19

154 27 0
                                    

jung chaeseol's pov

" baguslah. nanti tak adalah chaeseol nak datang pada saya dan menangis lagi. " kata junkyu.

aku hanya tersenyum ke arahnya.

" mana adalah. nanti ada apa-apa saya akan jumpa awak juga. lagipun kita dah macam adik beradik. kan? " soal aku.

junkyu menganggukkan kepalanya. sempat lagi dia mengusap kepala aku. gembira betul sebab dia turut menganggap aku sebagai adiknya. jadi, aku dah ada abanglah kan?

" saya rasa awak memang sepadan dengan..."

terasa seperti ada mata yang merenung aku lama. aku mengalihkan pandangan dan mula memandang ke arah sudut itu. seonghwa, rupanya dialah yang memerhatikan aku dari tadi.

aku tersenyum ke arahnya namun dia langsung tak membalas senyuman aku. dia cemburu ke? i guess he's jealous. why not kalau aku sakat dia?

" em boleh ke saya panggil awak junkyu oppa? " soal aku.

" oppa? " junkyu menjongketkan keningnya.

aku menganggukkan kepala laju. sempat lagi aku mengerling ke arah seonghwa. dia kelihatan seperti tidak senang duduk. aku tergelak kecil selepas melihat seonghwa membawa diri pergi dari situ.

" kenapa awak gelak? " soal junkyu.

" tadi saya nampak seonghwa perhatikan kita dari jauh. sengaja saya nak mengusik dia. "

junkyu menggelengkan kepalanya.

" ish, janganlah macam tu chaeseol. awak pergi beritahu dia yang awak bergurau. kalau merajuk tu susah nak dipujuk. " bebel junkyu.

" okay...tapi nanti-nantilah saya pujuk dia. saya nak pergi snack bar dulu. bye. "

aku tergelak semasa berjalan. seronok juga kenakan seonghwa tu. raik muka dia tadi memang jelas nampak yang dia cemburukan kami. padahal dia sendiri tahu yang aku ni cuma setia pada dia seorang.

PRECIOUS | 성화Where stories live. Discover now