17

154 29 0
                                    

jung chaeseol's pov

" haa nak apa? " soal aku lalu duduk pada sofa.

wajahnya aku pandang acuh tak acuh.

" kau. "

serentak pandangan tajam aku halakan ke arahnya. buang tebiat ke park seonghwa ni? pertama kali perkara macam ni keluar dari mulut dia.

" aunty, boleh kan saya bawa dia keluar hari ni? " soal seonghwa.

aku memandang ke arah eomma dan memberikan isyarat mata ke arahnya.

" boleh je, seonghwa. bawa dia keluar. asyik terperap dalam bilik tu. dah macam sardin. " kata eomma.

aku mengeluh panjang. terpaksalah aku keluar dari rumah ni.

" kamu nak pergi mana? "

" bersiaplah. nanti kena bebel pula dengan eomma. " laju langkah diatur ke bilik.

oh tak boleh jadi ni. seonghwa main tipu. dia pergunakan eomma untuk ajak aku keluar.

" kalau setakat nak pergi sini, baik kau ajak kucing kau je. " perli aku.

aku menjeling ke arahnya. apa masalah dia? sibuk mengajak aku keluar selepas itu diam saja.

" aku minta maaf. "

" itu saja? lagi? " soal aku.

dia menarik tangan aku dan kami berdua duduk di bangku itu. dia menghadap ke arah aku dan memegang tangan aku.

" maafkan aku sebab tak percayakan kau. aku keliru waktu tu. tapi aku mula percayakan kau bila aku dengar dari pihak mia. hyunjin, dia ceritakan segalanya yang berlaku pada waktu itu. "

aku tersentak. kenapa hyunjin ceritakan segalanya sedangkan dia kawan mia? ataupun dia tak puas hati pada mia?

" jung chaeseol, aku mohon kau maafkan aku. " seonghwa menunduk. tangan aku dipegangnya dengan erat.

aku memegang kedua-dua belah bahunya.

" kau tahukan aku kecewa dengan kau sebab kau tak percayakan aku. tapi aku tak kisah sekarang sebab kau dah tahu perkara sebenar. aku maafkan kau. " kata aku.

seonghwa terus memandang ke arah aku. seakan-akan ada cahaya yang terpancar pada wajahnya.

" tapi bukan itu sahaja yang aku nak cakap sekarang ni. sebenarnya aku..."

apa dia seonghwa? apa yang kau cuba sampaikan pada aku ni?

PRECIOUS | 성화Where stories live. Discover now