata dibiarkan mengalir dengan deras. tubuh aku jatuh terduduk sebaik saja aku melanggar seseorang.

" chaeseol-ah, awak takㅡawak okay? " soal junkyu sebaik saja melihat aku menangis.

aku menggelengkan kepala laju. dia membantu aku untuk berdiri dan memapah aku ke suatu tempat.

" inilah bilik latihan saya. awak duduklah sini sementara waktu. tenangkan fikiran tu. " kata junkyu lagi.

" saya..." bibir digigit perlahan.

aku geram pada diri aku sendiri sebab tak sempat menjelaskan kebenarannya. aku geram pada seonghwa sebab tak mahu mendengar penjelasan aku. aku geram pada mia sebab melakukan semua perkara tadi.

" minum air ni dulu. " junkyu menghulurkan air mineral itu kepada aku.

" gomawo. "

aku meneguk air mineral itu dengan rakus. park seonghwa, aku takkan buat semua tu. kau mesti tahu segalanya tentang aku sebab kita dah berkawan lama.

" jadi kali ini melibatkan seonghwa lagi? " soal junkyu.

perlahan-lahan aku menganggukkan kepala. aku yakin junkyu mampu simpan rahsia ini. sebelum ini aku pernah meluahkan rasa yang terbuku dalam hati dan aku rasa lega selepas itu.

PRECIOUS | 성화Where stories live. Discover now