24 (end)

261 32 0
                                    

park seonghwa's pov

" yah, park seonghwa! "

terkejut aku selepas mendengar nama aku dipanggil sebegitu. ish, jung chaeseol ni garang betullah. makin hari semakin takut aku dengannya.

" ya, jung chaeseol. kenapa awak marah-marah ni? " soal aku.

" awak dah janji kan? "

aku terkedu. apa pula yang aku janjikan dengan dia? aduh seonghwa. cepat berfikir. jangan sampai dia merajuk lagi.

" awak dah berjanji nak mencintai saya sampai bila-bila kan? betul? kalau awak mungkir janji nanti saya akan cari awak sampai ke lubang cacing. " kata chaeseol.

serentak keluhan lega keluar dari mulut aku. ingatkan aku ada terjanji sesuatu yang mengarut pada dia.

" ya, buatlah apapun cik chaeseol. saya sanggup terima segalanya daripada awak. " kata aku.

chaeseol tersenyum lebar. dia menarik lengan aku dan menyuruh aku duduk di kerusi itu. kemudian, dia duduk di hadapan aku.

telefon bimbitnya dihulurkan kepada aku.

" mana awak dapat gambar ni? " soal aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" mana awak dapat gambar ni? " soal aku.

dia tergelak kecil dan merampas semula telefon itu dari tangan aku. dia menilik lama gambar itu.

" comelkan? hongjoong yang bagi gambar ni. ini waktu awak merajuk dengan saya hari tu. " kata chaeseol.

" ish, macam manalah saya boleh lupa yang saya merajuk haritu. dahlah. nak sambung merajuk harini. cepat pujuk saya. "

amboi demand betul kau ni seonghwa. dahlah merajuk. nak kena pujuk on the spot pula tu. banyak songeh betullah.

" ish, merajuk lain kali sajalah. saya tak ada mood nak pujuk sekarang ni. saya cuma ada mood untuk bermanja-manja saja ni. "

segera aku mencapai tangannya. oh mood nak bermanja eh. jadi bolehlah aku nak bermanja ni.

" chaeseol, terima kasih sebab sayangkan saya. banyak perkara yang kita lalui bersama. dari persahabatan kepada satu hubungan yang lebih istimewa. hubungan kita jadi lebih erat selepas setiap perkara yang terjadi. "

" sama-sama. " amboi. itu je?

" jadi saya park seonghwa berjanji untuk menyayangi jung chaeseol dengan sepenuh hati. berjanji untuk menjaga hati jung chaeseol daripada disakiti oleh orang lain. " kata aku.

chaeseol tersenyum lebar.

" saya jung chaeseol turut berjanji untuk menyayangi park seonghwa selamanya. saya akan beri dia kasih sayang sampai bila-bila. " kata chaeseol.

aku tersenyum lebar saat chaeseol berkata begitu. ya, aku betul-betul berjanji akan jadi yang terbaik untuk chaeseol. aku akan lindungi dia sepanjang masa. because you're so precious to me.

the end

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PRECIOUS | 성화Where stories live. Discover now