10

170 26 1
                                    

jung chaeseol's pov

" tak payahlah. nanti apa orang cakap. " aku menarik beg sekolah milikku dari pegangan seonghwa.

seonghwa kembali menarik beg sekolah milikku dan kali ini dia memeluknya dengan erat. nampak sangat tak nak bagi aku bawa beg tu sendiri.

" biarlah orang nak cakap apa pun. aku cuma nak tolong kau. "

aku menggeleng laju tapi sedikit pun dia tak kisah. dia terus melangkah dan berjalan ke hadapan. seonghwa ni memang degil betullah.

" seonghwa, tolong saya boleh? "

langkah aku terhenti sebaik saja mata aku terpandang ke arah mia. dia memegang beberapa buah buku nota dan memandang lama ke arah seonghwa.

" tapi chaeseolㅡ"

" pergi jelah. berat sangat agaknya buku-buku tu. " kata aku.

Aku mula memutarkan anak mata aku dan menjeling ke arahnya. beg milikku dirampas dari tangan seonghwa dan aku mula berjalan meninggalkannya.

" eh, chaeseol. tak nak masuk kelas ke? " soal seseorang dari belakang aku.

aku berpaling dan tersenyum ke arah lelaki itu. jung jaehyun, salah seorang ahli pasukan bola sepak seonghwa.

" nak pergilah ni. " kata aku.

" 잠깐만 (wait a minute), awak dah sihat ke? kelmarin awak pengsan kan? "

aku menganggukkan kepala laju. hensem juga jaehyun ni kalau dilihat dengan jarak sedekat ini. kalau dia jadi boyfriend aku pun seronok ni.

" saya dah sihat sepenuhnya. em, sunbae tak nak masuk kelas ke? " soal aku.

" saya nak pergilah ni. beg awak nampak berat je. biar saya hantarkan sampai kelas ya? " jaehyun terus merampas beg dari tangan aku.

aku memandang ke arahnya yang sudahpun berjalan di hadapan. jung jaehyun dan park seonghwa. sama saja perangai mereka berdua.

" awak termenung apa lagi tu, chaeseol? " soal jaehyun.

" tunggu saya, sunbae! "

segera aku mengatur langkah mengejarnya. sebIk saja tiba di pintu kelas, jaehyun terus menghulurkan beg sekolah kepada aku semula.

" thank you, sunbae. " kata aku.

" welcome, selepas ni jangan pengsan lagi tau. terkejut betul saya bila lihat personaliti seonghwa berubah semalam. "

aku memandang ke arah jaehyun. personaliti dia berubah? apa maksudnya?

" maksud sunbae? "

" dia risau sangat kelmarin. roak wajah dia macam dia hampir kehilangan awak. bila ditanya asyik berdiam diri saja. " kata jaehyun.

sampai macam tu sekali? tapi dia bukannya risaukan aku pun. dia layan semua orang dengan sama rata. tak ada beza pun layanan aku dan mia.

" saya pergi dulu tau. bye. "

" bye. "

PRECIOUS | 성화Where stories live. Discover now