09

177 28 0
                                    

chaeseol's pov

" nganga mulut tu. "

segera aku ngangakan mulut aku. satu suapan bubur berjaya dipindahkan ke dalam mulut aku. seonghwa tersenyum lebar.

" kau kena makan banyak-banyak. baru cepat sihat. " kata seonghwa.

aku mengangguk laju. tangan aku dipegangnya erat. ingat, dia cuma risaukan kau sebab kau kawan dia. tak lebih daripada itu.

" aku tak suka tengok kau sakit macam ni. sunyi aku dekat sekolah tu. "

" yelah, park seonghwa. nati aku dah sihat, kau kena selalu makan dengan aku. " kata aku.

seonghwa menganggukkan kepalanya laju.

" ya...aku janji. okay, buka mulut tu. " seonghwa menyuapkan bubur ke dalam mulut aku lagi.

dia melayan aku seperti aku ni teman wanitanya. layanan yang diterima oleh aku terlalulah indah sehinggakan aku rasa serba salah kerana tidak melayannya dengan baik.

" mana yunho? " soal aku.

" pergi jalan-jalan dengan kawan dia. " aku menganggukkan kepala. yunho mana boleh duduk diam waktu weekend macam ni.

aku kembali mengunyah bubur dan menghabiskan bubur yang dimasak oleh seonghwa itu. tak sangka pula dia pandai memasak.

" makan ubat dan minum air ni. " kata seonghwa.

aku menggeleng perlahan.

" mana boleh macam ni, yeseo. kau sendiri cakap nak cepat sihat. "

" tapi aku tak suka rasa ubat tu. pahit..." aku merungut kepadanya.

seonghwa tersenyum lebar. dia merendamkan ubat itu ke dalam air dan menghancurkannya. selepas itu dia menghulurkan cawan itu kepada aku.

" apa ni? " soal aku.

" cara ni kurang sikit pahitnya. minum cepat. "

aku terus meneguk air itu sehingga habis. rasa pahitnya menikam-nikam tekak aku. aku harap aku cepat sihat dan boleh berhenti makan ubat lagi.

" 잘 했어 (good job), chaeseol-ah. " kepala aku diusap oleh seonghwa.

" aku nak pergi mandi sekejap. kalau nak apa-apa nanti jerit saja nama aku. " kata seonghwa sambil mengemas mangkuk bubur tadi.

" okay. "

aku menghantar seonghwa ke luar dari bilik dengan pandangan mata. sebaik saja dia keluar dari bilik, kepala aku dipegang perlahan.

jantung aku bukan main lagi berdegup kencang tadi. seonghwa ni suka sangat menguji aku. ataupun dia nak degupan jantung aku berhenti tadi?

PRECIOUS | 성화Where stories live. Discover now